Telefon bimbit di dalam beg tangannya dikeluarkan. Butang mesej ditekan untuk memastikan alamat yang tertera di situ sama dengan nama tempat yang dihadapannya sekarang ini. Setelah memastikan alamatnya itu betul, dia membuka pintu kereta untuk keluar. Blouse bercorak floral yang dipakainya dikemaskan sedikit. Rambutnya yang didandan kerinting lembut itu dilihat di cermin kereta. Done!
Tiba-tiba, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi mendendangkan lagu Beauty and the Beat-Justin Bieber. Nama yang tertera dikerling sekilas. Cepat-cepat butang hijau ditekan lantas dibawa telefon bimbit tersebut ke telinga. Bibirnya mengulumkan senyuman nipis.
“Helo Mai,” sapanya mesra kepada pemanggil di hujung talian.
“Helo Sarah, aku nak tanya kau free tak malam ni? Kalau kau free, jom teman aku keluar tengok wayang kat Alamanda. Hari ni kan tiket separuh harga.” Balas gadis yang dipanggil Mai itu. Mendengar kata-kata itu, mata Sarahah terus membulat.
“Eh, kau bukan ada buat birthday party ke hari ni? Kenapa pula nak keluar tengok wayang?” Tanya Sarahah sedikit pelik. Bangunan apartment dijeling sekilas. Kelam dan sunyi tanpa sebarang bunyi riuh rendah. Aku tersilap tarikh ke? Bisik hatinya.
“Birthday party? Aku buat esok malam lah. Bukan hari ini... Kau ada kat mana sekarang ni?” Tanya Mai kehairanan. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal.
“Laa, ye ke? Aduh, aku tersilap tarikh la ni... Aku dah sampai depan rumah kau dah.” Sarahah mengeluh perlahan. Patutlah senyap semacam je kawasan perumahan kat sini. Kalau tak, dah lama riuh rendah dengan kehadiran para tetamu jemputan. Apa punya perempuan la kau ni Sarah. Macam mak nenek! Muda-muda lagi dah nyanyuk. Sempat dia mengutuk dirinya sendiri.
“Hah, takpelah. Kau balik rumah jelah dulu. Jauh tu kau nak balik semula kat sini. Lain kali lah kita outing, okey?” ujar Mai kembali. Berasa kasihan dengan kesilapan tarikh yang dialami rakannya. Sudahlah waktu malam, takut juga kalau sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap gadis itu. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian pembunuhan yang pernah berlaku beberapa minggu lepas berdekatan dengan tempat tinggalnya itu. Mayat yang ditemui hampir rentung dan terdapat kesan tetakan ditemui di badan mangsa. Betul-betul dilakukan dengan begitu kejam.
“Balik cepat dan jangan singgah mana-mana lagi, tau. Dah malam sangat ni, risau juga papa dengan mama kau nanti,” pesan Mai lagi. Rasa risau semakin menghantui dirinya setelah mengingati kejadian pembunuhan tersebut. Bulu romanya tiba-tiba tegak berdiri.
“Aku tahu lah. Risau sangatlah kau ni Mai. Okay lah dear, see you soon. Take care.”
“Balik cepat tau. Alright, you too. Bye, sweetie.”
“Bye.” Panggilan itu dimatikan. Butang merah ditekan lantas telefon bimbit dimasukkan ke dalam beg tangan. Alarm kereta terus dibunyikan. Balik rumah cepat-cepat boleh juga aku tidur awal malam ni. Getus hatinya. Tanpa disengajakan, tiba-tiba sahaja kunci keretanya terjatuh ke atas tanah. Sarahah cepat-cepat mengutip kunci itu semula sebelum matanya dapat menangkap kelibat hitam yang melintas laju di tepinya. Dia berpaling ke belakang kereta sambil menggenggam erat kunci di tangan. Kaki melangkah penuh berhati-hati ke bahagian belakang keretanya itu.
Setelah sampai betul-betul di bahagian belakang Aston Martinnya, terdapat daun-daun kering yang berterbangan sahaja yang dapat dilihat. Tiada benda lain selain daripada itu. Jauh sekali binatang ataupun manusia. Sarahah menghembuskan nafas lega. Mungkin mainan perasaan aku aje agaknya. Detik hatinya. Terus sahaja Sarahah berpaling ke arah belakang tanpa sebarang rasa syak. Tiba-tiba, terasa sesuatu yang tajam dihalakan ke lehernya. Begitu dekat dan semakin lama semakin dekat dengan kulit lehernya. Dadanya pula terasa begitu sesak untuk bernafas dek kerana terkejut. Deruan nafas dapat didengari melalui telinganya yang menunjukkan bahawa manusia itu sedang berdiri begitu hampir dengan dirinya.
“Jangan gerak! Kalau tak aku bunuh kau!” bisiknya perlahan ke telinga Sarahah. Meremang bulu romanya apabila suara garau itu cuba untuk mengugutnya. Badan gadis itu kaku tanpa melakukan sebarang gerakan. Peluh yang menitik dibiarkan kerana takut diapa-apakan. Terasa tubuhnya menggigil apabila parang itu semakin didekatkan lagi ke lehernya. Bila-bila masa sahaja kepalanya boleh putus daripada badan. Itulah perkara yang paling dirisaukannya sekarang ini.
“Aku nak kau serahkan segala barang berharga yang kau ada. Termasuk kunci kereta mewah ni. Aku nak sekarang juga. Kau jangan berani buat benda yang tak sepatutnya. Kalau tak, siap kau aku kerjakan.” Gertak lelaki bertopeng hitam itu lagi. Tubuh Sarahah dilepaskan namun parang tersebut masih lagi diacukan ke arahnya. Hanya matanya yang besar penuh kejahatan yang dapat dilihat berdasarkan lampu-lampu jalan yang berada di sekitar. Tanpa melengahkan masa Sarahah terus membuka rantai, gelang dan subang yang dipakainya. Dengan tangan yang menggeletar, gadis itu memberikan barang-barang kemas tersebut kepada lelaki tersebut.
“Aku nak lagi. Takkan ini sahaja yang kau ada, hah?” Tanya lelaki itu sambil memberikan isyarat kepada 3 orang lagi rakannya yang bertopeng supaya menggeledah barang-barang di dalam kereta tersebut. Mereka dengan pantas masuk ke dalam keretanya sebelum salah seorang merampas beg tangan Sarahah dengan kasar. Tindakan lelaki itu membuatkan Sarahah berasa terkejut lalu terjerit kecil tanpa disengajakan.
“Hei, diam! Aku kata diam! Aku paling pantang kalau orang menjerit ni. Kau jerit lagi sekali memang arwah kau nanti! Kau faham tak?!” Kali ini nadanya sudah berubah menjadi menengking. Ngeri bercampur risau Sarahah dibuatnya. Dia amat takut sekiranya dia menerima nasib yang sama seperti mangsa lain yang pernah disamun. Memikirkan perkara sebegitu membuatkan fikirannya tidak tenang. Air mata jernih mengalir laju apabila teringatkan mama dan papanya yang berada di rumah.
“Eh, kau jangan menangis boleh tak? Rimas betul bila aku tengok perempuan menangis ni. Kau ni dahlah kaya, cantik pula tu. Jadi kalau kau tak nak benda-benda buruk berlaku kat diri kau, baik kau ikut cakap aku.” Ugutnya lagi sambil meletakkan parang tadi ke leher Sarahah. Gadis itu hanya terus terusan menangis tanpa menghiraukan ugutan tersebut. Perasaannya sudah tidak tenteram sejak dari tadi.
“Aku kata diam, diam lah! Kau pekak ke apa?! Kau nak aku bunuh kau kat sini juga ke?!” ujarnya lagi sambil meninggikan lagi suara. Tiba-tiba, terasa tumbukan padu dilontarkan ke arah mukanya sehinggakan tubuh lelaki itu jatuh terjelepok ke atas tanah. Sarahah yang melihat kejadian tersebut tergamam. Terus sahaja dia berlari ke arah ‘si penyelamat’ lalu bersembunyi di belakangnya.
“Oh, korang nak merompak ye. Sebelum kau rompak perempuan ni, langkah mayat aku dulu!” ujar ‘si penyelamat’ sambil menggosok-gosok buku limanya. Aduh, sakit juga menumbuk muka lelaki ni. Tulang pipi dia diperbuat daripada konkrit ke apa? Boleh benjol tangan cebok aku ni!
Perompak tersebut lantas bangun dari jatuhnya lalu menendang lelaki tersebut tetapi sempat dielak. Salah seorang rakan perompak yang tadi cuba untuk menikam lelaki tersebut namun usaha murninya itu hanya sia-sia. Lelaki itu terus menghadiahkan satu lagi penumbuk ke muka perompak tersebut dan tidak cukup dengan itu kakinya sempat menendang tubuhnya sehingga jatuh tergolek ke tepi jalan.
“Macam mana sedap tak? Agak-agak ada tak rasa sedap macam ketam masak lemak cili padi? Ataupun ada rasa macam ayam masak merah? Cuba bagitahu aku yang mana satu.” Ujar lelaki itu tanpa menunjukkan rasa gentar. Sarahah begitu kagum melihat kekuatan ‘si penyelamat’ tersebut. Tambah-tambah lagi, boleh pula dia berjenaka di saat getir seperti ini. Pelik bin ajaib sungguh rasanya. Tiba-tiba tanpa disedari, perompak tadi terus menghunuskan parang tajamnya ke kepala lelaki tersebut. Mak kau, parang tu! Getusnya dalam hati. Sempat lagi ‘si penyelamat’ menundukkan kepalanya sebelum menendang kuat parang itu sehingga terjatuh ke tanah lalu termasuk ke bawah kereta.
“Amboi, main parang nampak? Nasib baik tak putus kepala aku tadi kalau tak, tak kahwin-kahwin lah aku agaknya.” Ujarnya sambil mengemaskan sedikit rambut perangnya. Ala... nak takut apa, parang je pun kan? Terdengar pula jeritan nyaring dari arah belakang. Kelihatan perompak tersebut sedang mengacukan sepucuk pistol ke kepala gadis itu. Riak wajahnya jelas menampakkan ketakutan di tahap yang melampau. Oh. My. God. That is not good.
“Okey, please calm down. Aku nak kau lepaskan perempuan tu. That gun is very bad idea. Kau boleh kejutkan siapa-siapa yang duduk kat kawasan ni, tahu tak? Just put that damn gun down.” Ujarnya tidak senang dengan tindakan perompak tersebut. Dia ingat pistol tu boleh selesaikan masalah ke? Memang perompak ni tak berfikir secara matang agaknya. Matanya tertancap melihat pistol di tangan perompak tersebut. Pistol berwarna hitam berkilat itu begitu menarik pada pandangannya. Macam pernah nampak je pistol jenis macam tu. Tak silap dalam bilik adik aku ada berlambak-lambak. Ceh!
“Argh! Aku kisah apa. Aku nak kau pergi dari sini sebelum nyawa makwe kau ni melayang! Ataupun kau pun nak join kiok sekali, hah?” ugutnya seraya ketawa berdekah-dekah seperti baru sahaja menonton Maharaja Lawak. Lelaki itu mengerutkan dahi. Sejak bila pula perempuan ni diisytiharkan sebagai makwe aku? Sudahlah dia tidak mengenali gadis itu inikan pula nak kata perempuan tu buah hati aku. Dah terkena sawan agaknya si perompak ni.
“Sudahlah, kau lepaskan je lah perempuan tu. Aku dah malas dah nak layan perompak tak cukup umur macam kau ni. Buat perabih air liur aku je!” balas lelaki itu dengan selambanya. Bibirnya sengaja mengukirkan senyuman tiga untuk menyakitkan hati perompak tersebut.
“Eh, kau memang tak sayang nyawa eh. Kau nak aku bunuh makwe kau depan-depan kau ke, hah? Kau jangan cabar aku, budak mentah! Sudahlah muka jambu boleh lagi kutuk aku!” ujarnya sedikit geram dengan pernyataan yang diberi lelaki itu. Matanya memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Sekali tengok macam Kim Hyun Jung pun ada. Puih, kisah apa aku!
“Hei, mulut tu agak-agak sedikit. Aku sembur dengan aerosol karang baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Budak tak cukup umur macam kau ni patut duduk rumah tolong mak kau tanak nasi kat dapur tu! Ada hati nak kritik muka aku pula.” Balasnya sambil ketawa melihat reaksi yang diberikan oleh perompak tersebut. Memang cepat tukar perhatian betul. Layan je lah!
“Eh, aku bunuh jugak perempuan ni karang! Kau sedar tak apa yang kau cakap tadi? Kau memang nak tengok perempuan ni mati kan? Kau cakap ikut sedap mulut kau je eh. Tak cukup umur tu comel, kau tahu tak? Kau budak mentah tahu apa je.” Ujarnya lagi pelik apabila lelaki di hadapannya itu tidak menunjukkan riak takut seperti mula-mula tadi. Jangan-jangan dia dah tahu. Argh! Tak mungkin.
“Nak muntah aku dengar! Eh, aku yang dah cukup umur ni pun lagi comel daripada kau, kau sedar tak? Cermin lah diri tu sedikit...” balasnya kembali. Matanya melirik ke arah gadis yang dijadikan tebusan itu. Gadis itu kelihatan seperti tidak percaya bahawa lelaki seperti dia sanggup membiarkan dirinya mati sia-sia ditembak perompak tersebut.
“Kurang ajar! Aku bunuh juga perempuan ni! Aku bunuh juga karang! Eh, kau memang nak dia mati kan? Aku dah nak bunuh dia ni!” gertaknya sambil mengacukan pistol ke kepala Sarahah dan bersedia untuk menekan picunya. Gadis itu pula sudah mahu pengsan apabila mendengarnya.
“Bunuh lah! Aku tak sabar nak tengok kau bunuh perempuan tu. Lagi cepat lagi bagus.” Ujar lelaki itu sambil berpeluk tubuh. Baru dia perasan rakan-rakan perompak tersebut sudah pun melarikan diri terlebih dahulu. Apa punya anak buah la, tinggalkan bos majalkan diri dia sendiri kat depan aku. Gelaknya dalam hati. Perompak itu nampaknya seperti sudah berputus asa untuk terus mengugutnya lagi. Cepat-cepat dia melarikan diri apabila perasan bahawa dirinya sudah ditinggalkan oleh anak-anak buahnya. Terus sahaja lelaki itu menyambut Sarahah yang sudah jatuh pengsan tidak sedarkan diri itu.
......................................................................................................................................................
“Mama, Avian ada perkara penting nak bincangkan dengan mama.” Tutur Tengku Avian sambil menarik kerusi untuk duduk. Mukanya jelas menunjukkan riak serius dengan perkara yang ingin dibincangkan. Datin Zulaikha yang sedang membaca majalah Wanita itu terus meletakkan majalah itu ke sisi. Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa dari arah laut menyapa lembut mukanya yang kelihatan seperti tidak bermaya. Mungkin kerana sudah kepenatan mencurah air mata. Terus sahaja matanya dihalakan betul-betul menghadap wajah anaknya yang dikasihi itu. Muka Avian memang saling tak tumpah seperti muka arwah suaminya. Maklumlah, anak kandungnya sendiri. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Sekarang barulah dia tahu dari mana anaknya mendapat good lookingnya itu. Senyuman manis terukir indah di bibirnya.
“Avian nak bincang pasal apa ni? Hmm, mesti nak bincang pasal hal pernikahan Avian dengan Raihanah kan? Amboi, bukan main lagi anak mama ni ye.” Teka Datin Zulaikha sambil menjongketkan keningnya. Seperti memahami apa sahaja yang anak terunanya itu sedang fikirkan. Tergelak kecil Tengku Avian dibuatnya. Mamanya yang seorang ini ada-ada aje. Detiknya dalam hati.
“Bukan lah ma... Bukan pasal benda tu. Sebenarnya, Avian nak bincang pasal kak Bella. Avian pelik kenapa mama sanggup layan kak Bella sebegitu teruk padahal dia tu anak mama. Anak kandung mama. Mama Avian bukan macam ni. Mama Avian seorang yang penyayang. Tak pernah meninggikan suara lebih-lebih lagi menghina orang lain. Tapi, sekarang...” tutur Tengku Avian seraya memandang tepat ke mata bundar milik Datin Zulaikha. Lelaki itu begitu mengharapkan penerimaan maaf yang tulus ikhlas daripada hati seorang ibu untuk anaknya. Anaknya yang selama ini pernah mengabaikannya.
“Tapi sekarang mama dah kejam. Mama dah zalim, takde hati perut. Macam tu kan Avian nak cakap.” Potong Datin Zulaikha lalu merenung muka anaknya itu sedalam-dalamnya. Tiba-tiba dia terasa angin satu badan apabila mendengar nama Anabella disebut semula. Nama yang diberi dengan penuh kasih dan sayang tetapi akhirnya menjadi nama yang penuh dengan kebencian dan kekecewaan.
“Mama... Avian tahu mama ni sebenarnya ego. Mama bukannya kejam tapi mama ego dan ego mama melebihi dari segala-galanya. Mama lebih pentingkan ego mama daripada perasaan orang lain and I know I wouldn’t be able to break your ego, ma.” Jawab Tengku Avian seraya memandang wajah mamanya seperti mahu mencari kebenaran di sebalik kolam mata wanita separuh usia itu. Kebenaran yang selama ini sudah lama terkubur buat sekian lamanya.
“Avian!” Datin Zulaikha sedikit marah dengan jawapan yang diberi oleh anaknya itu. Serta-merta dia bangun dari duduknya. Mukanya kelihatan berkerut-kerut memikirkan apa yang patut dicakapkan kepada anaknya itu.
“What else if it’s not ego, ma... That seperates a mother from her own daughter and takes away a sister from her own siblings? Don’t you think that is such a problem now?” ujar Tengku Avian turut bangun dari duduknya. Dia tahu Datin Zulaikha ini seorang yang amat lembut hatinya. Begitu senang untuk dipujuk. Tengku Avian amat yakin bahawa suatu hari nanti pasti wanita itu akan dapat menerima Anabella dengan seadanya.
“Bella’s not my daughter! She’s not my blood. Dia tak pernah jadi anak mama dan sampai bila-bila pun tak akan pernah jadi anak mama!” tingkah Datin Zulaikha dengan rasa marah yang meluap-luap. Sudah ke berapa kali nampaknya dia asyik mengulangi ayat yang sama. Sudah terasa begitu muak untuk mengulanginya lagi.
“Kalau mama fikir macam tu, maknanya selama ni mama salah! Hari tu, kak Bella minta maaf kat mama, tapi apa yang dia dapat? Mama tak nak terima maaf dia. Mama hiraukan dia, mama biarkan dia terkuntang-kanting seorang diri macam tu aje. Mama sedar tak, masalahnya sekarang ni adalah mama. Mama yang terlalu egois. Sepatutnya mama sebagai orang yang lebih tua, mama yang maafkan segala kesalahan yang dia lakukan.” Balas Tengku Avian. Sedaya upaya dia cuba untuk menyedarkan mamanya yang sudah berfikiran di luar sillibus itu. Datin Zulaikha hanya membiarkan kata-kata yang keluar dari mulut anaknya itu. Bak kata orang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pandangannya dihalakan ke arah pantai yang begitu tenang pemandangannya.
“Mama, tolonglah jangan hukum kak Bella macam tu. Hukuman jenis apa ni, ma? Jenis apa?” tutur Tengku Avian lagi.
“Mama, look at me. Please look at me and tell me honestly, ma. Mama tak rindukan dia ke bila dia duduk berjauhan dengan mama? Bagitahu Avian yang mama tak teringat langsung kat dia, mama tak risau langsung pasal dia kat negara orang tu. Entah apa-apa jadi kat dia pun mama tak tahu, kan? Bagitahu Avian yang mama langsung tak sayangkan dia. Dari kecil sampai besar mama besarkan dia, mama didik dia, mama jaga dia, takkan lah takde sedikit pun rasa sayang yang tinggal untuk kak Bella, ma?” Tanya Tengku Avian dengan rasa sedih yang tidak dapat diselindung lagi. Dadanya terasa begitu sesak mencengkam. Mungkin kerana tidak tahan untuk meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Datin Zulaikha lantas memandang tajam ke arah wajah bersih milik anak lelakinya itu. Hatinya sudah dapat mengagak apa yang akan dibicarakan lelaki itu sebentar tadi.
“Mama tak sayangkan dia. Mama tak kisah pun pasal dia. Mama tak pernah rindukan dia. Langsung. Titik.” Ujar Datin Zulaikha ringkas seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan. Mata bundarnya tidak berkelip merenung anaknya itu.
“Tapi...” Tengku Avian seraya menjawab tanda tidak puas hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh mamanya itu. Hai aku punyalah tanya berpatah-patah, dia jawab sepatah je. Memang dahsyat betul mama aku ni. Detik hatinya.
“Sudah, Avian! Mama cakap sudah! Enough of all this nonsense already.” Potong Datin Zulaikha sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi semula. Majalah Wanita di atas meja dibelek. Tengku Avian hanya mendiamkan diri. Tidak menyangka wanita itu boleh melupakan anaknya sendiri hanya dengan cara seperti ini. Manusia pun boleh reformat rupanya, ya. Getus hatinya geram. Nafas Tengku Avian sudah tidak menentu ritmanya memikirkan sikap degil yang tidak sudah-sudah mamanya itu. Sungguh dia terasa sebak dan kecewa setelah mendengar jawapan yang diberikan. Betulkah mama dah tak sayangkan kak Bella?
“Selama ni Allah dah kurniakan mama dengan segalanya, ma. Segalanya... Rumah mewah, kereta besar, hidup senang-lenang, semuanya mama dah ada. Tapi satu aje Avian hairan. Kenapalah agaknya Allah tak kurniakan mama sebagai manusia yang mempunyai hati?” tutur Tengku Avian geram. Tahap kesabarannya betul-betul sudah hampir menipis. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menggunakan kekerasan terhadap mamanya sekiranya itu sahaja cara yang berkesan. Namun begitu, dia masih lagi bertindak waras memandangkan wanita itu ialah mamanya sendiri.
PANG!
Terbit rasa kebas di pipi apabila tangan lembut milik wanita tersebut telah menampar mukanya. Kepala Tengku Avian terasa berpinar akibat daripada tindakan yang tidak dijangka itu. Serta-merta dia memegang pipinya yang terasa sengal.
“How dare you talk to me like that, Avian! Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni? I’m your mother and you’re supposed to respect me! Mama tak pernah ajar anak mama kurang ajar dengan orang tua, faham?!” balas Datin Zulaikha dengan mata yang merah berair menahan marah. Itu belum dikira tapak tangannya yang perit menampar muka anak terunanya itu. Kalau baik memang dia akan terlalu baik tetapi kalau marah memang dia akan marah betul-betul.
“Mama sayangkan dia rupa-rupanya. Mama memang sayangkan kak Bella. Mama tipu. Selama ni, mama memang sayangkan dia.” Ucap Tengku Avian sambil mengelap air matanya yang menitis dengan lengan baju. Sesungguhnya inilah perkara yang dia ingin tahu dan dia sudah pun mendapat jawapannya. Alhamdulillah, Kau telah tunjukkan kebenarannya, ya Allah. Serta-merta dia melangkah masuk ke dalam banglo tersebut meninggalkan Datin Zulaikha yang kehairanan.

No comments:
Post a Comment