“Gol! Itu
dia gol kemenangan yang berjaya
dijaringkan oleh pemain
handalan, Akmal Arif!”
Sorakan para penonton
bergema di sekitar
padang sekolah tersebut.
Deru angin ke
telinga memang boleh
bagi adrenaline rush
betul. Akmal selaku
penyerang yang baru
sahaja menjaringkan gol
itu kelihatannya sedang berlari sekeliling
padang dengan tangan
didepangkan ke udara.
Tak ubah seperti
lagak seorang pemain
bola sepak professional.
“Akmal, skill roulette 360
kau macam Zinedine
Zidane kot! Cayalah!”
“Damn cool
one hantaran lintang
kau!” Harraz Dhani
menepuk bahunya..
“Kalah Torres
kalau macam ni!
Tabik spring lah
sama kau.”
Beberapa
orang pemain bola
SMK Taman Melur mula berlari
mengejar Akmal. Mereka
saling memeluk dan
melompat sambil berteriak
girang apabila sekolah
mereka berjaya memenangi
tempat pertama dalam
pertandingan bola tersebut.
Tubuh Akmal dijulang
tinggi tanda mereka
menghargai lelaki itu
sebagai wira SMK
Taman Melur. Para
gadis menjerit-jerit seperti
histeria apabila Akmal
menanggalkan jersinya lalu
dibaling ke arah
para penonton. Keadaan
itu saling tak
tumpah seperti dalam
perlawanan bola sepak
antarabangsa.
“Jom balik
la. Dah dekat maghrib dah ni.” Akmal
berpaling ke arah
pavilion sambil mencari
kelibat adik perempuannya.
Setelah selesai menerima
hadiah kemenangan sebentar
tadi, Akmal sudah
merancang untuk pulang
ke rumah lebih
awal. Letihnya dia
tak terkata lagi.
Bermain untuk dua
perlawanan bola sepak
dalam satu hari
benar-benar menguras tenaganya.
Tetapi, dia amat
berpuas hati kerana
berjaya memenangi kedua-dua
perlawanan tersebut. Dalam
diam Akmal tersengih
sendirian.
“Woi Achik!!!”
Hadirah tidak mengangkat
muka. Telinga bersumbat
dengan headphone. Suara Avril Lavigne
memekak dengan Here’s
To Never Growing
Up. Kelihatannya dia leka membelek
telefon bimbitnya. Handphone
baru katanya. Belum
habis survey lagi. Akmal menengadah
langit. Susah betul
lah kalau ada
adik pekak artificial
ni. Jerit sampai
keluar anak tekak
pun belum tentu
lagi dia akan
dengar. Cepat-cepat dia merampas telefon
bimbit itu dari
genggaman tangan adiknya.
“Angah! Apa
ni?” Hadirah menjerit
marah melihat abangnya
yang sudah tersenyum
menyindir di hadapannya
itu. Suka-suki aje
menceroboh hak kemanusiaan
orang!
“Balik la. Kau nak
tidur kat sini
ke?” Tanya Akmal
sambil menghulur kembali
telefon bimbit tersebut.
Hadirah hanya menarik
muka. Handphone disambar
kasar dari tangan
abangnya. Hish! Kalau
satu hari tak
menyakat aku memang
tak sah.
“Tak payah
nak muncung sangat
la. Ingat lawa
ke?” perli Akmal
sambil tersengih menampakkan
barisan giginya yang
putih. Kalau bibir
tu macam Angelina
Jolie takpelah juga.
“Lain kali
pakai hearing aid
eh? Pekak badak.
Orang panggil pun
tak dengar.” Ujar
Akmal lagi dengan
nada mengejek.
“Angah lah
badak. Badak tak
betul. Tak cukup
wayar kat kepala.”
Balas Hadirah sambil
membuat mimik muka.
Akmal hanya tergelak
mendengar penyataan adiknya itu.
Macam-macam perangai lah
budak ni. Hei
Achik... Achik...
“Alaa... Badak
badak Angah pun,
badak teror main
bola. Badak hensem,
badak cute, badak
ader taste. Kau orang
perempuan tahu apa?”
Bahu Hadirah diraihnya.
“Dah mula
putus fius lah
tu,” Hadirah menjulingkan
mata ke langit.
Perasan betul abang
aku ni! Tapi,
memang betul pun
apa yang dia
kata. Pelajar perempuan
mana di sekolah
ni yang tidak
tergila-gilakan dia. Hmph,
peduli apa aku!
Lelaki itu sekadar
ketawa mendengar karenah
adiknya itu tetapi
ketawanya tiba-tiba mati
apabila matanya tertancap
pada motosikal barunya
yang berada di
hadapan.
“Motor aku!”
Kedua-dua belah tangannya
spontan memegang kepala.
Betul-betul terkejut dengan
penampilan baru motosikal
kesayangannya itu.
“Arrrghhhh!!!” Akmal
mengetap bibir sambil
menahan geram yang
melanda fikirannya sekarang
ini. Matanya tidak
berkelip merenung motosikalnya
yang sudah bermandi
jus oren dan
bersiram sos spaghetti
di tempat parking
motosikal sekolahnya itu.
Motor baru kot...
tak rasmi lagi
aku accident dengan
motor tu dia
dah accident dulu?
“Amboi, amboi,
amboi... Cantiknya motor.”
Terbit satu suara nyaring dari
arah belakang. Suara
yang sentiasa mendapat
tempat tercorot dalam
hatinya. Darah Akmal
terasa mendidih. Seperti
ada Bunsen burner
yang sedang memanaskan
darah dalam tubuhnya.
Ibarat dalam komik
yang seringkali dibacanya,
pasti akan muncul
api di atas
kepala.
“Ini semua mesti kau
punya kerja kan?!”
jerit Akmal sambil
menuding jari ke
arah musuh terulungnya
itu. Hanya tinggal
beberapa inci sahaja
lagi hendak terkena
batang hidung si gadis itu. Siapa lagi
kalau bukan anak
Dato’ Adam, Asfar
Hijanah. Gadis itu
kelihatannya seperti tidak
takut dengan apa
yang bakal terjadi
terhadap dirinya.
“Mana ada!
Suka hati kau
aje kan main tuduh-tuduh aku.”
Hijanah cuba untuk
mengurangkan rasa gementarnya
dengan berlagak selamba.
“Kau ingat
aku nak sangat
ke sabotaj motor
secondhand kau ni? Dahlah buruk
macam besi berkarat
lepastu bunyi ekzos
macam orang semput.
Makan kaki lah
weh,” Kedua-dua lengannya
disilangkan. Melihatkan riak
wajah gadis itu,
Akmal pasti gadis
itu sedang bersiap
sedia untuk melakukan
sesuatu yang tidak
menyenangkan.
“Ambil ni!”
Dengan tidak semena-mena,
Hijanah menyepak tayar
motosikal tersebut dengan
penuh perasaan sehingga
motosikal tersebut jatuh
tumbang ke bumi.
“Hoi, kurang
asam! Kau nak
lari mana tu,
hah?!” Lontaran vokal
Akmal yang mantap
itu tidak fasal-fasal
menjadi santapan telinga
para pelajar lain
yang berada di
sekitar sekolah tersebut.
Hijanah pula tanpa
membuang masa terus
membuka langkah seribu
seraya memecut setaraf
pelari pecut negara
menuju ke rumahnya.
Sempat lagi gadis
itu menjelirkan lidahnya
ke arah Akmal
yang terkial-kial membangunkan
semula motosikalnya.
“Hijanah! Lebih
baik kau keluar
sekarang, pengecut!” teriak
Akmal setibanya di
halaman rumah gadis
tersebut. Tidak ubah
seperti Hang Tuah memanggil Hang
Jebat yang mahukan
perhitungan terakhir. Tidak
lama kemudian, Hijanah
muncul di tingkap
di tingkat dua.
“Kau pehal
nak jerit-jerit segala
bagai ni? Kau
fikir suara kau
tu sedap sangat?
Buat sakit telinga
aku je dengar
suara speaker buruk
kau tu!” Riak
muka gadis itu
kelihatan begitu jahat
sekali dengan senyuman
sinis mempamerkan gigi
kapaknya yang begitu
besar.
“Tak guna
punya perempuan! Kau
ingat cantik sangat
ke tersengih-sengih macam
tu? Geli gila
nak mati aku
tengok. Gigi kau
yang berterabur tu
belum tentu boleh
elok walaupun dah
ikat dengan besi-besi
tu, tahu tak?!
Gigi kau pun
sama degil macam
kau juga!” kutuk
Akmal lantang bagaikan
ingin terkeluar anak
tekak.
“Tolong jaga
sedikit mulut busuk
kau tu eh!
Jangan ingat aku
tak tahu yang
kau bajet cute
kononnya muka macam
Lee Min Ho! Lepastu, siap
menari tak ingat
dunia lagi. Kau
ingat kau apa?
Penyanyi korea? Hahaha!”
balas Hijanah seraya
gelak tak ubah
seperti Mak Lampir
dari filem seram
Indonesia itu.
“Eh, zaman
bila pula aku
bajet muka macam
Lee Min Ho?
Gaya betul je
kau nak menfitnah
aku eh. Entah-entah
kau tu yang
jeles sangat dengan
aku kan?!” Ini
sudah tentu kerja si Achik.
Sekali kantoi apabila
adiknya yang seorang
itu ternampak dia
menari mengikut gerakan
kumpulan Beast melalui
lagu Beautiful di
depan cermin. Argh,
malunya! Mana nak
sorok muka cute
aku ni.
“Sudahlah! Malas
aku nak bertekak
dengan budak lelaki
macam kau, Akmal!
Maklumlah, orang macam
aku ni tak
layak bercakap dengan
orang kebanyakan macam
kau. Nanti, orang
kata apa pula.
Dah lah terencat
akal, badan tinggi
menggalah, suara macam
orang tua tapi
perangai kalah budak
tadika! Tak matang
langsung!” luah Hijanah
lantas menghilangkan diri
dari tingkap. Geramnya
Akmal tidak terkata
lagi.
Bengang sungguh rasanya
apabila mengenangkan kata-kata
hinaan Asfar Hijanah
sebentar tadi. Rasa
seperti mahu dicilikan
sahaja mulut gadis
tidak cukup sifat
itu. Status keluarganya
adalah perkara paling
sensitif bagi Akmal.
Memang Akmal sendiri
sudah tahu bahawa
keluarganya hidup secara
sederhana sahaja. Mentang-mentanglah bapanya
seorang jutawan terkenal.
Sesuka hati, buah
pinggang dan jantungnya
sahaja merendah-rendahkan darjat
orang lain.
Ketika
berfikir cara untuk
mengenakan Hijanah kembali,
bebola mata Akmal
terpandangkan kasut sukan
Hijanah yang tergantung
pada pagar. Mata
Akmal mengecil. Cepat-cepat
dia mengambil pen
marker yang berada
di dalam koceknya.
Sambil tersengih nakal, Akmal
mendekati pagar. Terlebih
dahulu, dia terjenguk-jenguk ke
dalam pondok pengawal
di tepi laman.
Dia amat pasti
bahawa pengawal keselamatan
itu sedang khusyuk
mengumpulkan tahi mata.
Setelah selesai memastikan
keadaan betul-betul selamat,
Akmal dengan selambanya
melangkah masuk ke
laman banglo mewah
3 tingkat itu.
Kemudian, matanya terpandangkan
Yuna, kucing parsi
jantan peliharaan Asfar Hijanah.
Hah!
Itulah antara bukti
gadis itu memang
otak senget. Kucing
jantan diberinya nama
Yuna. Memang biul!
Lelaki itu melangkah
perlahan ke arah
Yuna sambil angkat
kening double jerk. Dia
tidak peduli sekiranya
kucing obesiti itu
tidak memahami apa
yang dikatanya. Akmal
menegur dengan suara
jahat.
“Hai Yuna...
hehehe!”
...................................................................................................................................................
“Baliklah kak...
Mama dah lama
tunggu kepulangan akak
kat rumah tu.”
Pujuk Avian seraya
memandang wajah mulus
milik kakak kandungnya
itu. Wajah mulus
yang seringkali dilanda
air mata jernih.
Anabella yang hanya
membatukan diri membiarkan
telinganya memainkan peranan.
“Mama nak
sangat jumpa anak
perempuan dia. Anak
yang pernah dia
kandung selama 9
bulan. Pernah dia
pelihara, pernah dia didik tanpa
sedikit pun kekurangan.
Tolonglah kak, mama
tu dah tua.
Jangan ambil hati
sangat dengan apa
yang dia cakapkan.
Lagipun tak baik
buat mama macam
tu. Kasihankan lah
mama, kak...” rayu
Avian sekali lagi.
“Kak, she’s
our mom. We
don’t have anyone
else. Papa dah
lama tinggalkan kita.
Mana lagi tempat
kita nak mengadu,
kak... Mana lagi tempat kita nak
menumpang kasih kalau
bukan mama. Kelmarin,
mama cuma sedikit
terkilan dengan perbuatan
akak yang dulu.
Tu je. There’s
nothing else. Akak
boleh minta ampun
dari mama. I
know she still
loves you. You
can ask for
her forgiveness for
one more time.
Please.” Diam. Suasana
berair mata itu
begitu tidak menyenangkan
bagi Avian. Apa
lagi yang boleh
dilakukan jika si
empunya hati masih berdegil, keras
kepala dan tidak
mahu mendengar cakap.
Perlahan-lahan Avian bangun
dari duduknya lalu
membuang pandangannya jauh-jauh
ke arah pantai
berdekatan. Rambut perangnya
diraup ke belakang.
Seorang nelayan tua
yang baru pulang
dari laut menarik
perhatiannya. Keadaannya walaupun
berbau busuk dan
berpakaian compang-camping, wajahnya
masih terserlah sinar
gembira yang tidak
berbelah bahagi. Seorang
wanita tua dan seorang perempuan
muda masing-masing melayan
nelayan tua tersebut
hanya dengan sekeping
roti. Tiada sedikit
pun keresahan ataupun
kerisauan yang ditunjukkan
malah perasaan gembira
dan gelak ketawa
mengindahkan lagi suasana.
Hidup miskin tetapi
bahagia. Berlawanan dengan
perjalanan hidupnya sebagai
orang kaya yang
seringkali tidak segembira
itu. Ataupun mungkin
tidak pernah.
“Kak Bella,
mama sebenarnya kesunyian
sejak kak Bella
tinggalkan dia. Mama
rasa macam mana
yang akak rasa.
Hidup sunyi dan
kosong tanpa belaian
kasih orang yang
tersayang. Memang betul
mama jarang sekali
confess perasaan dia
sendiri. Do you
think she’s never
able to embrace
you and say
I love you my daughter?
Well, that doesn’t
mean a mother
loves her daughter
any less.” Ungkap
Avian sabar.
“You’ll never
understand, Avian. Totally.
Avian tak pernah
rasa macam mana
yang akak rasa
selama ni. Lebih-lebih
lagi perkara yang
melibatkan hati dan
perasaan. Akak sedar
mama tu dah
tua dan kita
sebagai anak yang
sepatutnya memohon ampun
dari orang tua.
Akak tahu semua
tu. Akak tahu.
Tapi mama tidak
berhak hancurkan hati
akak. Dia tidak
sepatutnya buat hidup
akak macam ni...”
tutur Anabella sambil
mengelap air mata
yang jatuh bercucuran.
Masih adakah peluang
untuknya kembali ke
pangkuan keluarga tersayang?
“Sejak
akak tinggalkan kami
3 beranak, jujur
Avian katakan mama
sentiasa sebut nama
kak Bella tanpa
dia sedar. Dan mama terus
menerus menafikannya. Tidak
pernah walaupun sehari
mama lupa doakan
keselamatan dan kebaikan
akak selepas selesai
solat. Avian tahu,
mama terlalu rindukan
kak Bella tetapi
dia lebih menangkan
ego dia sendiri.
Tetapi yang Avian
tahu, satu je
yang mama selalu
harapkan. Mama cuma harapkan
akak balik jenguk
dia walaupun satu
hari. Satu hari
pun dah cukup,
kak.” Ujar Avian
memalingkan mukanya menghadap
Anabella. Wanita itu
hanya memandang lantai
sedari tadi. Dengan
rasa sedih yang
masih terbuku di
hati, tangan milik
Anabella dicapai lalu
digenggamnya erat. Seerat
ikatan kekeluargaan yang
telah terbina di
antara mereka berdua
sejak kecil.
“Baliklah...
Even if it’s
just a moment.
Even if it
takes for a
day. Biarlah mama
rasa sekurang-kurangnya anak
perempuan kepunyaan dia
masih ingatkan dia.
Masih mengaku dia
tu adalah mama
akak. Ibu yang
telah melahirkan akak
dengan susah payah
selama ini. At
least let your
shadow fall on
the photo. That has kept your
memory alive in mom’s eyes
for the last
5 years.” Tutur
Avian merenung tepat
ke anak mata
Anabella. Wanita itu
tidak mampu untuk
mengalihkan mata dari
merenung wajah yang
begitu mengharapkan sesuatu
itu.
“Please... I’m
begging you. For
mom’s sake.” Sinar
mata Avian tenggelam
dek terbenamnya sinar
matahari. Yang tidak
sabar menunggu untuk menerbitkan
sinarnya kembali pada
esok hari.

No comments:
Post a Comment