Siti Raihanah
melangkah yakin menuju
ke sebuah kafe
lima bintang yang
berdekatan. Bibirnya mengukir
senyuman tanpa disedari
apabila terlihat susuk
tubuh tunangnya itu
di dalam cafe.
Cepat-cepat dia menarik
kerusi lantas duduk
berhadapan dengan lelaki
tersebut. Raut wajah
Tengku Avian jelas
menampakkan riak serius
ingin tahu tentang
perkara yang hendak
disampaikan wanita itu.
“Sayang,
kenapa you tenung
I macam tu?
Cantik sangat ke
I hari ni?” Tanya
Raihanah seraya tersenyum
menggoda. Perlakuan lelaki
itu hari ini
dilihatnya agak berbeza.
Tengku Avian yang bagaikan tersedar
dari tidur terus
mengalihkan matanya. Perah-san-tan
pula perempuan ni!
Ingat aku nak
sangat ke tenung
dia seperti tu?
Buat silau mata
aje! Hatinya memberontak.
“Apa perkara yang
penting sangat you
nak cakap tu?
Cepatlah cakap. I
tak nak lama-lama
kat sini,” ujar
Tengku Avian. Raihanah
hanya tergelak kecil.
Menu di tangan
dibelek.
“Why not if
you order something?
It’s okay, hari
ni I belanja
you...” balas Raihanah
apabila melihat ketegangan
pada wajah lelaki
tersebut. Tengku Avian
hanya mengeluh. Nampaknya
terpaksalah dia mengikut
kehendak perempuan tersebut.
Setelah selesai meminta
pesanan makanan, Tengku
Avian kembali bertanya
tentang perkara tersebut.
“Apa yang you
nak cakap sebenarnya
ni?” ujar Tengku
Avian. Dia sudah
jemu menunggu terlalu
lama. Kalau ikutkan
hati, tak kuasa
rasanya mahu berjumpa
dengan tunangnya itu.
Sudahlah datang lambat,
lepastu nak berahsia
pula. Siti Raihanah
hanya tersenyum menggeleng.
Dari dulu sampai
sekarang, tak tahu
nak menyabar betul.
“I think we
should make a
deal,” beritahu Raihanah
ringkas. Matanya bersinar
menunjukkan sesuatu. Sesuatu
yang sukar untuk
difahami.
“What do you
mean?” Tanya Tengku
Avian perlahan. Dia
sedikit pelik dengan
pernyataan wanita tersebut.
Apa pula yang
dia mengigau ni?
Cakap sahaja lah
terus terang.
Tas tangan
berjenama dibukanya lalu
dikeluarkan beberapa keping
foto. Kemudian dicampaknya
ke atas meja.
Tengku Avian kehairanan.
Gambar-gambar tersebut diperhatinya
satu persatu. Dahinya
sedikit berkerut cuba
memahami apa yang sedang berlaku.
“Siapa perempuan
tu, Avian? Perempuan
simpanan you ke?”
pertanyaan Raihanah bernada
dingin. Dia memeluk
tubuh sambil menunggu
penjelasan dari mulut
tunangnya. Memang tidak
disangka lelaki itu
berani bermain kayu
tiga di belakangnya.
“So, inilah perkara
yang you nak
cakap tu? I
rasa perkara tu tak penting
pun untuk you
tahu,” ujar Tengku
Avian tenang sambil
menyuap chicken chop ke dalam
mulut. Pertanyaan Raihanah
sedikit pun tidak
diendahkan. Macam mana boleh
terkantoi ni? Kalau
mama dapat tahu,
silap-silap dipenggalnya kepala
aku! Hatinya berbisik.
“I tak nak
you berahsia lagi
dengan I. Sekali
lagi I tanya,
siapa perempuan tu
dan kenapa you
berani bohong dengan
I, Avian?” Tanya
Raihanah hilang sabar.
Sikap panas barannya
memang tidak dapat
dijangka. Entah-entah meja
makan ni juga
turut dihumbannya. Minta
dijauhkan...
“She’s my friend.
We’ve just met
months ago. Mama
I dengan mama
dia dulu kawan
baik. Jadi, you
tak payah lah
nak jeles sebab
I dengan dia
tak ada apa-apa,”
ringkas dan padat
jawapan yang keluar
dari mulut lelaki
tersebut. Pandai-pandailah kau
kelentong, Avian oi!
“Oh, kawan biasa.
Kawan biasa sampai
nak bertukar-tukar number
phone kemudian sanggup
mencemar duli datang
rumah perempuan tu
semata-mata nak pulangkan
barang dia? How
fascinating,” beritahu Raihanah
tanpa selindung. Paham-paham
sahajalah dia sudah
mengupah orang untuk
mengintip tunangnya itu.
Tengku Avian terkedu.
Kelihatannya Raihanah sudah
mengetahui segala aktivitinya
selama ini.
“What? Are you
kidding? Please tell
me you do
not hire someone
to spy on
me...” Tanya Tengku
Avian sedikit terkejut.
Perempuan ni biar
betul! Memang dasar
mengongkong hidup aku
habis-habisan sungguh!
“As a matter
of fact, it’s
true...” tutur Raihanah
selamba. Namun, apa
yang sudah diperolehnya
sebelum ini masih
belum cukup. Dia
mahukan lebih maklumat
tentang perempuan yang
tidak tahu diuntung
itu. Bukan main
berani lagi nak
masuk line nampaknya.
“You pun apa
kurangnya? Dua kali
lima aje dengan
I, kan? Tetapi
yang bezanya I
tak membazir duit
hasil titik peluh
mak bapak I buat
kerja tak senonoh
upah orang untuk
intip you,” tindas
Tengku Avian. Meluat
betul rasanya memikirkan
cara pemikiran wanita
seperti Siti Raihanah.
Cakap tak serupa
bikin.
“What are you
talking about, Avian?
I hanya ada
you seorang aje
dalam hati I tau tak?
Tak mungkin I
sanggup menduakan cinta
kita,” bidas Raihanah
bersungguh-sungguh. Masih mahu
menegakkan benang yang
basah. Dia tidak
tahu siapakah gerangan
manusia yang membocorkan
rahsianya namun itu
tidak membuatkan dia
berputus asa merebut
cinta Tengku Avian.
Biarlah dengan apa
cara sekalipun, lelaki
itu pasti menjadi
miliknya suatu hari
nanti.
“No,
Raihanah. Kalau you
ingat kali ni
I akan termakan
dengan janji manis
you, memang you
silap besar!” tegas
kedengaran suara Tengku
Avian. Kau ingat
aku ni senang-senang
diperbodohkan oleh kau
ke? Minta kaki lah jawabnya!
“But I ni
satu-satunya tunang you.
I ada hak
terhadap you dan
you mesti ikut
cakap I. I
tak mahu you jumpa lagi perempuan kolot
tu lagi, faham?
Dasar perempuan kampung,
pemikiran tertutup! Asal
ada peluang aje
mesti dikebasnya,” ujar
Raihanah seraya menghina.
Biar perempuan itu
tahu yang dia
sudah tersilap langkah,
masuk ke dalam
mulut buaya yang
sekian lama sudah menunggu mangsa.
“Sekurang-kurangnya,
dia tak semurah
you! You ingat
bagus sangat ke
asyik bersidai dekat club-club
tu? Berpeluk-peluk dengan
lelaki tanpa sebarang
ikatan. Entah-entah, benda
yang tak senonoh
pun you dah
buat...” balas Tengku
Avian geram. Kalau
diikutkan hati, mahu
sahaja dilempang pipi
wanita itu sekuat
hatinya. Tetapi dia
masih waras untuk
berbuat sedemikian.
“Sampai hati you
cakap I macam
tu, Avian. I
ni masih cintakan
you, tahu tak?
Sejak pertama kali
kita bertemu, I
dah lama jatuh
hati terhadap you.
You aje tak
perasan. I tak
pernah terhegeh-hegeh ke
lelaki lain selain
you. Tapi sekarang,
ini ke balasan
yang I dapat?”
Raihanah bersuara lagi.
“Sudah! I tak
mahu dengar lagi
semua alasan you.
You memang tak mahu nak
menghormati orang lain.
You lebih mengutamakan
tentang kepentingan diri
you sendiri aje. Okay, fine! I janji I akan
buktikan bahawa you
bersalah. I percaya
suatu hari nanti
kebenaran akan terbukti
juga. A liar
will not be
believed, even when
she speaks the
truth...” sambung Tengku
Avian lagi. Dia
langsung tidak mempedulikan
perasaan wanita itu.
Tanpa membuang masa,
Tengku Avian bangun
lalu melangkah meninggalkan
meja makan bersama
penghuninya.
“Avian,
tunggu! I tak
habis cakap lagi,”
panggil Raihanah. Riak
wajahnya benar-benar sugul.
Kecewa betul rasanya
apabila cintanya tidak
berbalas. Selama ini,
tidak pernah seorang
lelaki pun menolak
cintanya mentah-mentah sedemikian
rupa bahkan sanggup
beratur panjang demi mendapatkan wanita
‘pakej lengkap’ sepertinya.
Tetapi, lelaki ini...
..........................................................................................................................................
Sepantas kilat
Nuha Qareena memecut
kereta Ford Focusnya
melintasi Persiaran Bestari
untuk ke dewan
kuliah yang terletak
kira-kira 30 minit
dari rumahnya. Sudah
tahun akhir pun
masih lagi berperangai
seperti budak freshie
yang baru first
time masuk universiti.
Beberapa buah kereta
berjaya dipotongnya cekap
walaupun telinganya dapat
menangkap bunyi hon
yang kurang menyenangkan.
Mana taknya, memandu
mengalahkan Michael Schumacher!
Tetapi, hari itu
telah ditakdirkan tayar
Nuha Qareena menghadapi
nasib yang agak
malang. Dengan penuh
berhati-hati, gadis itu
memnberhentikan keretanya di
tepi jalan. “Astaghfirullahalazim...” Nuha
Qareena mengucap dalam
hati.
Tanpa berlengah,
dia terus keluar
dari perut kereta
lalu menendang kuat
tayar keretanya berkali-kali.
Hatinya memberontak geram.
Kau ni memanglah
tayar! Kenapalah kau
pancit waktu-waktu darurat
macam ini? Tak
boleh ke pancit
hari lain? Eii...susah
betul lah! Kalaulah
tayar keretanya ini
manusia sudah lama
dipatah riukkan segala
jenis tulang yang
ada!
Nuha Qareena
cuba menahan teksi
yang lalu-lalang namun
tiada satu pun
yang berhenti. Penumpangnya
penuh barangkali. Gadis
itu hanya mengeluh.
Memang kau ni
magnet bala lah,
Nuha... Akhirnya, dia
mengambil keputusan untuk
menukar tayar keretanya
sendiri. Nuha Qareena
membuka bonet kereta
lantas meletakkan tayar
baharu di tepi
tayar keretanya yang
pancit tersebut. Gadis
itu cuba untuk
mengaplikasikan kaedah menggantikan
tayar kereta yang
pernah dipelajarinya semasa
di sekolah namun
tidak berjaya. Itulah,
tidur lagi di
dalam kelas. Sekarang,
kau juga yang
susah... Rungut hatinya.
Sempat lagi mengutuk
dirinya sendiri.
Nuha Qareena
terus berusaha untuk
menanggalkan tayar keretanya
itu. Dia mencuba
lagi dan lagi.
Namun, usahanya hanya
sia-sia. Berbekalkan rasa
geram dan marah
yang meluap-luap, sekali
lagi dia menanggalkan
tayar keretanya itu
dengan sekuat hati.
Ajaibnya, tayar kereta
tersebut berjaya ditanggalkan
namun tanpa diduga
tayar tersebut telah
bergolek laju menuju
ke jalan raya.
Mata Nuha Qareena
membulat. Oh my God, this
is not happening!
“TIDAK!!!” gadis
itu menjerit sekuat
hati. Macamlah ada
manusia-manusia di sekitarnya
yang dapat membantu.
Oleh sebab terlalu
takut, Nuha Qareena
terus berdiri dan
mengejar tayar keretanya
yang sedang bergolek-golek meninggalkannya itu.
Hilang kelembutannya sebagai
seorang gadis melayu
terakhir apabila berlari
sebegitu rupa. Adoyai...
apa aku buat
ni? Macam manalah
tayar ni boleh
melencong ke tempat
lain pula? Bisiknya
hatinya. Tiba-tiba...
PONN!!!
“Woi! Ke
tepilah!” laung satu suara.
Terjengul kepala lelaki
yang berspek hitam
dan panjang mengurai
rambutnya dari tingkap.
Sekali tengok macam
Undertaker dua kali
tengok rupanya... oh,
driver ke? Hon
yang dibunyikan entah
ke berapa kali
menyedarkan lamunannya. Nuha
Qareena terus mencapai
tayar kereta yang
bergolek itu lalu
beredar dari situ.
Dari ekor matanya,
dia dapat menangkap
bahawa kereta Mercedes
tersebut masih belum
berganjak dari tempatnya.
Seorang wanita berkaca mata
hitam keluar dari
kereta tersebut. Tubuhnya
dilengkapi dengan pakaian
yang bertatahkan perhiasan
yang agak mahal.
Rambutnya yang hitam
berkilat itu panjang
hingga ke paras pinggang. Kakinya
yang disarung stiletto
berwarna kuning itu
menarik perhatian Nuha
Qareena. Siapalah yang
up-to-date sangat sampai
nak berstilleto kat
tempat macam ni?
Warna kuning pula
tu! Ianya mungkin
merupakan perkara yang
biasa bagi orang
lain tetapi tidak
bagi Nuha Qareena.
Warna kuning itu
sungguh dramatik pada
matanya.
“Tayar kereta
pancit ke?” Tanya
wanita itu. Dahinya
berkerut-kerut memandang aksi
Nuha Qareena menendang
tayar tersebut. Taajub
sungguh!
“Hmm, tulah...”
Hanya itu yang
mampu dijawab oleh
Nuha Qareena. Dia
kembali memandang ke
arah tayar keretanya.
Keluhan demi keluhan
dilepaskan.
“Kalau awak
tak keberatan, saya
boleh bantu.” Wanita
itu menawarkan bantuan.
Dua ulas bibirnya
mengulum senyuman. Erk!
Perempuan ni nak
repair tayar aku?
Biar betik!
“Tak apalah,
cik. Dekat-dekat sini
ada bengkel kereta,
saya boleh selesaikan
masalah ni sendiri.”
Bohong Nuha Qareena
sambil menolak bantuan
yang ditawarkan kepadanya. Bengkel
kereta otak mu!
Setahunya, kawasan ini
bengkel kereta pun
masih belum diwujudkan
lagi. Argh, hentam
aje lah! Wanita
tersebut hanya tersenyum
geli hati mendengar
kata-kata Nuha Qareena.
Dia menggeleng perlahan-lahan. Macamlah
aku tak biasa
area-area kat sini.
Tahulah aku ni
dah lama tak
balik Malaysia. Getusnya
dalam hati.
“Saya rasa
lebih baik awak
biarkan saya bantu
awak. Lagipun, awak
dah terlambat pergi
kuliah kan?” Wanita
tersebut bertanya mesra.
Jarinya tiba-tiba dipetik.
Mata Nuha Qareena
dapat menangkap dua
orang lelaki tadi
keluar dari kereta
tersebut lalu sepantas
kilat memasangkan tayar
baru ke keretanya.
Terjegil mata Nuha
Qareena. Rupa-rupanya dia
sudah tersilap menduga.
Mulutnya ingin berkata
sesuatu tetapi suara
bagaikan tidak mahu
keluar.
“Let’s go!”
ujar wanita stiletto
itu seraya kembali
ke keretanya. Cepat-cepat
Nuha Qareena berkejar
sebelum mereka hilang
dari pandangan.
“Err...cik! Terima
kasih sebab repair
tayar kereta saya
tadi ya...” ucap
Nuha Qareena sambil
tersenyum ikhlas. Sempat
lagi matanya melilau
melihat ke dalam
kereta. Tak dapat
naik, dapat tengok
pun jadilah! Wanita
itu hanya mengulumkan
senyuman. Perlahan-lahan, Mercedes
mewah tersebut beredar
dari situ.

No comments:
Post a Comment