“Thaqiff!
Cepat siap, aku
datang ambil kau.”
arah Tengku Avian
melalui telefon bimbitnya.
Thaqiff Omar yang
baru sahaja bangun
dari tidur terasa
begitu mamai. Dia
menggosok-gosok biji matanya
yang kelihatan merah.
“Ada apa
ni?” tanya Thaqiff
sambil menutup mulutnya
kerana menguap. Dia
terus duduk di
birai katil. Bangun
pagi-pagi macam ni
memang buat aku jadi blur.
“Qhabel called. Dia
beritahu yang kakak
aku dah balik,”
ujar Tengku Avian
sambil memecut laju
keretanya. Sekiranya polis
nampak, mesti dapat
surat cinta aku
agaknya. Surat cinta
minta duit!
PAP!
Terus berdiri
tegak Thaqiff dibuatnya.
Kalaulah semasa nyanyian
Negaraku dia berdiri
tegak sebegini alangkah
bagusnya. Matanya yang
hidup segan mati
tak mahu tadi
terus segar seperti
baru disimbah dengan
air.
“Mung nok
cakap plawok dengan
aku ke ni?!”
tanya Thaqiff dengan
loghat Terengganunya dek
kerana terkejut. Sekali
Ustaz Azhar daa...
Jam loceng di
atas meja dijeling
sekilas. Baju tidurnya
dibuka lalu dibaling
ke penjuru bilik.
“Mu dok
payoh nok kecek
ganu sangat la. Kawe nok
mu derah, kekgi
kawe maghi!” ujar
Tengku Avian pula
dengan loghat negeri
asalnya seraya matanya
mengawasi jika ada kelibat kereta
polis di jalan
raya. Peluh memercik
di dahinya walaupun
air-cond dipasang dengan
kadar suhu yang
tinggi.
“Okay, aku
tunggu mung...” ujar
Thaqiff lalu memakai
T-shirt baru dari
dalam almarinya. Handphone di
tangan dicampaknya ke
atas katil. Cologne disemburnya
ke seluruh badan.
Boxernya pula digantikan
dengan seluar jeans
yang tersadai di
ampaian. Rambutnya dibasahkan
sedikit dengan air
lalu dikemaskan. Tidak
sampai 15 minit
kemudian, bunyi hon
dari Bugatti Veyron
mengejutkannya. Cepat-cepat dia
mencapai berus gigi
beserta ubat gigi
lalu di suakan
ke mulut.
“Cepatlah!” ujar
Tengku Avian. Thaqiff
segera mengunci pintu
rumahnya dan berlari
masuk ke dalam
perut kereta. Bugatti
Veyron sekali lagi
dipecut selaju yang
mungkin. Jatuh bergolek
30 anak tangga
filem Fast and
Furious!
“Ah, sudah...”
rungut Thaqiff apabila
melihat kasut yang
dipakainya. Selipar jamban
versus sneakers. Memang
stylo habis! Mereka
berpandangan sesama sendiri. Tawa kedua-duanya terus meletus memecah
suasana.
......................................................................................................................................................
Setelah
tiba di perkarangan
banglo mewah milik
Dato’ Zarif, Tengku
Avian terus mematikan
enjin keretanya. Thaqiff
yang baru sahaja
selesai memberus gigi
sebentar tadi terus
ke paip berdekatan
untuk berkumur. Sewel
ke apa nak
jumpa Stilleto Princess tu
dengan mulut berlumuran
dengan ubat gigi
bercampur tahi gigi.
Mahu calar imejnya
sebagai anak doktor
pakar jantung yang famous ini.
“Eh, kata
dah sampai?” tanya
Thaqiff sedikit hairan.
Banglo mewah tersebut
sunyi sepi seperti
tiada penghuni. Orang
gajinya tidak termasuklah.
Tengku Avian kelihatannya
sudah masuk ke
dalam rumah. Thaqiff
pun turut serta mengatur langkahnya
mengikuti jejak lelaki
tersebut. Kelihatan pengawal
peribadi Tengku Avian
sedang berdiri tegak di
muka pintu. Masing-masing
menundukkan kepala tanda hormat kepada
lelaki tersebut.
“Anabella, is
she already here?”
Tanya Tengku Avian
serius. Pertanyaan tersebut
dibiarkan tidak berjawab.
Mereka berpandangan hairan
sesama sendiri. “We
don’t know, Tengku.”
Lelaki tersebut kemudiannya
mengeluh panjang.
“Mak Nah!
Mari sini sekejap,”
suara nyaring Tengku
Avian berkumandang. Keadaan
banglo tersebut memang
seperti tiada orang.
Sudah lebih satu jam dah.
Takkan tak sampai
lagi perempuan ni?
Jangan-jangan Qhabel nak buat prank kat aku? Mentang-mentang lah
sekarang ni bulan
April. Tapi sekiranya
betul, he is soooo dead!
Bibirnya diketap geram.
Mak Nah berlari-lari
mendapatkan majikannya.
“Ya Avian,
kenapa ni?” tanya
Mak Nah. Reaksi
muka lelaki tersebut
dilihatnya seperti tercari-cari
sesuatu. Thaqiff di
sebelah hanya memerhati
perabot-perabot mahal dan
hiasan berjenama yang
terdapat di sekitar
ruang utama banglo
tersebut.
“Mak Nah,
Kak Bella ada
balik tak tadi?”
tanya Tengku Avian
untuk mendapatkan kepastian.
“Kak Bella?
Entah, tak tahulah
pula. Tapi, setahu
Mak Nah tak
ada sesiapa pun
datang rumah daripada
tadi,” jawab Mak
Nah terus-terang. Sejak
malam semalam, memang
tiada sesiapa pun
yang datang bertandang
kerana Dato’ Zarif
masih di Dubai
manakala Datin Zulaikha
dan yang lain pergi bercuti
di London. Tetapi,
apa pula yang
Tengku Avian buat
kat sini? Mak
Nah menggaru-garu kepalanya
yang tidak gatal.
Lelaki tersebut terus
menghempaskan tubuhnya kasar
di atas sofa. Kepala pusing
tak tahu nak
kata apa. Memang
nak mampus punya
Qhabel!
......................................................................................................................................................
Kepala Asfar
Hijanah sekejap terhayun
ke kiri sekejap
terlentok ke kanan.
Bibirnya yang merah
bak delima sesekali
terkumat-kamit seperti membaca
mantera. Sekejap termuncung
seperti itik sekejap
terketap bibir. Kemudian,
dia bangun dari
duduknya lalu menari
sambil terlompat-lompat. Lirik
lagu How We Do-Rita Ora
dihafal lancar dan
dinyanyi lantang penuh
perasaan. Macamlah di
hadapannya sekarang ada
mikrofon!
“Cik, baju
sudah siap...” suara
si pembantu rumah
bagaikan tenggelam dalam
pusaran lagu. Gadis
itu terus terangguk-anggukkan kepalanya
macam ayam sedang
mematuk jagung namun
wajahnya tidak sedikit
pun memandang ke
arah si pembantu
rumah.
“Cik Jana...”
suara itu sedikit
meninggi namun dikawal
nadanya. Matanya tidak
duduk diam apabila
melihat anak dara
Datin Aisyah itu
menginja ke kiri
dan ke kanan
tidak ubah seperti
orang yang sedang
syok sendiri. Di
atasnya sudah short
circuit barangkali!
“Cik Jana!!!”
Nada suara pembantu
rumah itu sudah
sampai ke nada
yang paling nyaring.
Lebih nyaring daripada
suara guru disiplinnya
yang garang di
sekolah nampaknya!
“Hah? Apa?”
Asfar Hijanah terpinga-pinga apabila
melihat pembantu rumahnya
itu sedang berdiri
tercegat di dalam
biliknya yang dua
kali ganda besar
bilik tidur biasa
itu.
“Baju cik Jana dah
selesai saya gosok.
Mandian bunga pun sudah siap...”
beritahu si pembantu
rumah sambil memandang
wajah putih mulus
milik gadis jelita
tersebut.
“Okay, thank
you!” balas Asfar
Hijanah pendek. Dia
kembali menyambung nyanyiannya.
Aksinya yang tergedik-gedik itu
kembali bersiaran. Cepat-cepat
si pembantu rumah
keluar dari bilik
itu.
Setelah selesai
menyegarkan tubuh badan dengan mandian
bunga sebentar tadi,
gadis itu mencapai
pula evening blouse
jenama terkenal Guess
seraya disarung elok
ke tubuhnya yang
tinggi lampai ibarat
model itu. Seperti
biasa, dia merancang
ingin bersiar-siar bersama
rakannya di taman
berdekatan. Selain itu, bolehlah dia promote baju
baru lagi berjenamanya
itu. Bau kedai
lagi!
Di telinga
yang disumbat dengan
earphone, bergema pula lagu Live
While We’re Young-One
Direction setelah jemu
dengan Rita Ora. Suka betul
rasanya apabila terdengar
suara lunak Liam
Payne kesayangannya itu
menyanyi. Entah mengapa
semenjak-dua-menjak ini, Asfar
Hijanah bagaikan tenggelam
dalam dunianya sendiri.
Let’s go
crazy, crazy, crazy
till we see the sun
I
know we only
met but let’s
pretend it’s love
And
never, never, never
stop for anyone
Tonight let’s
get some
And
live while we’re
young
Woaahh oh
oh oh
Woaahh oh
oh oh
Tonight let’s
get some
And
live while we’re young
Tatkala gadis
itu sedang seronok
menyanyi di tengah-tengah
laluan kenderaan itu,
tiba-tiba... PONN!
Asfar Hijanah jatuh tersungkur ke
tepi longkang tanpa
sempat dia mengimbangi
diri. Bunyi brek
motosikal yang mencengkam
pada tanah tar
itu cukup mengilukan
pada pendengarannya.
“Woi,
tepilah!” jerit satu
suara sambil membunyikan
hon dengan kuat.
Kepala Asfar Hijanah
berpusing 90 darjah
memandang ke arah
musuh utama lagi
terulungnya itu. Suaranya
pun sudah membuatkan
tekaknya mengembang.
“Kau ni buta
ke apa?! Mata kau letak
kat kepala lutut
eh?!” Asfar Hijanah
merengus geram. Asal
aku pergi ke
mana-mana sahaja, si
Lee Min Ho
ni mesti ada. Lebih-lebih lagi si Harraz
Dhani yang membonceng
itu. Macam tak
ada lelaki-lelaki lain
agaknya yang boleh
muncul dalam hidup
aku!
“Assalamualaikum
cik adik manis...
cakap tu biar berlapik sikit eh? Mak
aku lahirkan aku elok aje
tubuh badan tak
ada cacat cela!
Jangan pandai-pandai nak
kata mata aku
kat lutut pula!”
balas Akmal Arif
sinis. Matanya memandang
tubuh gadis itu
yang kotor dan
berbau longkang. Blousenya kelihatan
sudah tercarik sedikit
di hujungnya. Rambutnya
yang diikat kemas
itu sedikit serabai
apabila ditiup angin.
Luka di betis kiri gadis
itu menarik perhatiannya.
Terdapat darah merah
mengalir dari luka
tersebut. Terbit pula
rasa bersalah di hati lelakinya.
Akmal Arif mula
berasa berdosa kepada
Asfar Hijanah.
“Eh, ni semua
salah kau, tahu
tak?! Jalan yang luas terbentang
ni pun kau dah tak
nampak orang ke?!
Lain kali mata
tu buka besar-besar,”
herdik Asfar Hijanah
sambil membetulkan blousenya yang
kotor. Marahnya sudah
sampai ke takat
didih. Akmal Arif
yang mendengarnya terus
naik angin semula.
Kalau nak diikutkan,
memang salah dia
kerana melanggar orang
sehingga menyebabkan kecederaan
tetapi tahap ego
mengatasi segala-galanya.
“Kau lah yang
salah! Jalan macam
orang mabuk, sekejap
ke kiri, sekejap
ke kanan, lepastu
ke depan, kemudian
ke belakang. Kau ni memang budak
perempuan otak senget,
kan? Sebab tu lah jalan
pun senget sebelah.
Agaknya lemak tepu yang kau
simpan tu dah
banyak sangat!” ejeknya.
Akmal Arif dan
Harraz Dhani seraya
ketawa berdekah-dekah tanpa
menghiraukan riak yang
terpacul pada wajah
gadis di hadapannya
itu.
“Hei, mulut kau
tu boleh hormat
orang sikit tak?!
Kalau kau tak
nak rasa taekwando
aku, baik kau
jaga ayat kau
tu sebelum bercakap!”
jerit Asfar Hijanah
lantang selantang-lantangnya. Wajah
lelaki itu dipandang
dengan rasa penuh
kebencian. Sudah timbul
aura hitam di
sekelilingnya. Giginya diketap
menahan geram.
“Amboi,
garangnya... Kalau macam
nilah perangai kau,
sampai bila-bila pun
tak ada lelaki
yang nak dekat,”
Harraz Dhani pula
memotong sambil ketawa
mengejek.
“Kau diam, Harraz!
Kalau kau nak
selamat dunia akhirat,
baik kau senyap
sebelum aku cili
mulut kau tu
dengan cili api
belakang rumah nenek aku!” tengking
Asfar Hijanah apabila
diperli lelaki itu.
Manusia kurang ajar
seperti ini memang
patut diberi pengajaran!
“Eh, dia cakap
benda fakta, okay.
Kau memang budak tak betul!
Tak cukup wayar
kat kepala! Skru-skru
semua dah longgar!
Nak menyanyi konon
tetapi suara macam
katak kembung tengah
nazak!” Akmal Arif
mencemik sinis. Namun,
jauh di sudut
hatinya dia mengaku
suara milik gadis
itu begitu merdu
bak buluh perindu
baginya. Baginyalah... Tetapi,
mana mungkin dia
akan menghadiahkan pujian
sebegitu. Lebih-lebih lagi
kepada musuh utamanya.
Hish, dah nak
kiamat apa?
“Apa kau kata?!
Suara aku macam
katak kembung?! Hei,
rumah kau ada
cermin ke tak,
hah?! Kalau kau
nak tahu, kaulah
budak paling hodoh
di muka bumi
ni! Sudahlah gemuk
macam ahli sumo,
suara kau pula
boleh buat segala
benda yang diperbuat
daripada kaca retak
langsung pecah!” Asfar
Hijanah mula meraung
sekuat hati. Perit betul rasanya
mendengar kata-kata yang
dilontarkan lelaki itu
terhadapnya. Sesedap oren
sahaja dia kutuk
aku nampak!
“Lari! Katak kembung nak
meletup! Nanti kena
gas beracun! Wei
perempuan,
sekurang-kurangnya aku ada
ramai peminat bukan
macam kau! Aku
rasa kan, kau
lah yang patut
beli cermin saiz
besar! Dah lah
keding macam cicak
kubing, tak tertarik
aku, suara kau
tu pula dah
serupa macam langsuir!
Kahkahkah!” Akmal Arif
dan Harraz Dhani terus melarikan
diri bersama motosikal.
Asfar Hijanah yang
sudah sakit tekak
menjerit, tidak peduli
jika orang yang
lalu lalang ternampak
dia seperti mahu
bertukar menjadi King
Kong di tepi
jalan sekalipun. Lelaki
ini memang betul-betul
mencari nahas kemalangan
jalan raya paling
dahsyat dengan aku!
“AKU BENCI KAU!!!
AKU BENCI AKMAL
ARIF!!! BENCI, BENCI,
BENCI!!!” terasa ada
air mata mahu
menitis dari kelopak
mata. Di bahagian
betisnya terasa sedikit
pedih. Rupa-rupanya, darah
sudah banyak mengalir.
Lututnya pula lebam.
Sekiranya tidak wujud
kesabaran dalam hati,
sudah lama aku
kejar dan hempuk
kepala lelaki itu
semahu-mahunya. Biarlah sampai
masuk hospital sekalipun.
Memang sejak tiga
tahun lalu apabila
dia berpindah ke
sini, entah kenapa
lelaki itu cukup
menyakitkan hati. Akmal
Arif memang seorang
lelaki yang dilahirkan
dengan mulutnya tersangatlah
celupar! Perangainya pula
semacam... hish, susah
nak cakap! Ayatnya
kadangkala keluar seperti
peluru berpandu berselang-seli dengan
bom nuklear yang
boleh menghancurkan hatinya.
Dengan tiba-tiba air
matanya mengalir laju.
Akmal Arif... kenapa
kau perlu datang
dalam hidup aku?

No comments:
Post a Comment