Mak Nah menuang perlahan-lahan kopi
panas ke dalam
cawan. Dia sibuk
menyiapkan sarapan di
meja makan sambil
dibantu oleh rakannya,
Aida.
“Jemput makan,
tuan puan.” Pelawa
Mak Nah mesra.
Dato’ Zarif
menghirup kopi panasnya
sambil khusyuk membaca
surat khabar. “Eh,
Avian tak bangun
lagi ke, Mak
Nah? Dah lewat
ni. Takkan tak
pergi pejabat budak
ni hari ni.”
Keluh lelaki separuh
usia itu. Walaupun
usianya semakin meningkat
namun kekacakannya masih
lagi terserlah.
“Mak Nah,
tolong tengok-tengokkan si
Avian kat atas
tu,” arah Datin
Zulaikha sambil menyapu
jem pada roti.
“Baiklah datin,”
jawab Mak Nah.
Seketika kemudian dia
menghilang ke tingkat
atas. Tengku Avian
di dalam biliknya
masih lagi lena
dibuai mimpi. Tidak
sedar matahari semakin
menerbitkan cahaya mentarinya.
“Avian...”
Satu suara
lembut menyapanya. Aduh,
Mak Nah ni...
Pecah masuk bilik
aku lagi! Aku
dah bagi warning
banyak kali dah
jangan masuk bilik
ni sesuka hati.
Pekak ke apa?
Ataupun tak paham
bahasa Melayu? Tengku
Avian menutup mukanya
dengan bantal. Anggap
je lah aku tidur
mati.
“Avian... bangun
nak. Papa dengan
mama tunggu kat
bawah tu. Hari
ni Mak Nah
masak lempeng. Avian
kan suka makan
lempeng. Nanti dah
sejuk tak sedap.”
Pujuk Mak Nah.
Sudah lali dengan
perangai Tengku Avian
yang memang liat
bangun pagi. Hampir
setiap hari jugalah
dia terpaksa mengejutkan
lelaki itu. Harapkan
muka sahaja handsome
tapi kalau bab
bangun pagi mengalahkan
budak umur 5
tahun!
“Avian tak
pergi pejabat ke
hari ni? Dah
pukul 8.50 pagi
dah ni. Kata
ada meeting dengan
client pasal projek
hari tu.” Pujuk
Mak Nah lagi.
Tidak berputus asa.
PAP!
Automatik dia
bangun seperti baru
disimbah air. “What?!
8.50?!” Mak Nah
mengurut dadanya. Kus
semangat. Buat terkejut
aku aje, budak
bertuah ni!
Tengku Avian
tanpa berlengah terus
melangkah ke bilik
air meninggalkan Mak
Nah yang masih
terkejut beruk itu.
......................................................................................................................................................
“Morning pa!
Morning ma!” ucap Tengku
Avian sambil menarik
kerusi untuk menikmati
sarapan pagi bersama.
“Assalamualaikum,” perli
Dato’ Zarif. Sengaja!
Datin Zulaikha dan
Mak Nah hanya
tersenyum melihat telatah
dua beranak itu.
“Err... waalaikumsalam,” jawab
Tengku Avian acuh
tak acuh. Pagi-pagi
lagi dah spoil
kan mood aku!
Cool Avian... Cool...
“Avian tak
ke pejabat ke
hari ni? Sempat
ke nanti sampai
sana?” Ujar Datin
Zulaikha. Cepat-cepat dia menukar topik perbualan
apabila melihat muka
Tengku Avian sudah
merah seperti udang
rebus!
“Dok membuta
sampai matahari dah
naik atas kepala,
mana tak lewatnya,” celah
Datuk Zarif selamba
tanpa memandang muka
Tengku Avian.
“Sempat lah
ma. Takpa lah,
Avian gerak dulu
ma, pa. Dah
lambat ni,” ucap
Tengku Avian sambil
mencium tangan kedua
ibu bapanya. Baik
aku blah dulu.
Lagi cepat lagi
bagus! Dia hanya
menjeling sekilas lempeng
yang dihidang di
atas meja. Gulp!
Tak jadi nampaknya
aku nak melantak.
Selamat kau hari
ni lempeng!
“Drive tu
elok-elok,” pesan Datin
Zulaikha. Matanya menyorot
kelibat anaknya yang
menghilang di sebalik
dinding.
“Always ma,” balas Tengku
Avian sambil tersenyum
penuh makna. Sempat
dia mengenyitkan matanya
sebelum melangkah keluar
rumah. Dato’ Zarif
sekadar menggeleng.
......................................................................................................................................................
Nuha
Qareena sibuk menyapu
halaman rumahnya. Lagu
Jetlag-Simple Plan yang
berdentum dari bilik
adiknya tidak dihiraukan.
Fikirannya masih melayang
teringatkan peristiwa semalam.
Apa dah jadi
hari tu ek?
Siapa yang hantar
aku balik rumah?
Mak beritahu ada
orang call guna
handphone aku, so
mungkin ke dia
yang hantar? Macam
mana pula dia
tahu aku tinggal
kat sini? Ahh...
sakai! Nuha Qareena
menjerit kecil di
dalam hati. Tetapi
ada sorang mamat
tu... Takkan dia...
Nuha Qareena
kembali menyapu. Lebih
baik aku tanya mak.
Mak mesti tahu
siapa yang hantar
anak dara dia
ni balik rumah.
Kan senang cerita,
tak payah nak
kusutkan kepala otak!
Kain batik yang
dipakainya itu sedikit
terlurut sehingga sudah
mencecah ke tanah
tanpa disedarinya. Ini
merupakan kali pertama
dia memakai kain
batik walaupun dia
sudah hidup selama
23 tahun. Perempuan
melayu terakhir la
katakan... Anak dara sepatutnya pakai
kain batik selain
daripada seluar jeans
yang berlambak di
dalam biliknya itu.
Barulah terserlah ciri-ciri
keperempuanan! Bak kata
maknya, Hajah Haliza.
Dulu, maknya pernah
mengugut mahu membuang
patung Rilakkumanya kerana
memakai seluar jeans
ketat semasa pergi
ke kenduri tahlil
arwah atuk. Memang
patut pun patung
jenama edisi terhadnya
itu tidur di
stor. Mak siapa
agaknya yang tak
tsunami satu badan
kalau perangai anak
dia serupa longkang!
Bunyi hon dari kereta
Bugatti Veyron berwarna
hitam menghentikan lamunannya
serta-merta. Kereta mewah
itu dilihatnya sudah
berhenti di halaman
rumahnya. Nuha Qareena
hanya berdiri kaku.
Fulamak!! Mulutnya sedikit
terlopong melihat kecantikan
binaan kereta tersebut.
Bukan ke ni
antara kereta paling
mahal di dunia?
Bugatti Veyron bhai!
Ah... nak meleleh
air liur ni
tengok! Alangkah bagusnya
kalau bagi kat
aku sebijik. Sebijik
pun jadilah! Tetapi,
siapa pula ni?
Main hon hon
segala bagai. Cermin
kereta yang ditinted
gelap itu menyukarkan
Nuha Qareena untuk
melihat siapa pemandunya.
Seorang lelaki yang
segak dengan spek hitam keluar
dari perut kereta
tersebut. Di tangannya
memegang tuala berwarna
pink ‘striking’ milik
Nuha Qareena. Belum
sempat Tengku Avian
membuka mulutnya, Nuha
Qareena terlebih dahulu
membuka langkah. Dia
sendiri tidak pasti
mengapa dia melarikan
diri bagai tidak
cukup tanah dari
lelaki itu. Spontan!
Akibat bertindak sebelum
berfikir dia terpijak
kain batiknya yang
sedia terlurut itu
lalu sujud mencium
bumi secara rasminya
buat kali kedua!
Tengku Avian
yang sedari tadi
terpaku melihat kejadian
yang tidak disengajakan
itu terus ternganga.
Dia sedaya upaya
menahan gelaknya daripada
meletus. Alahai, Nuha
Qareena... Dia lantas
menuju ke arah
Nuha Qareena sambil
tersenyum. Dan ketika
itu juga dia
terperasan kain batik
gadis tersebut sudah
terlucut. Hanya kakinya
yang tersarung legging
hitam dapat dilihat.
Muka Nuha Qareena
merah padam menahan
malu. Bloody hell
la weyh! Haru
kau, Nuha... Kantoi
lagi depan mamat
ni!
Tengku Avian
menghulurkan tuala tadi
supaya Nuha Qareena
bangun. Gadis itu
hanya menurut. Sebelah
tangannya menarik kain
batik ke pinggang.
Wajahnya ditunduk. Segan
mahu memandang lelaki
di hadapannya itu.
“This pinkie
is yours, right?
Semalam awak tertinggalkan
kat taman.” Tengku
Avian memulakan bicara.
Dia menghulur tuala
kecil itu kepada
Nuha Qareena. Gadis
itu hanya diam
membisu. Lidahnya tiba-tiba
kelu. Hanya tangannya
terketar-ketar mencapai tuala
yang dihulurkan Tengku
Avian. Lelaki tersebut
hanya memerhati reaksi
gadis itu. Dia
tahu gadis itu
sedang menahan malu.
Comel betul apabila
melihat pipinya yang
kelihatan memerah. Ala-ala
memakai blusher Revlon
gitu!
“Next time
larilah laju lagi
ye? Teringin juga
nak tengok balik
scene tu,” ujar
Tengku Avian selamba.
Amboi Avian... sejak bila
kau suka menyakat
perempuan ni? Dah
buang tabiat ke apa?
Nuha Qareena menelan
air liur. Rasa
macam nak lari
masuk rumah kemudian
masuk bilik, tutup
muka dengan bantal
dan jerit kuat-kuat.
Namun, keadaan kain
batiknya membatalkan niat
suci lagi murninya
itu. Takut juga
kalau pisang berbuah
dua kali!
“Well, gotta
go. By the
way, do you
have phone number
or email, perhaps?
Mana lah tahu
selepas ni tak
jumpa lagi ke,”
ujar Tengku Avian.
Dek kerana terkejut
dengan permintaan lelaki
tersebut, Nuha Qareena
mengangkat mukanya. Erk!
Dia menelan air
liur beberapa kali.
Handsome lah pulak
mamat ni! Matanya
leka mengamati seraut
wajah yang ada
iras Zayn Malik
itu. Biar betik!
Zayn Malik datang
Malaysia ke? Dia
memandangnya tanpa berkelip.
Tengku Avian hairan
melihat Nuha Qareena
yang tercegat seperti patung
di hadapannya. Hendak
ketawa pun ada
apabila melihat reaksi
gadis itu. Ni
dah kenapa dah
ni? Dah macam nampak beruk
pakai gaun pink
dah aku tengok.
“Nuha Qareena?”
Tegurnya sambil memetik
jari di hadapan
gadis tersebut. Bagai
baru tersedar dari
tidur yang panjang,
Nuha Qareena terpanar.
Macam mana pula
dia tahu nama
aku ni? “Ah...
ya, nombor.” Balas
Nuha Qareena. Nombor?
Nombor apa tadi
dia minta? Nombor
IC ke nombor
akaun ke apa?
Wahai otak jangan lah
kau blank time
darurat macam ni.
Oh, ya! Nombor
handphone! Nuha Qareena
cepat-cepat menulis nombor
handphonenya di atas
sekeping kertas lalu diberikan
kepada lelaki tersebut.
Hish Nuha! Betul
ke kau nak
bagi nombor kau
kat lelaki yang
kau tak kenal
ni? Selama ni
tak pernah-pernah kau
bagi. Eii, lantaklah!
Mamat ni handsome,
apa pun aku
on je!
“Thanks,” balas
Tengku Avian sambil
tersenyum. Nuha Qareena
begitu terpegun melihat
senyuman yang umpama
berkuasa 8 megawatt
itu. Sungguh cair
dibuatnya. Rasa macam
nak pengsan aje
kat depan rumah
ni! Tengku Avian
terus beredar menaiki
keretanya. Selepas sahaja
kereta itu menghilang
dari pandangan, Nuha Qareena tersenyum
lebar. Dia melangkah
masuk ke dalam rumah sambil
berlagu riang. Hatinya
bagaikan penuh dengan
pelbagai jenis bunga-bungaan
yang harumnya mekar
di seluruh taman.
......................................................................................................................................................
Kedengaran
pintu hadapan dikuak
dari luar. Seketika
kemudian, kelihatan seorang
lelaki memasuki banglo
tiga tingkat tersebut
sambil membimbit beg
pejabatnya. Wajahnya jelas
terpancar riak kepenatan
setelah seharian bekerja.
“Assalamualaikum!” Jerit
Tengku Avian.
“Waalaikumsalam! Haa,
tu pun anak saya dah
balik,” beritahu Datin
Zulaikha pada seorang
wanita yang sedang
duduk di atas
sebuah sofa Lorenzo.
Dia terus memimpin
lengan Tengku Avian
memasuki ruang tamu utama banglo
tersebut. Mata Tengku
Avian terpandang beberapa
susuk tubuh yang
tidak dikenali. Dia
memang perasan ada
sebuah kereta Mercedes
di halaman rumahnya
tadi cuma dia
tidak minat mahu
mengambil tahu disebabkan
terlalu penat bekerja.
“Kenalkan ini
anak bujang saya,
Tengku Avian Aminurizqin
namanya. Avian, ini
kawan lama mama
masa di UK
dulu. Dia ni
lah yang mama
pernah cerita dulu
suka sangat makan
kek Tiramisu.” Ujar
Datin Zulaikha seraya memperkenalkan
anaknya dengan Datin
Aisyah. Tengku Avian
yang perasan dirinya
diperhatikan gadis di
sebelah wanita itu
terus naik bulu
romanya. Apa kejadahnya
pula perempuan ni
tenung aku macam
nak tembus?
“Oh, Avian...
Kacak juga orangnya.
Eh, lupa pula
nak kenalkan. Ini
anak makcik. Dia
ni muda 2
tahun daripada Avian.
Siti Raihanah namanya.
Dia ni malu-malu
kucing sedikit. Maklumlah,
anak dara lah katakan.” cerita
Datin Aisyah sambil
mengenyitkan matanya ke
arah Tengku Avian.
‘Oh, ini ke
Tengku Avian? Tak
sangka makin handsome
dah sekarang. Beribu
kali handsome dari
bekas teman lelaki
aku yang dulu.”
Getus hati Raihanah
gatal. Matanya tak
berganjak merenung Tengku
Avian dari atas
ke bawah. Datin
Zulaikha yang sedari
tadi berdiri di
samping anaknya hanya
tersengih. Dalam hatinya
begitu bangga dengan
pujian tersebut. Mana
taknya, Tengku Avian
sememangnya mempunyai paras
rupa yang mampu
menawan hati mana-mana
wanita. Tidak hairanlah
gadis yang rambutnya
dihighlight berwarna pink
di hadapannya itu
tersengih-sengih macam kerang
busuk!
Tengku Avian
tergelak dalam hati.
Ceh, nama Siti
Raihanah. Jika nak
dibandingkan, nama dengan
orangnya jauh berbeza
bagai langit dengan
bumi! Dengan bajunya
macam tak cukup
kain, seluar jeans
koyaknya lagi. Dah
macam vokalis Iron
Maiden dah aku
tengok!
“Hmm, makcik
dengan abang Avian
jemputlah makan. Rai
ada masakkan ikan
pari masak asam
pedas kesukaan abang
Avian kat dapur
tadi,” pelawa Raihanah
dengan membahasakan dirinya
dipanggil Rai. Setelah
agak lama mendiamkan
diri, baru dia
teringat masakan yang
dimasaknya ketika menunggu
kepulangan lelaki itu
dari pejabat. “
Ye tak ye
juga. Marilah kita
makan, rezeki jangan
ditolak. Avian, mari
sayang,” ajak Datin
Zulaikha seraya mempelawa
anaknya. Tengku Avian
hanya menurut langkah
mamanya memasuki ruang
makan.

No comments:
Post a Comment