“Bella
sakit hati dengan
kata-kata mama sampai
sanggup tinggalkan mama.
Sanggup lari sampai
ke negara orang.
Dah tu duduk
sana tak pernah
sekalipun nak balik
jenguk mama. Tak
pernah langsung jejakkan
kaki kat rumah
ni. Sampai hati
Bella buat mama
macam ni kan.
Sebab apa, Bella?
Sebab apa?!” Datin
Zulaikha tidak memandang
wajah anak perempuannya
tetapi memandang ke
arah dinding. Belum
cukup kuat mahu
berhadapan dengan anaknya
yang seorang itu.
Tepat pukul 8
malam dengan bunyi
hujan yang masih
renyai di luar
rumah. Terasa begitu
dingin sedingin situasi
yang sedang mereka
hadapi ketika ini.
“Sebab
mama dah tak
sayangkan Bella. Mama
sendiri yang cakap.
Jawapan tu yang
keluar dari mulut
mama masa tu.
Bella masih ingat
lagi, ma. Bella
takkan pernah lupa.”
Jawapan yang terbit
daripada bibir wanita
itu membuatkan rasa
bersalah Datin Zulaikha
semakin menebal. Betulkah
dia pernah berkata
sebegitu? Sudah hilang
akal kah sehingga
dia boleh menafikan
kasih sayangnya terhadap
anak kandungnya sendiri?
“How
could you, Bella.
How could you
do this to me?” Suara
Datin Zulaikha kedengaran
bergetar.
“Then,
why don’t you
call me back?
Kalau betul mama
tak izinkan Bella
lari ke negara
orang, at least
please tell me.”
Jawab Anabella dari
belakang wanita separuh
umur itu. Serta-merta
Datin Zulaikha berpaling
melihat wajah anaknya
itu. Matanya yang
sudah merah berair
menahan tangis akhirnya
menitis jua dari
kolam mata.
“Did I
have to call
you back? Mama
orang tua, mama
ke yang sepatutnya
hubungi anak sendiri?
Yang betulnya Bella
yang patut hubungi
mama.” Sesekali tangan
lembut milik wanita
itu menepuk-nepuk pipi
mulus milik Anabella.
Geram sungguh rasanya
mengenangkan cara berfikir
anaknya yang seorang ini.
“I thought
you said you
didn’t love me
anymore, ma. Didn’t
accept of me
as your daughter...”
balas Anabella sedikit
terasa hati dengan
respon yang diberikan
kepadanya. Rasa sesal
mula menguasai fikiran.
Tidak pernah langsung
terlintas di fikirannya
untuk menghubungi wanita
separuh umur itu
selepas kejadian tersebut
berlaku.
“Tak mungkin
mama tak sayangkan
Bella. 9 bulan
mama mengandungkan Bella,
kemudian mama didik
Bella jadi anak
yang baik. Apa
yang Bella nak
semua mama berikan.
Sakit pening mama
uruskan. Keperluan belajar
semua mama sediakan.
Bella membesar di dalam rumah
ni... You’ve completed
my other half.
Our family.” Bahu
Anabella diraih menagih
kepercayaan kembali dari
anaknya itu. Anabella
sudah menundukkan mukanya
memandangkan lantai. Air
matanya jatuh berjuraian
seperti hujan yang
turun pada waktu
itu.
“Selama ni,
Bella ingat mama
dah tak sayangkan
Bella...” ucap Anabella
separuh sedar tersedu-sedu
menahan tangis. Hatinya
terasa sedikit lapang
apabila sudah mengetahui
segala kebenaran tersebut.
Jiwanya yang kosong
terasa seperti diisi
semula dengan cahaya
kebahagiaan. Pelukannya dieratkan.
Sudah lama rasanya
tidak memeluk ibu
kandungnya sendiri. Tengku
Avian yang menjadi
pemerhati setia masih
kelu tidak bersuara.
“Mama sayang
sangat anak mama.
Sayang sangat-sangat. Mama
tahu mama ego.
Mama tak sepatutnya
keluarkan kata-kata yang
tak sepatutnya mama
keluarkan. Selama 5
tahun Bella tinggalkan
mama, mama asyik
terfikirkan Bella sahaja
tahu tak? Mama
bayangkan kalaulah mama
dapat peluk Bella
dan cakap mama
sayangkan Bella...” Kepala
anaknya dicium penuh
kasih. Bella anak
mama...
“Bella minta
maaf ma. Bella
yang salah... Sepatutnya
Bella dengar cakap
mama. Bella yang
sepatutnya datang tengok
mama. Bella minta
maaf sangat-sangat, mama.”
Ujar Anabella sambil
menangis. Hatinya dipagut
sayu mengenangkan kesilapan
yang pernah dilakukan
dahulu terhadap orang
tuanya. Semua ini
berpunca dari dirinya
sendiri. Jika sejak
dulu lagi nasihat
Datin Zulaikha didengari
mungkin sekarang dia
sudah mempunyai keluarga
dan perpecahan sebegini
tidak akan berlaku.
Ruzain yang pernah
dia sayangi dan
cintai sehingga dia
sanggup abaikan keluarga
sendiri rupa-rupanya hanya
mahukan harta yang
dia miliki. Kini
dia sendiri dan
sudah tidak berpunya.
Malah hatinya sudah
tertutup untuk mana-mana
lelaki. Lelaki bernama
Ruzain itu telah
membuatkannya berhati-hati berkawan
dengan lelaki apatah
lagi bila melibatkan
soal hati dan
perasaan.
“Bella kan anak sulung
dalam keluarga ni. Avian tu pula adalah
satu-satunya pewaris Bestari
Holdings. Kamu berdua
adalah anak mama. Ini rumah
Bella, tempat kelahiran
Bella. Bella anak mama...
Anak mama, faham
tak? Mama ni dah tua
Bella. Mama dah
cukup tua sekarang
ni...” ujar Datin
Zulaikha pilu.
“Sekurang-kurangnya maafkanlah
segala dosa dan
kesalahan mama. Mama
minta maaf sangat-sangat
sebab mama halau
Bella, anak mama sendiri... Mama
bukan ibu yang
baik. Maafkan mama...”
ujarnya lagi diselangi
suara tangisan yang
masih tidak mahu
berhenti. Perasaan bersalah
semakin menguasai diri
wanita tersebut. Kakinya
pula terasa tidak
kuat untuk berdiri
lagi menyebabkan dia
jatuh terduduk di
atas lantai.
“Mama tak
salah! Bella yang
salah... Tolonglah jangan
cakap macam tu.
Bella minta ampun,
ma. Bella sendiri
yang tanggung banyak
dosa.” Ucap Anabella
seraya menyuruh Datin
Zulaikha untuk bangun.
Air matanya yang
menitis dikesat dengan
tangan.
“Mama sedar
mama tak mampu
menjadi ibu yang
terbaik untuk anak-anak
mama. Tolonglah maafkan
dosa-dosa mama selama
ni... Mama hanya
manusia biasa yang sentiasa melakukan
kesilapan... Maafkan mama,
ye?” Datin Zulaikha
tersenyum memandang wajah
anak kesayangannya itu.
Rambut lurus Anabella
dikuak ke tepi.
Anak matanya kini
memandang tepat ke
arah Tengku Avian.
“Avian, mama
minta maaf sebab
pisahkan kakak kamu
sendiri daripada kamu,
Avian. Mama tak
fikir secara mendalam
kesannya terhadap keluarga
kita. Semua ni
adalah salah mama.
Kalau mama fikirkan
akibatnya mungkin semua
ni takkan berlaku.”
Datin Zulaikha menghampiri
anak terunanya itu
lalu diraih bahunya.
Tengku Avian hanya
mengangguk seraya membiarkan
perbuatan Datin Zulaikha.
“Kalau boleh,
kamu berdua tolonglah
maafkan mama. Maafkanlah
mama ye...” tangan
Anabella dan Tengku
Avian diraihnya lalu
mereka tiga beranak
saling berpelukan antara
satu sama lain. Esakan Datin
Zulaikha semakin menjadi-jadi
apabila teringatkan arwah
suaminya dan anak
perempuannya yang sudah
3 bulan meninggal
mereka sekeluarga. Mak
Nah yang berdiri
di tepi tangga
sedari tadi hanya
mampu menitiskan air
mata bahagia. Tidak
menyangka saat sebegini
bakal tiba akhirnya.
Selama 5 tahun
Anabella menghilangkan diri
namun hari ini
dia kembali ke
pangkuan keluarga. Tiada
lagi perpecahan, hanya
tinggal sebuah keluarga
yang penuh dengan
eratnya perasaan kasih
dan sayang. Nampaknya,
kemeriahan dan kebahagiaan
masih lagi berpihak
kepada mereka ketika
ini. Semoga mereka
sentiasa dilindungi dan
mendapat rahmat serta
keberkatan dari yang
Maha Esa. Alhamdulillah...
“Gol! Itu
dia gol kemenangan yang berjaya
dijaringkan oleh pemain
handalan, Akmal Arif!”
Sorakan para penonton
bergema di sekitar
padang sekolah tersebut.
Deru angin ke
telinga memang boleh
bagi adrenaline rush
betul. Akmal selaku
penyerang yang baru
sahaja menjaringkan gol
itu kelihatannya sedang berlari sekeliling
padang dengan tangan
didepangkan ke udara.
Tak ubah seperti
lagak seorang pemain
bola sepak professional.
“Damn cool
one hantaran lintang
kau!” Harraz Dhani
menepuk bahunya..
“Kalah Torres
kalau macam ni!
Tabik spring lah
sama kau.”
Beberapa
orang pemain bola
SMK Taman Melur mula berlari
mengejar Akmal. Mereka
saling memeluk dan
melompat sambil berteriak
girang apabila sekolah
mereka berjaya memenangi
tempat pertama dalam
pertandingan bola tersebut.
Tubuh Akmal dijulang
tinggi tanda mereka
menghargai lelaki itu
sebagai wira SMK
Taman Melur. Para
gadis menjerit-jerit seperti
histeria apabila Akmal
menanggalkan jersinya lalu
dibaling ke arah
para penonton. Keadaan
itu saling tak
tumpah seperti dalam
perlawanan bola sepak
antarabangsa.
“Jom balik
la. Dah dekat maghrib dah ni.” Akmal
berpaling ke arah
pavilion sambil mencari
kelibat adik perempuannya.
Setelah selesai menerima
hadiah kemenangan sebentar
tadi, Akmal sudah
merancang untuk pulang
ke rumah lebih
awal. Letihnya dia
tak terkata lagi.
Bermain untuk dua
perlawanan bola sepak
dalam satu hari
benar-benar menguras tenaganya.
Tetapi, dia amat
berpuas hati kerana
berjaya memenangi kedua-dua
perlawanan tersebut. Dalam
diam Akmal tersengih
sendirian.
“Woi Achik!!!”
Hadirah tidak mengangkat
muka. Telinga bersumbat
dengan headphone. Suara Avril Lavigne
memekak dengan Here’s
To Never Growing
Up. Kelihatannya dia leka membelek
telefon bimbitnya. Handphone
baru katanya. Belum
habis survey lagi. Akmal menengadah
langit. Susah betul
lah kalau ada
adik pekak artificial
ni. Jerit sampai
keluar anak tekak
pun belum tentu
lagi dia akan
dengar. Cepat-cepat dia merampas telefon
bimbit itu dari
genggaman tangan adiknya.
“Angah! Apa
ni?” Hadirah menjerit
marah melihat abangnya
yang sudah tersenyum
menyindir di hadapannya
itu. Suka-suki aje
menceroboh hak kemanusiaan
orang!
“Balik la. Kau nak
tidur kat sini
ke?” Tanya Akmal
sambil menghulur kembali
telefon bimbit tersebut.
Hadirah hanya menarik
muka. Handphone disambar
kasar dari tangan
abangnya. Hish! Kalau
satu hari tak
menyakat aku memang
tak sah.
“Tak payah
nak muncung sangat
la. Ingat lawa
ke?” perli Akmal
sambil tersengih menampakkan
barisan giginya yang
putih. Kalau bibir
tu macam Angelina
Jolie takpelah juga.
“Lain kali
pakai hearing aid
eh? Pekak badak.
Orang panggil pun
tak dengar.” Ujar
Akmal lagi dengan
nada mengejek.
“Angah lah
badak. Badak tak
betul. Tak cukup
wayar kat kepala.”
Balas Hadirah sambil
membuat mimik muka.
Akmal hanya tergelak
mendengar penyataan adiknya itu.
Macam-macam perangai lah
budak ni. Hei
Achik... Achik...
“Alaa... Badak
badak Angah pun,
badak teror main
bola. Badak hensem,
badak cute, badak
ader taste. Kau orang
perempuan tahu apa?”
Bahu Hadirah diraihnya.
“Dah mula
putus fius lah
tu,” Hadirah menjulingkan
mata ke langit.
Perasan betul abang
aku ni! Tapi,
memang betul pun
apa yang dia
kata. Pelajar perempuan
mana di sekolah
ni yang tidak
tergila-gilakan dia. Hmph,
peduli apa aku!
Lelaki itu sekadar
ketawa mendengar karenah
adiknya itu tetapi
ketawanya tiba-tiba mati
apabila matanya tertancap
pada motosikal barunya
yang berada di
hadapan.
“Motor aku!”
Kedua-dua belah tangannya
spontan memegang kepala.
Betul-betul terkejut dengan
penampilan baru motosikal
kesayangannya itu.
“Arrrghhhh!!!” Akmal
mengetap bibir sambil
menahan geram yang
melanda fikirannya sekarang
ini. Matanya tidak
berkelip merenung motosikalnya
yang sudah bermandi
jus oren dan
bersiram sos spaghetti
di tempat parking
motosikal sekolahnya itu.
Motor baru kot...
tak rasmi lagi
aku accident dengan
motor tu dia
dah accident dulu?
“Amboi, amboi,
amboi... Cantiknya motor.”
Terbit satu suara nyaring dari
arah belakang. Suara
yang sentiasa mendapat
tempat tercorot dalam
hatinya. Darah Akmal
terasa mendidih. Seperti
ada Bunsen burner
yang sedang memanaskan
darah dalam tubuhnya.
Ibarat dalam komik
yang seringkali dibacanya,
pasti akan muncul
api di atas
kepala.
“Ini semua mesti kau
punya kerja kan?!”
jerit Akmal sambil
menuding jari ke
arah musuh terulungnya
itu. Hanya tinggal
beberapa inci sahaja
lagi hendak terkena
batang hidung si gadis itu. Siapa lagi
kalau bukan anak
Dato’ Adam, Asfar
Hijanah. Gadis itu
kelihatannya seperti tidak
takut dengan apa
yang bakal terjadi
terhadap dirinya.
“Mana ada!
Suka hati kau
aje kan main tuduh-tuduh aku.”
Hijanah cuba untuk
mengurangkan rasa gementarnya
dengan berlagak selamba.
“Kau ingat
aku nak sangat
ke sabotaj motor
secondhand kau ni? Dahlah buruk
macam besi berkarat
lepastu bunyi ekzos
macam orang semput.
Makan kaki lah
weh,” Kedua-dua lengannya
disilangkan. Melihatkan riak
wajah gadis itu,
Akmal pasti gadis
itu sedang bersiap
sedia untuk melakukan
sesuatu yang tidak
menyenangkan.
“Ambil ni!”
Dengan tidak semena-mena,
Hijanah menyepak tayar
motosikal tersebut dengan
penuh perasaan sehingga
motosikal tersebut jatuh
tumbang ke bumi.
“Hoi, kurang
asam! Kau nak
lari mana tu,
hah?!” Lontaran vokal
Akmal yang mantap
itu tidak fasal-fasal
menjadi santapan telinga
para pelajar lain
yang berada di
sekitar sekolah tersebut.
Hijanah pula tanpa
membuang masa terus
membuka langkah seribu
seraya memecut setaraf
pelari pecut negara
menuju ke rumahnya.
Sempat lagi gadis
itu menjelirkan lidahnya
ke arah Akmal
yang terkial-kial membangunkan
semula motosikalnya.
“Hijanah! Lebih
baik kau keluar
sekarang, pengecut!” teriak
Akmal setibanya di
halaman rumah gadis
tersebut. Tidak ubah
seperti Hang Tuah memanggil Hang
Jebat yang mahukan
perhitungan terakhir. Tidak
lama kemudian, Hijanah
muncul di tingkap
di tingkat dua.
“Kau pehal
nak jerit-jerit segala
bagai ni? Kau
fikir suara kau
tu sedap sangat?
Buat sakit telinga
aku je dengar
suara speaker buruk
kau tu!” Riak
muka gadis itu
kelihatan begitu jahat
sekali dengan senyuman
sinis mempamerkan gigi
kapaknya yang begitu
besar.
“Tak guna
punya perempuan! Kau
ingat cantik sangat
ke tersengih-sengih macam
tu? Geli gila
nak mati aku
tengok. Gigi kau
yang berterabur tu
belum tentu boleh
elok walaupun dah
ikat dengan besi-besi
tu, tahu tak?!
Gigi kau pun
sama degil macam
kau juga!” kutuk
Akmal lantang bagaikan
ingin terkeluar anak
tekak.
“Tolong jaga
sedikit mulut busuk
kau tu eh!
Jangan ingat aku
tak tahu yang
kau bajet cute
kononnya muka macam
Lee Min Ho! Lepastu, siap
menari tak ingat
dunia lagi. Kau
ingat kau apa?
Penyanyi korea? Hahaha!”
balas Hijanah seraya
gelak tak ubah
seperti Mak Lampir
dari filem seram
Indonesia itu.
“Eh, zaman
bila pula aku
bajet muka macam
Lee Min Ho?
Gaya betul je
kau nak menfitnah
aku eh. Entah-entah
kau tu yang
jeles sangat dengan
aku kan?!” Ini
sudah tentu kerja si Achik.
Sekali kantoi apabila
adiknya yang seorang
itu ternampak dia
menari mengikut gerakan
kumpulan Beast melalui
lagu Beautiful di
depan cermin. Argh,
malunya! Mana nak
sorok muka cute
aku ni.
“Sudahlah! Malas
aku nak bertekak
dengan budak lelaki
macam kau, Akmal!
Maklumlah, orang macam
aku ni tak
layak bercakap dengan
orang kebanyakan macam
kau. Nanti, orang
kata apa pula.
Dah lah terencat
akal, badan tinggi
menggalah, suara macam
orang tua tapi
perangai kalah budak
tadika! Tak matang
langsung!” luah Hijanah
lantas menghilangkan diri
dari tingkap. Geramnya
Akmal tidak terkata
lagi.
Bengang sungguh rasanya
apabila mengenangkan kata-kata
hinaan Asfar Hijanah
sebentar tadi. Rasa
seperti mahu dicilikan
sahaja mulut gadis
tidak cukup sifat
itu. Status keluarganya
adalah perkara paling
sensitif bagi Akmal.
Memang Akmal sendiri
sudah tahu bahawa
keluarganya hidup secara
sederhana sahaja. Mentang-mentanglah bapanya
seorang jutawan terkenal.
Sesuka hati, buah
pinggang dan jantungnya
sahaja merendah-rendahkan darjat
orang lain.
Ketika
berfikir cara untuk
mengenakan Hijanah kembali,
bebola mata Akmal
terpandangkan kasut sukan
Hijanah yang tergantung
pada pagar. Mata
Akmal mengecil. Cepat-cepat
dia mengambil pen
marker yang berada
di dalam koceknya.
Sambil tersengih nakal, Akmal
mendekati pagar. Terlebih
dahulu, dia terjenguk-jenguk ke
dalam pondok pengawal
di tepi laman.
Dia amat pasti
bahawa pengawal keselamatan
itu sedang khusyuk
mengumpulkan tahi mata.
Setelah selesai memastikan
keadaan betul-betul selamat,
Akmal dengan selambanya
melangkah masuk ke
laman banglo mewah
3 tingkat itu.
Kemudian, matanya terpandangkan
Yuna, kucing parsi
jantan peliharaan Asfar Hijanah.
Hah!
Itulah antara bukti
gadis itu memang
otak senget. Kucing
jantan diberinya nama
Yuna. Memang biul!
Lelaki itu melangkah
perlahan ke arah
Yuna sambil angkat
kening double jerk. Dia
tidak peduli sekiranya
kucing obesiti itu
tidak memahami apa
yang dikatanya. Akmal
menegur dengan suara
jahat.
“Baliklah kak...
Mama dah lama
tunggu kepulangan akak
kat rumah tu.”
Pujuk Avian seraya
memandang wajah mulus
milik kakak kandungnya
itu. Wajah mulus
yang seringkali dilanda
air mata jernih.
Anabella yang hanya
membatukan diri membiarkan
telinganya memainkan peranan.
“Mama nak
sangat jumpa anak
perempuan dia. Anak
yang pernah dia
kandung selama 9
bulan. Pernah dia
pelihara, pernah dia didik tanpa
sedikit pun kekurangan.
Tolonglah kak, mama
tu dah tua.
Jangan ambil hati
sangat dengan apa
yang dia cakapkan.
Lagipun tak baik
buat mama macam
tu. Kasihankan lah
mama, kak...” rayu
Avian sekali lagi.
“Kak, she’s
our mom. We
don’t have anyone
else. Papa dah
lama tinggalkan kita.
Mana lagi tempat
kita nak mengadu,
kak... Mana lagi tempat kita nak
menumpang kasih kalau
bukan mama. Kelmarin,
mama cuma sedikit
terkilan dengan perbuatan
akak yang dulu.
Tu je. There’s
nothing else. Akak
boleh minta ampun
dari mama. I
know she still
loves you. You
can ask for
her forgiveness for
one more time.
Please.” Diam. Suasana
berair mata itu
begitu tidak menyenangkan
bagi Avian. Apa
lagi yang boleh
dilakukan jika si
empunya hati masih berdegil, keras
kepala dan tidak
mahu mendengar cakap.
Perlahan-lahan Avian bangun
dari duduknya lalu
membuang pandangannya jauh-jauh
ke arah pantai
berdekatan. Rambut perangnya
diraup ke belakang.
Seorang nelayan tua
yang baru pulang
dari laut menarik
perhatiannya. Keadaannya walaupun
berbau busuk dan
berpakaian compang-camping, wajahnya
masih terserlah sinar
gembira yang tidak
berbelah bahagi. Seorang
wanita tua dan seorang perempuan
muda masing-masing melayan
nelayan tua tersebut
hanya dengan sekeping
roti. Tiada sedikit
pun keresahan ataupun
kerisauan yang ditunjukkan
malah perasaan gembira
dan gelak ketawa
mengindahkan lagi suasana.
Hidup miskin tetapi
bahagia. Berlawanan dengan
perjalanan hidupnya sebagai
orang kaya yang
seringkali tidak segembira
itu. Ataupun mungkin
tidak pernah.
“Kak Bella,
mama sebenarnya kesunyian
sejak kak Bella
tinggalkan dia. Mama
rasa macam mana
yang akak rasa.
Hidup sunyi dan
kosong tanpa belaian
kasih orang yang
tersayang. Memang betul
mama jarang sekali
confess perasaan dia
sendiri. Do you
think she’s never
able to embrace
you and say
I love you my daughter?
Well, that doesn’t
mean a mother
loves her daughter
any less.” Ungkap
Avian sabar.
“You’ll never
understand, Avian. Totally.
Avian tak pernah
rasa macam mana
yang akak rasa
selama ni. Lebih-lebih
lagi perkara yang
melibatkan hati dan
perasaan. Akak sedar
mama tu dah
tua dan kita
sebagai anak yang
sepatutnya memohon ampun
dari orang tua.
Akak tahu semua
tu. Akak tahu.
Tapi mama tidak
berhak hancurkan hati
akak. Dia tidak
sepatutnya buat hidup
akak macam ni...”
tutur Anabella sambil
mengelap air mata
yang jatuh bercucuran.
Masih adakah peluang
untuknya kembali ke
pangkuan keluarga tersayang?
“Sejak
akak tinggalkan kami
3 beranak, jujur
Avian katakan mama
sentiasa sebut nama
kak Bella tanpa
dia sedar. Dan mama terus
menerus menafikannya. Tidak
pernah walaupun sehari
mama lupa doakan
keselamatan dan kebaikan
akak selepas selesai
solat. Avian tahu,
mama terlalu rindukan
kak Bella tetapi
dia lebih menangkan
ego dia sendiri.
Tetapi yang Avian
tahu, satu je
yang mama selalu
harapkan. Mama cuma harapkan
akak balik jenguk
dia walaupun satu
hari. Satu hari
pun dah cukup,
kak.” Ujar Avian
memalingkan mukanya menghadap
Anabella. Wanita itu
hanya memandang lantai
sedari tadi. Dengan
rasa sedih yang
masih terbuku di
hati, tangan milik
Anabella dicapai lalu
digenggamnya erat. Seerat
ikatan kekeluargaan yang
telah terbina di
antara mereka berdua
sejak kecil.
“Baliklah...
Even if it’s
just a moment.
Even if it
takes for a
day. Biarlah mama
rasa sekurang-kurangnya anak
perempuan kepunyaan dia
masih ingatkan dia.
Masih mengaku dia
tu adalah mama
akak. Ibu yang
telah melahirkan akak
dengan susah payah
selama ini. At
least let your
shadow fall on
the photo. That has kept your
memory alive in mom’s eyes
for the last
5 years.” Tutur
Avian merenung tepat
ke anak mata
Anabella. Wanita itu
tidak mampu untuk
mengalihkan mata dari
merenung wajah yang
begitu mengharapkan sesuatu
itu.
“Please... I’m
begging you. For
mom’s sake.” Sinar
mata Avian tenggelam
dek terbenamnya sinar
matahari. Yang tidak
sabar menunggu untuk menerbitkan
sinarnya kembali pada
esok hari.
Asfar Sarahah membelokkan kereta Aston Martinnya di tepi sebuah apartment yang agak lama. Di tepi apartment tersebut mempamerkan papan tanda tertera Blok Melur. Suasana malam yang hanya diterangi lampu-lampu jalan menambahkan kecerahan kawasan tersebut. Walaupun terpaksa keluar pada waktu malam, Sarahah tetap menghadirkan diri ke sambutan hari jadi rakan sekolejnya itu. Dia tidak kisah jika perlu memandu seorang diri ke rumah orang lain. Lagipun, adik beradiknya yang lain terlalu berat tulang untuk menemaninya pada malam ini. Jika disuruh bermacam-macam alasan lah yang akan diberi.
Telefon bimbit di dalam beg tangannya dikeluarkan. Butang mesej ditekan untuk memastikan alamat yang tertera di situ sama dengan nama tempat yang dihadapannya sekarang ini. Setelah memastikan alamatnya itu betul, dia membuka pintu kereta untuk keluar. Blouse bercorak floral yang dipakainya dikemaskan sedikit. Rambutnya yang didandan kerinting lembut itu dilihat di cermin kereta. Done!
Tiba-tiba, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi mendendangkan lagu Beauty and the Beat-Justin Bieber. Nama yang tertera dikerling sekilas. Cepat-cepat butang hijau ditekan lantas dibawa telefon bimbit tersebut ke telinga. Bibirnya mengulumkan senyuman nipis.
“Helo Mai,” sapanya mesra kepada pemanggil di hujung talian.
“Helo Sarah, aku nak tanya kau free tak malam ni? Kalau kau free, jom teman aku keluar tengok wayang kat Alamanda. Hari ni kan tiket separuh harga.” Balas gadis yang dipanggil Mai itu. Mendengar kata-kata itu, mata Sarahah terus membulat.
“Eh, kau bukan ada buat birthday party ke hari ni? Kenapa pula nak keluar tengok wayang?” Tanya Sarahah sedikit pelik. Bangunan apartment dijeling sekilas. Kelam dan sunyi tanpa sebarang bunyi riuh rendah. Aku tersilap tarikh ke? Bisik hatinya.
“Birthday party? Aku buat esok malam lah. Bukan hari ini... Kau ada kat mana sekarang ni?” Tanya Mai kehairanan. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal.
“Laa, ye ke? Aduh, aku tersilap tarikh la ni... Aku dah sampai depan rumah kau dah.” Sarahah mengeluh perlahan. Patutlah senyap semacam je kawasan perumahan kat sini. Kalau tak, dah lama riuh rendah dengan kehadiran para tetamu jemputan. Apa punya perempuan la kau ni Sarah. Macam mak nenek! Muda-muda lagi dah nyanyuk. Sempat dia mengutuk dirinya sendiri.
“Hah, takpelah. Kau balik rumah jelah dulu. Jauh tu kau nak balik semula kat sini. Lain kali lah kita outing, okey?” ujar Mai kembali. Berasa kasihan dengan kesilapan tarikh yang dialami rakannya. Sudahlah waktu malam, takut juga kalau sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap gadis itu. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian pembunuhan yang pernah berlaku beberapa minggu lepas berdekatan dengan tempat tinggalnya itu. Mayat yang ditemui hampir rentung dan terdapat kesan tetakan ditemui di badan mangsa. Betul-betul dilakukan dengan begitu kejam.
“Balik cepat dan jangan singgah mana-mana lagi, tau. Dah malam sangat ni, risau juga papa dengan mama kau nanti,” pesan Mai lagi. Rasa risau semakin menghantui dirinya setelah mengingati kejadian pembunuhan tersebut. Bulu romanya tiba-tiba tegak berdiri.
“Aku tahu lah. Risau sangatlah kau ni Mai. Okay lah dear, see you soon. Take care.”
“Balik cepat tau. Alright, you too. Bye, sweetie.”
“Bye.” Panggilan itu dimatikan. Butang merah ditekan lantas telefon bimbit dimasukkan ke dalam beg tangan. Alarm kereta terus dibunyikan. Balik rumah cepat-cepat boleh juga aku tidur awal malam ni. Getus hatinya. Tanpa disengajakan, tiba-tiba sahaja kunci keretanya terjatuh ke atas tanah. Sarahah cepat-cepat mengutip kunci itu semula sebelum matanya dapat menangkap kelibat hitam yang melintas laju di tepinya. Dia berpaling ke belakang kereta sambil menggenggam erat kunci di tangan. Kaki melangkah penuh berhati-hati ke bahagian belakang keretanya itu.
Setelah sampai betul-betul di bahagian belakang Aston Martinnya, terdapat daun-daun kering yang berterbangan sahaja yang dapat dilihat. Tiada benda lain selain daripada itu. Jauh sekali binatang ataupun manusia. Sarahah menghembuskan nafas lega. Mungkin mainan perasaan aku aje agaknya. Detik hatinya. Terus sahaja Sarahah berpaling ke arah belakang tanpa sebarang rasa syak. Tiba-tiba, terasa sesuatu yang tajam dihalakan ke lehernya. Begitu dekat dan semakin lama semakin dekat dengan kulit lehernya. Dadanya pula terasa begitu sesak untuk bernafas dek kerana terkejut. Deruan nafas dapat didengari melalui telinganya yang menunjukkan bahawa manusia itu sedang berdiri begitu hampir dengan dirinya.
“Jangan gerak! Kalau tak aku bunuh kau!” bisiknya perlahan ke telinga Sarahah. Meremang bulu romanya apabila suara garau itu cuba untuk mengugutnya. Badan gadis itu kaku tanpa melakukan sebarang gerakan. Peluh yang menitik dibiarkan kerana takut diapa-apakan. Terasa tubuhnya menggigil apabila parang itu semakin didekatkan lagi ke lehernya. Bila-bila masa sahaja kepalanya boleh putus daripada badan. Itulah perkara yang paling dirisaukannya sekarang ini.
“Aku nak kau serahkan segala barang berharga yang kau ada. Termasuk kunci kereta mewah ni. Aku nak sekarang juga. Kau jangan berani buat benda yang tak sepatutnya. Kalau tak, siap kau aku kerjakan.” Gertak lelaki bertopeng hitam itu lagi. Tubuh Sarahah dilepaskan namun parang tersebut masih lagi diacukan ke arahnya. Hanya matanya yang besar penuh kejahatan yang dapat dilihat berdasarkan lampu-lampu jalan yang berada di sekitar. Tanpa melengahkan masa Sarahah terus membuka rantai, gelang dan subang yang dipakainya. Dengan tangan yang menggeletar, gadis itu memberikan barang-barang kemas tersebut kepada lelaki tersebut.
“Aku nak lagi. Takkan ini sahaja yang kau ada, hah?” Tanya lelaki itu sambil memberikan isyarat kepada 3 orang lagi rakannya yang bertopeng supaya menggeledah barang-barang di dalam kereta tersebut. Mereka dengan pantas masuk ke dalam keretanya sebelum salah seorang merampas beg tangan Sarahah dengan kasar. Tindakan lelaki itu membuatkan Sarahah berasa terkejut lalu terjerit kecil tanpa disengajakan.
“Hei, diam! Aku kata diam! Aku paling pantang kalau orang menjerit ni. Kau jerit lagi sekali memang arwah kau nanti! Kau faham tak?!” Kali ini nadanya sudah berubah menjadi menengking. Ngeri bercampur risau Sarahah dibuatnya. Dia amat takut sekiranya dia menerima nasib yang sama seperti mangsa lain yang pernah disamun. Memikirkan perkara sebegitu membuatkan fikirannya tidak tenang. Air mata jernih mengalir laju apabila teringatkan mama dan papanya yang berada di rumah.
“Eh, kau jangan menangis boleh tak? Rimas betul bila aku tengok perempuan menangis ni. Kau ni dahlah kaya, cantik pula tu. Jadi kalau kau tak nak benda-benda buruk berlaku kat diri kau, baik kau ikut cakap aku.” Ugutnya lagi sambil meletakkan parang tadi ke leher Sarahah. Gadis itu hanya terus terusan menangis tanpa menghiraukan ugutan tersebut. Perasaannya sudah tidak tenteram sejak dari tadi.
“Aku kata diam, diam lah! Kau pekak ke apa?! Kau nak aku bunuh kau kat sini juga ke?!” ujarnya lagi sambil meninggikan lagi suara. Tiba-tiba, terasa tumbukan padu dilontarkan ke arah mukanya sehinggakan tubuh lelaki itu jatuh terjelepok ke atas tanah. Sarahah yang melihat kejadian tersebut tergamam. Terus sahaja dia berlari ke arah ‘si penyelamat’ lalu bersembunyi di belakangnya.
“Oh, korang nak merompak ye. Sebelum kau rompak perempuan ni, langkah mayat aku dulu!” ujar ‘si penyelamat’ sambil menggosok-gosok buku limanya. Aduh, sakit juga menumbuk muka lelaki ni. Tulang pipi dia diperbuat daripada konkrit ke apa? Boleh benjol tangan cebok aku ni!
Perompak tersebut lantas bangun dari jatuhnya lalu menendang lelaki tersebut tetapi sempat dielak. Salah seorang rakan perompak yang tadi cuba untuk menikam lelaki tersebut namun usaha murninya itu hanya sia-sia. Lelaki itu terus menghadiahkan satu lagi penumbuk ke muka perompak tersebut dan tidak cukup dengan itu kakinya sempat menendang tubuhnya sehingga jatuh tergolek ke tepi jalan. “Macam mana sedap tak? Agak-agak ada tak rasa sedap macam ketam masak lemak cili padi? Ataupun ada rasa macam ayam masak merah? Cuba bagitahu aku yang mana satu.” Ujar lelaki itu tanpa menunjukkan rasa gentar. Sarahah begitu kagum melihat kekuatan ‘si penyelamat’ tersebut. Tambah-tambah lagi, boleh pula dia berjenaka di saat getir seperti ini. Pelik bin ajaib sungguh rasanya. Tiba-tiba tanpa disedari, perompak tadi terus menghunuskan parang tajamnya ke kepala lelaki tersebut. Mak kau, parang tu! Getusnya dalam hati. Sempat lagi ‘si penyelamat’ menundukkan kepalanya sebelum menendang kuat parang itu sehingga terjatuh ke tanah lalu termasuk ke bawah kereta. “Amboi, main parang nampak? Nasib baik tak putus kepala aku tadi kalau tak, tak kahwin-kahwin lah aku agaknya.” Ujarnya sambil mengemaskan sedikit rambut perangnya. Ala... nak takut apa, parang je pun kan? Terdengar pula jeritan nyaring dari arah belakang. Kelihatan perompak tersebut sedang mengacukan sepucuk pistol ke kepala gadis itu. Riak wajahnya jelas menampakkan ketakutan di tahap yang melampau. Oh. My. God. That is not good. “Okey, please calm down. Aku nak kau lepaskan perempuan tu. That gun is very bad idea. Kau boleh kejutkan siapa-siapa yang duduk kat kawasan ni, tahu tak? Just put that damn gun down.” Ujarnya tidak senang dengan tindakan perompak tersebut. Dia ingat pistol tu boleh selesaikan masalah ke? Memang perompak ni tak berfikir secara matang agaknya. Matanya tertancap melihat pistol di tangan perompak tersebut. Pistol berwarna hitam berkilat itu begitu menarik pada pandangannya. Macam pernah nampak je pistol jenis macam tu. Tak silap dalam bilik adik aku ada berlambak-lambak. Ceh! “Argh! Aku kisah apa. Aku nak kau pergi dari sini sebelum nyawa makwe kau ni melayang! Ataupun kau pun nak join kiok sekali, hah?” ugutnya seraya ketawa berdekah-dekah seperti baru sahaja menonton Maharaja Lawak. Lelaki itu mengerutkan dahi. Sejak bila pula perempuan ni diisytiharkan sebagai makwe aku? Sudahlah dia tidak mengenali gadis itu inikan pula nak kata perempuan tu buah hati aku. Dah terkena sawan agaknya si perompak ni. “Sudahlah, kau lepaskan je lah perempuan tu. Aku dah malas dah nak layan perompak tak cukup umur macam kau ni. Buat perabih air liur aku je!” balas lelaki itu dengan selambanya. Bibirnya sengaja mengukirkan senyuman tiga untuk menyakitkan hati perompak tersebut. “Eh, kau memang tak sayang nyawa eh. Kau nak aku bunuh makwe kau depan-depan kau ke, hah? Kau jangan cabar aku, budak mentah! Sudahlah muka jambu boleh lagi kutuk aku!” ujarnya sedikit geram dengan pernyataan yang diberi lelaki itu. Matanya memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Sekali tengok macam Kim Hyun Jung pun ada. Puih, kisah apa aku! “Hei, mulut tu agak-agak sedikit. Aku sembur dengan aerosol karang baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Budak tak cukup umur macam kau ni patut duduk rumah tolong mak kau tanak nasi kat dapur tu! Ada hati nak kritik muka aku pula.” Balasnya sambil ketawa melihat reaksi yang diberikan oleh perompak tersebut. Memang cepat tukar perhatian betul. Layan je lah! “Eh, aku bunuh jugak perempuan ni karang! Kau sedar tak apa yang kau cakap tadi? Kau memang nak tengok perempuan ni mati kan? Kau cakap ikut sedap mulut kau je eh. Tak cukup umur tu comel, kau tahu tak? Kau budak mentah tahu apa je.” Ujarnya lagi pelik apabila lelaki di hadapannya itu tidak menunjukkan riak takut seperti mula-mula tadi. Jangan-jangan dia dah tahu. Argh! Tak mungkin. “Nak muntah aku dengar! Eh, aku yang dah cukup umur ni pun lagi comel daripada kau, kau sedar tak? Cermin lah diri tu sedikit...” balasnya kembali. Matanya melirik ke arah gadis yang dijadikan tebusan itu. Gadis itu kelihatan seperti tidak percaya bahawa lelaki seperti dia sanggup membiarkan dirinya mati sia-sia ditembak perompak tersebut. “Kurang ajar! Aku bunuh juga perempuan ni! Aku bunuh juga karang! Eh, kau memang nak dia mati kan? Aku dah nak bunuh dia ni!” gertaknya sambil mengacukan pistol ke kepala Sarahah dan bersedia untuk menekan picunya. Gadis itu pula sudah mahu pengsan apabila mendengarnya. “Bunuh lah! Aku tak sabar nak tengok kau bunuh perempuan tu. Lagi cepat lagi bagus.” Ujar lelaki itu sambil berpeluk tubuh. Baru dia perasan rakan-rakan perompak tersebut sudah pun melarikan diri terlebih dahulu. Apa punya anak buah la, tinggalkan bos majalkan diri dia sendiri kat depan aku. Gelaknya dalam hati. Perompak itu nampaknya seperti sudah berputus asa untuk terus mengugutnya lagi. Cepat-cepat dia melarikan diri apabila perasan bahawa dirinya sudah ditinggalkan oleh anak-anak buahnya. Terus sahaja lelaki itu menyambut Sarahah yang sudah jatuh pengsan tidak sedarkan diri itu.
“Mama, Avian ada perkara penting nak bincangkan dengan mama.” Tutur Tengku Avian sambil menarik kerusi untuk duduk. Mukanya jelas menunjukkan riak serius dengan perkara yang ingin dibincangkan. Datin Zulaikha yang sedang membaca majalah Wanita itu terus meletakkan majalah itu ke sisi. Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa dari arah laut menyapa lembut mukanya yang kelihatan seperti tidak bermaya. Mungkin kerana sudah kepenatan mencurah air mata. Terus sahaja matanya dihalakan betul-betul menghadap wajah anaknya yang dikasihi itu. Muka Avian memang saling tak tumpah seperti muka arwah suaminya. Maklumlah, anak kandungnya sendiri. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Sekarang barulah dia tahu dari mana anaknya mendapat good lookingnya itu. Senyuman manis terukir indah di bibirnya. “Avian nak bincang pasal apa ni? Hmm, mesti nak bincang pasal hal pernikahan Avian dengan Raihanah kan? Amboi, bukan main lagi anak mama ni ye.” Teka Datin Zulaikha sambil menjongketkan keningnya. Seperti memahami apa sahaja yang anak terunanya itu sedang fikirkan. Tergelak kecil Tengku Avian dibuatnya. Mamanya yang seorang ini ada-ada aje. Detiknya dalam hati. “Bukan lah ma... Bukan pasal benda tu. Sebenarnya, Avian nak bincang pasal kak Bella. Avian pelik kenapa mama sanggup layan kak Bella sebegitu teruk padahal dia tu anak mama. Anak kandung mama. Mama Avian bukan macam ni. Mama Avian seorang yang penyayang. Tak pernah meninggikan suara lebih-lebih lagi menghina orang lain. Tapi, sekarang...” tutur Tengku Avian seraya memandang tepat ke mata bundar milik Datin Zulaikha. Lelaki itu begitu mengharapkan penerimaan maaf yang tulus ikhlas daripada hati seorang ibu untuk anaknya. Anaknya yang selama ini pernah mengabaikannya. “Tapi sekarang mama dah kejam. Mama dah zalim, takde hati perut. Macam tu kan Avian nak cakap.” Potong Datin Zulaikha lalu merenung muka anaknya itu sedalam-dalamnya. Tiba-tiba dia terasa angin satu badan apabila mendengar nama Anabella disebut semula. Nama yang diberi dengan penuh kasih dan sayang tetapi akhirnya menjadi nama yang penuh dengan kebencian dan kekecewaan. “Mama... Avian tahu mama ni sebenarnya ego. Mama bukannya kejam tapi mama ego dan ego mama melebihi dari segala-galanya. Mama lebih pentingkan ego mama daripada perasaan orang lain and I know I wouldn’t be able to break your ego, ma.” Jawab Tengku Avian seraya memandang wajah mamanya seperti mahu mencari kebenaran di sebalik kolam mata wanita separuh usia itu. Kebenaran yang selama ini sudah lama terkubur buat sekian lamanya. “Avian!” Datin Zulaikha sedikit marah dengan jawapan yang diberi oleh anaknya itu. Serta-merta dia bangun dari duduknya. Mukanya kelihatan berkerut-kerut memikirkan apa yang patut dicakapkan kepada anaknya itu. “What else if it’s not ego, ma... That seperates a mother from her own daughter and takes away a sister from her own siblings? Don’t you think that is such a problem now?” ujar Tengku Avian turut bangun dari duduknya. Dia tahu Datin Zulaikha ini seorang yang amat lembut hatinya. Begitu senang untuk dipujuk. Tengku Avian amat yakin bahawa suatu hari nanti pasti wanita itu akan dapat menerima Anabella dengan seadanya. “Bella’s not my daughter! She’s not my blood. Dia tak pernah jadi anak mama dan sampai bila-bila pun tak akan pernah jadi anak mama!” tingkah Datin Zulaikha dengan rasa marah yang meluap-luap. Sudah ke berapa kali nampaknya dia asyik mengulangi ayat yang sama. Sudah terasa begitu muak untuk mengulanginya lagi. “Kalau mama fikir macam tu, maknanya selama ni mama salah! Hari tu, kak Bella minta maaf kat mama, tapi apa yang dia dapat? Mama tak nak terima maaf dia. Mama hiraukan dia, mama biarkan dia terkuntang-kanting seorang diri macam tu aje. Mama sedar tak, masalahnya sekarang ni adalah mama. Mama yang terlalu egois. Sepatutnya mama sebagai orang yang lebih tua, mama yang maafkan segala kesalahan yang dia lakukan.” Balas Tengku Avian. Sedaya upaya dia cuba untuk menyedarkan mamanya yang sudah berfikiran di luar sillibus itu. Datin Zulaikha hanya membiarkan kata-kata yang keluar dari mulut anaknya itu. Bak kata orang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pandangannya dihalakan ke arah pantai yang begitu tenang pemandangannya. “Mama, tolonglah jangan hukum kak Bella macam tu. Hukuman jenis apa ni, ma? Jenis apa?” tutur Tengku Avian lagi. “Mama, look at me. Please look at me and tell me honestly, ma. Mama tak rindukan dia ke bila dia duduk berjauhan dengan mama? Bagitahu Avian yang mama tak teringat langsung kat dia, mama tak risau langsung pasal dia kat negara orang tu. Entah apa-apa jadi kat dia pun mama tak tahu, kan? Bagitahu Avian yang mama langsung tak sayangkan dia. Dari kecil sampai besar mama besarkan dia, mama didik dia, mama jaga dia, takkan lah takde sedikit pun rasa sayang yang tinggal untuk kak Bella, ma?” Tanya Tengku Avian dengan rasa sedih yang tidak dapat diselindung lagi. Dadanya terasa begitu sesak mencengkam. Mungkin kerana tidak tahan untuk meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Datin Zulaikha lantas memandang tajam ke arah wajah bersih milik anak lelakinya itu. Hatinya sudah dapat mengagak apa yang akan dibicarakan lelaki itu sebentar tadi. “Mama tak sayangkan dia. Mama tak kisah pun pasal dia. Mama tak pernah rindukan dia. Langsung. Titik.” Ujar Datin Zulaikha ringkas seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan. Mata bundarnya tidak berkelip merenung anaknya itu. “Tapi...” Tengku Avian seraya menjawab tanda tidak puas hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh mamanya itu. Hai aku punyalah tanya berpatah-patah, dia jawab sepatah je. Memang dahsyat betul mama aku ni. Detik hatinya. “Sudah, Avian! Mama cakap sudah! Enough of all this nonsense already.” Potong Datin Zulaikha sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi semula. Majalah Wanita di atas meja dibelek. Tengku Avian hanya mendiamkan diri. Tidak menyangka wanita itu boleh melupakan anaknya sendiri hanya dengan cara seperti ini. Manusia pun boleh reformat rupanya, ya. Getus hatinya geram. Nafas Tengku Avian sudah tidak menentu ritmanya memikirkan sikap degil yang tidak sudah-sudah mamanya itu. Sungguh dia terasa sebak dan kecewa setelah mendengar jawapan yang diberikan. Betulkah mama dah tak sayangkan kak Bella? “Selama ni Allah dah kurniakan mama dengan segalanya, ma. Segalanya... Rumah mewah, kereta besar, hidup senang-lenang, semuanya mama dah ada. Tapi satu aje Avian hairan. Kenapalah agaknya Allah tak kurniakan mama sebagai manusia yang mempunyai hati?” tutur Tengku Avian geram. Tahap kesabarannya betul-betul sudah hampir menipis. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menggunakan kekerasan terhadap mamanya sekiranya itu sahaja cara yang berkesan. Namun begitu, dia masih lagi bertindak waras memandangkan wanita itu ialah mamanya sendiri. PANG!
Terbit rasa kebas di pipi apabila tangan lembut milik wanita tersebut telah menampar mukanya. Kepala Tengku Avian terasa berpinar akibat daripada tindakan yang tidak dijangka itu. Serta-merta dia memegang pipinya yang terasa sengal. “How dare you talk to me like that, Avian! Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni? I’m your mother and you’re supposed to respect me! Mama tak pernah ajar anak mama kurang ajar dengan orang tua, faham?!” balas Datin Zulaikha dengan mata yang merah berair menahan marah. Itu belum dikira tapak tangannya yang perit menampar muka anak terunanya itu. Kalau baik memang dia akan terlalu baik tetapi kalau marah memang dia akan marah betul-betul. “Mama sayangkan dia rupa-rupanya. Mama memang sayangkan kak Bella. Mama tipu. Selama ni, mama memang sayangkan dia.” Ucap Tengku Avian sambil mengelap air matanya yang menitis dengan lengan baju. Sesungguhnya inilah perkara yang dia ingin tahu dan dia sudah pun mendapat jawapannya. Alhamdulillah, Kau telah tunjukkan kebenarannya, ya Allah. Serta-merta dia melangkah masuk ke dalam banglo tersebut meninggalkan Datin Zulaikha yang kehairanan.
“Thaqiff,
saya nak minta
maaf kalau saya
banyak sakitkan hati
awak. Saya sedar
saya ni manusia
biasa. Manusia yang banyak
melakukan kesilapan. Ampunkan
dosa saya, awak...”
ujar Tahora Naqisyah
dengan nada mendatar
di hujung talian.
Suaranya serak-serak basah
seperti baru sahaja
menangis. Thaqiff Omar
hanya diam tidak
bersuara. Hanya telinga
memain peranan mendengar
bait-bait kata yang
keluar dari bibir
tunangnya itu.
“Saya minta
maaf sangat-sangat sebab
tak dapat nak
tunaikan janji saya
untuk jadi permaisuri
dalam hidup awak. Saya mungkin
dah takde untuk
menggembirakan hati awak
lagi. Saya sememangnya
tak sesuai digandingkan
dengan lelaki macam
awak. You really
deserve better than
me and you
know that, right?”
Tanya Tahora Naqisyah.
Kali ini diiringi
dengan esakan kecil
namun diselindungi dengan
gelak ketawa yang
pura-pura.
“Naqisyah, please
stop it! What
on earth are
you talking about?”
balas Thaqiff bernada
marah. Tak menyangka
bahawa tunangnya itu
sanggup berkata sedemikian.
Kenapa perangainya serta-merta
berubah menjadi sebegini?
Apa salah yang
aku dah buat
selama ini terhadap
dia? Pelbagai pertanyaan
singgah di fikiran.
Terdengar gelak kecil
keluar dari bibir
gadis itu. Lemah
terasa jantung apabila
mendengarnya. Gelak yang
pernah mencuri hatinya
suatu ketika dahulu.
“I wonder
who’s the lucky
girl. Dia mesti
lagi lawa daripada
saya, mesti caring
gila daripada saya,
mesti lebih garang
daripada saya dan
yang paling penting
dia mesti selalu
masak lauk ketam
masak lemak cili
padi kegemaran awak
kan? Macam saya
masak untuk awak
dulu...” ujar Tahora
Naqisyah lagi. Suaranya
kini bergetar. Menahan
diri daripada menangis
barangkali. Thaqiff hanya
memujuk hatinya agar
tidak bertindak di
luar kawalan. Sungguh
dia buntu dengan
apa yang berlaku
sekarang ini.
“Awak ingat
tak dulu, saya
pernah try masak
lauk ketam masak
lemak cili padi
awak tu. Saya
kan jarang-jarang masuk
dapur jadi saya
tak reti cara
nak memasak. Tiba-tiba
je jari saya
luka sebab tak
biasa guna pisau.
Awak pun cepat-cepat
hisap darah tu
kemudian awak marah
saya. Saya buat-buatlah
merajuk dengan awak
tapi dalam hati sebenarnya saya
suka sangat sebab
awak prihatin pasal saya...” cerita
Tahora Naqisyah mengimbau
kenangan terindah mereka
dahulu. Bibirnya mengukirkan
senyuman. Kenangan yang
tidak mungkin dilupakan
sampai bila-bila.
“Naqisyah, please...”
Apabila mengingati kembali
cerita tersebut, hati
Thaqiff dipagut sayu. Walaupun Tahora
sudah memutuskan pertunangan
dengannya tadi, bukan
senang untuk melupakan
cinta yang pertama
yang sudah tersemai
hampir 4 tahun lamanya. Rasanya
dia sudah tidak
berdaya lagi untuk
berkata apa-apa. Namun,
apabila mengenang kembali
kenangan itu hatinya
berasa sakit seperti
dihiris-hiris. Baru sahaja
beberapa minggu lepas
mereka berbincang tentang
majlis pernikahan yang
bakal diadakan hujung
tahun ini. Dan tidak disangka-sangka hal
sedemikian akan berlaku
pada hari ini.
“Thaqiff, sekarang
saya sedar realitinya
saya bukan ditakdirkan
untuk awak. Bukan
dipilih untuk jadi
milik awak. Jadi,
biarlah saya dengan
diri saya sendiri.
Saya pasrah jika
ini jalan yang
kita pilih. Kita
sebagai manusia hanya
tahu merancang. Tetapi
Allah sudah tentukan
segalanya untuk kita
dan ketentuan Allah
adalah yang terbaik.
Dan satu perkara
yang awak perlu
tahu, mengenali diri
awak adalah anugerah
yang terindah di
dalam hidup saya.
You’re the best
thing that’s ever
been mine...” ucap
Tahora Naqisyah sambil
menangis juga akhirnya.
Pilu sungguh hatinya
mendengar bekas tunangnya
itu menangis.
“No, Naqisyah...
I won’t leave
you. Saya nak
awak seorang je
dalam hidup saya.
There’s no other
girl that I
love except you.
Awak cinta pertama
dan cinta terakhir
yang pernah saya
ada. Please don’t
do this to
me. Saya cintakan
awak, Naqisyah... I
love you so
much...” rayu Thaqiff
dalam tangisan. Kebiasaannya,
dialah lelaki yang
paling sukar untuk
mengalirkan air mata
tetapi hal sebegini
begitu meruntunkan jiwanya.
Sungguh dia sedih
dengan apa yang
menimpanya sekarang ini.
“I have
to go, Thaqiff.
Masa berangkat saya
ke Mekah dah
sampai. Doakan saya
selamat sampai ke
sana dengan family
saya... Love you
too. I always
do. Assalamualaikum...” ujar
Tahora Naqisyah sayu.
Air jernih mengalir
tanpa henti dari
kolam matanya. Siapa
tahu panggilannya itu
merupakan panggilan terakhir
untuk insan yang
pernah dicintai sepenuh
hatinya itu.
“Waalaikumsalam...” tutur
Thaqiff perlahan. Punat
berwarna merah ditekan
lambat. Telefon bimbit
digenggam sambil menahan
air mata daripada
menitis. Namun, hampa
kerana perasaan sedih
dan kecewa begitu
menguasai segala-galanya.
“Innalillahi wainnalillahiilaihi rajiun.”
Jatuh terduduk Tengku
Avian ke atas
sofa apabila mendengar
berita gempar yang
berlaku ke atas
keluarganya. Dia terkedu
tak terdaya untuk
berkata apa-apa sebelum
menggelengkan kepala cuba
menghadam perkara tersebut.
Seakan-akan tidak percaya
dengan apa yang
menimpa nasib keluarganya.
“Ma... papa,
adik dan nenek
dah takde lagi.
Diorang dah tinggalkan
kita, ma...” tutur
Tengku Avian penuh
rasa sedih. Air
mata yang tidak
berhenti mengalir disapu
menggunakan tangan. Tidak
menyangka bahawa papanya
yang seringkali menyakitkan
hatinya itu telah
pergi. Pergi buat
selama-lamanya. Walaupun dia
selalu memasamkan muka
apabila berhadapan dengan
Dato’ Zarif tetapi
dalam hati masih
lagi tersimpan rasa
sayang terhadap papanya
itu. Datin Zulaikha
yang menangis teresak-esak
disebelahnya dipeluk erat sambil terkenangkan
suaminya dan anak
bongsunya, Tahora Naqisyah
serta emaknya yang terkorban ketika
berada di Mekah
untuk menunaikan haji. Kepala Tengku
Avian dicium penuh
kasih. Satu-satunya hero
yang dia miliki.
Satu-satunya anak lelaki
yang dapat menggantikan
Dato’ Zarif untuk
membangunkan Bestari Holdings.
Thaqiff Omar hanya
mendiamkan diri sambil
melemparkan pandangan ke
luar tingkap. Sesekali
memujuk hatinya supaya
bersabar menerima dugaan
tersebut.
“Mama, Thaqiff
sedih sangat.” Luah
Thaqiff sayu sambil
meraup mukanya. Dia
melabuhkan punggung di
sebelah Datin Zulaikha.
Walaupun belum bergelar
menantu, Datin Zulaikha
tidak kisah dipanggil
mama oleh lelaki
tersebut. Sungguh, hampir
melompat keluar jantungnya
apabila mendengar berita
bahawa suaminya sekeluarga
kemalangan ketika mahu
pulang ke Malaysia.
Dadanya terasa sesak
mencengkam. Tengku Avian
di sebelah hanya
mengeluh seketika lalu
memejamkan mata. Cuba
melenyapkan segala kekusutan
yang melanda fikirannya
ketika ini. Datin
Zulaikha begitu kasihan terhadap
Thaqiff dengan apa yang berlaku.
Dia sudah sedia
maklum bahawa Thaqiff
baru sahaja putus
tunang dengan Tahora
Naqisyah kemudian muncul
pula berita kematian
bekas tunangnya itu. Seperti jatuh
ditimpa tangga. Ini
merupakan dugaan yang
berat bagi lelaki
tersebut dan dia
perlukan sokongan daripada
orang lain.
“Thaqiff, percayalah
setiap yang berlaku
pasti ada hikmahnya.
Naqisyah pergi bukan
sebab dia bencikan
Thaqiff tetapi sebab dia ingin
tinggalkan kita... Tinggalkan dunia
ni... Allah lebih
sayangkan dia. Mama
dapat rasa macam
mana Thaqiff rasa
sebab orang yang
mama sayang pun
pergi tinggalkan mama.
Thaqiff bersabar lah
ye...” pujuk Datin
Zulaikha sambil mengelap
air jernih yang
mengalir dari mata
lelaki itu. Thaqiff
hanya membiarkan tangan
lembut itu mengusap
air matanya. Segalanya
berlaku hanya dalam
sekelip mata. Dan
dia perlu redha
menerima takdir yang
telah ditentukan untuknya.
“Kuatkan iman
dan teguhkan semangat
Thaqiff... Mama tahu
Thaqiff ni orangnya
kuat dan penyabar.
Mama yakin Thaqiff
boleh hadapi semua
ni. Sabar ye
nak...” ujar Datin
Zulaikha lagi. Dia
tahu lelaki di
sebelahnya ini berhak
mendapat isteri lain sebagai pengganti.
Mungkin Allah sudah
‘reserved’ gadis yang
lebih baik daripada
anaknya menjadi milik
lelaki tersebut. Thaqiff
hanya diam tidak
berkutik. Fikirannya melayang
teringatkan kenangan pahit
manis ketika bersama-sama
tunangnya dahulu.
Tiba-tiba,
terdengar loceng pintu
berbunyi. Cepat-cepat Mak
Nah membuka pintu ruang tamu
utama untuk melihat
siapakah gerangan yang
memecah suasana air
mata itu tadi.
Serta-merta mulutnya melopong
membentuk huruf ‘O’
apabila melihat gadis
berstilleto yang berdiri
di hadapannya itu.
“Datin, Kak Be...” Belum
sempat mulutnya menghabiskan
ayat tersebut terus
sahaja tangan lembut
Anabella menutup mulutnya.
Kepala digeleng-geleng sebagai
isyarat supaya tidak
memberitahu mereka terlebih
dahulu tentang kepulangannya. Mak
Nah perasan mata
gadis itu kelihatan
merah dan berair.
Mungkin baru sahaja
menangis tentang berita
kematian keluarganya. Matanya
beralih pula melihat
gaya pemakaian gadis
itu. Masih lagi
dengan trademark Stilletonya
itu. Tidak ubah-ubah
dari kecil sampailah
sekarang. Tidak hairanlah
jika semua orang
yang mengenalinya menggelarnya
Stilleto Princess.
”Mak Nah!
Siapa yang datang
tu?” jerit Datin
Zulaikha dengan suara
yang serak kerana
baru selesai menangis.
Dia bingkas bangun
lalu menuju ke
ruang tamu utama
tetapi langkahnya serta-merta
terhenti. Bebola matanya
tertancap pada sesusuk
tubuh tinggi lampai
milik Ain Anabella.
Rambutnya yang lurus
hingga ke pinggang
itu mengurai apabila
ditiup angin. Anabella
tidak lepas memandang
wajah mamanya yang
dirindui sejak sekian
lama. Wajah yang
selalu dipandangnya sebelum
pergi ke sekolah.
Wajah yang selalu
ditatapnya sebelum tidur
dan wajah yang
selalu menghadiri mimpinya
setiap malam. Kini
wajah itu sudah
berada di depan
matanya.
“Who ask
you to come
here, Bella?” Tanya
Datin Zulaikha mendatar.
Matanya tajam memandang
ke wajah mulus
anaknya itu seakan-akan
mahu menerkamnya. Anabella
terlalu gembira apabila
mendengar mamanya itu
bersuara lalu dia membuka stiletto
kuningnya lantas memasuki
ruang tamu banglo
tersebut tanpa disuruh.
“Eh, siapa
suruh kau masuk
ni hah? Berani
kau jejakkan kaki kau tu kat kawasan
rumah aku?” Terasa
hati seperti dihiris
dengan pisau apabila
mendengar baris-baris ayat
tersebut. Nampaknya Datin
Zulaikha sudah pandai
beraku kau dengan
anak sendiri. Getus
Mak Nah dalam
hati. Matanya beralih
pula ke Anabella
yang sedang berdiri
kaku. Kasihan sungguh
dia melihat nasib
gadis itu. Adakah
dosa dia terlampau
besar sehinggakan Datin
Zulaikha sanggup memperlakukan
anaknya sendiri seperti
itu?
“Mama...” tutur
Anabella perlahan. Matanya
sudah mula bergenang
kerana marah mamanya
masih belum reda
rupa-rupanya. Apa tiada
langsungkah sedikit rasa
rindu dan maaf
untuknya sejak sekian
lama ini? Tempoh
5 tahun itu
masih belum cukupkah
untuk mamanya hilangkan
rajuknya itu?
“Kau takde
hak panggil aku
mama lagi.” Balas
Datin Zulaikha lagi.
“Ma... tolonglah
bagitahu apa salah
Bella ma... Tolong
jelaskan apa yang
Bella dah buat
sebenarnya sampai mama
bencikan sangat-sangat kat
Bella... Tolong jangan
buat Bella macam
ni ma...” rintih
Anabella dalam tangisan.
Datin Zulaikha kelihatannya
seperti tidak menghiraukan
rayuan anaknya itu.
Muka anaknya pun
tidak dipandang dek
kemarahan dan ego
yang mengatasi segala-galanya. Benak
terasa kepala otaknya
apabila mendengar pujuk
rayu yang mendayu-dayu
daripada gadis itu.
“Selama ni, kau tak
pernah
kisah pun pasal
aku kan? Apa yang ada
dalam fikiran kau
cuma tentang Ruzain.
Bagi kau lelaki
tu adalah segala-galanya. Lelaki
tulah yang dapat membahagiakan
kehidupan kau. Bukan
tu aje, kau
sanggup tipu aku
semata-mata sebab lelaki
tu. Kau sanggup
keluar enjoy dengan
lelaki tu daripada
menjaga aku yang
bersendirian menderita sakit
jantung kat rumah.
Kau tak kisah
langsung pun pasal
kami anak beranak
selepas kau kenal
dengan Ruzain tu. Jadi sekarang
ni kau dah
buktikan yang kau
ni bukan sebahagian
daripada aku. Kau
bukan darah daging
aku lagi. Apa
lagi yang kau
nak tahu? Kalau
kau nak aku
cakap satu persatu
memang sampai subuh
esok pagi baru
habis gamaknya.” Sindir
Datin Zulaikha sambil
memeluk tubuh. Puas
hatinya apabila dapat
menghamburkan kata-kata itu
terhadap anaknya.
“Mama! Bella
minta maaf ma...
Tolong jangan cakap
macam tu lagi.
Bella anak mama.
Bella darah daging
mama. Mama yang
lahirkan Bella... Kenapa
mama sanggup cakap
macam tu kat
anak mama... Jangan
anggap Bella macam
tu ma...” ujar
Anabella sambil mengelap
air matanya. Adakah
balasan ini semua
masih belum cukup
untuk menebus dosa-dosa
aku selama ini,
ya Allah... Detik
Anabella dalam hati.
“Aku dah
buat silap dalam
mengenali anak aku
sendiri rupa-rupanya.. Selama
ni aku salah...
Dulu, kaulah yang
aku banggakan. Yang
aku sayang. Yang
aku tatang bagai
minyak yang penuh.
Sumber kekuatan dan
kebahagiaan aku. Tapi
sekarang, kau ragut
semuanya daripada aku.
Semuanya Bella... Kau
dah buktikan yang
kau sebenarnya bukan
seperti yang aku
fikirkan. Kau betul-betul
kecewakan aku...” tutur
Datin Zulaikha perlahan
dan penuh kekecewaan
tetapi berjaya ditangkap
oleh deria pendengaran
Anabella. Kata-kata yang umpama halilintar
yang begitu menusuk
ke kalbu.
“Ma... Bella
minta maaf sangat-sangat. Bella
banyak melakukan dosa
terhadap mama. Ampunkan
dosa Bella ma...
Jangan buat macam
ni kat Bella.
Bella sayang mama.
Please, ma... Please
don’t do this
to me.” rayu
Anabella kembali tanpa
berputus asa. Matanya
seakan-akan tidak mahu
berhenti daripada mengalirkan
air ke pipinya.
Tanpa sedar dia
lantas memeluk Datin
Zulaikha sambil menangis
teresak-esak. Datin Zulaikha
yang terkejut dengan
tindakan serta-merta itu
terus menolak kasar
tubuh anaknya itu
ke lantai.
“Hei, lepaskan
aku! Pergi! Aku
nak kau berambus!
Keluar dari rumah
ni, sekarang! Keluar!”
tengking Datin Zulaikha
tanpa belas kasihan.
Emosinya sudah tidak
tentu arah kerana
pelbagai kejadian yang
menimpanya. Dia gagal
untuk mengawal segala
tindak tanduknya lalu
tersedar bahawa secara
tidak sengaja dia
tertolak anaknya sendiri.
Tidak, aku perlu
kuat. Jangan terpedaya
dengan belas kasihan
yang dia tunjukkan.
Budak zaman sekarang
kita mesti ajar
sedikit! Barulah dia
tidak berani pijak
kepala! Getus hatinya
walaupun perasaan bersalah
semakin menebal di
dalam diri.
“Ya Allah,
Bella! Bella tak
apa-apa ke? Datin,
tak elok buat
anak Datin macam
ni... Kasihan dia...
Bella pun manusia
biasa yang sentiasa
melakukan kesilapan.” Pujuk
Mak Nah apabila
melihat gadis itu
jatuh terjelepok di
kawasan beranda banglo
berkenaan. Kepala Anabella
diusap perlahan-lahan. Risau
sekiranya anak majikannya
itu mengalami luka
di bahagian kepala.
“Sudah! Biarkan
dia di luar!
Elok diletakkan di
luar daripada menyakitkan
hati bila letak
di dalam. From
this moment, I
don’t want to
see your face
anymore. Don’t you
dare to come
to this house
again. Ever!” tengking
Datin Zulaikha seraya
menghempaskan pintu dengan
sekuat hati. Mak
Nah hanya menggeleng-gelengkan kepala
sambil memeluk erat
Anabella yang sudah
lemah longlai dalam
pelukannya itu.