“KAKLONG!!”
“Woi,
tak boleh kuat
lagi ke?!” Nuha
Qareena menjegilkan mata.
Budak ni! Ingat
aku dah pekak
ke? Pecahlah eardrum aku
kalau hari-hari macam
ni. “Apa hal?”
“Aisar...dia...err...dia,” Akmal
Arif berhenti. Sengaja
bagi suspens. “Dia
tumpahkan air atas
laptop kau!” jeritnya
seraya menghabiskan ayatnya.
“He what?!”
Suara Nuha Qareena
naik satu oktaf.
Matanya bagaikan nak
terkeluar dari soket mendengar pernyataan
adik lelakinya.
“He did.”
Nuha
Qareena bergegas keluar
dari biliknya menuju
ke ruang tamu.
Matanya tertancap pada
sebuah laptop berwarna
purple di atas
meja yang basah
itu. “Ya Allah ya
tuhanku...” Nuha Qareena
mengeluh panjang. Lappyku
sayang! Kalau sikit
takpa, ni dah
macam laptop-masak-rebus-susu-milo dah
ni. Baru je
aku rembat kau
semalam. Bau kedai
lagi tu. Hish!
Aisar! Nasib baiklah
kau budak kecik,
kalau tak...hergh!
......................................................................................................................................................
Nuha Qareena
menoleh ke
arah jam di
dindingnya. Baru pukul
7.50 pagi. Pukul
9 nanti dah
nak kena gerak
pergi kuliah. Nuha
bertutur sendiri. Dari
tadi dia asyik
ralit menonton televisyen.
Selepas menunaikan solat
Subuh dia terus
merebahkan tubuhnya di
atas sofa empuk
itu sambil menonton
berita pada pagi
itu. Abah dan
maknya sudah lama
beredar ke tempat
kerja masing-masing. Manakala,
dua orang adiknya
masih lagi tidur
tak hengat dunia
di dalam bilik.
Cuma adik bongsunya,
Aisar sudah dihantar
bibik ke tadika
Kemas. Tanpa berlengah,
dia melangkah keluar
rumahnya lalu mencapai
tuala pink yang
tersidai di ampaian.
Sudah menjadi rutin
hariannya setiap pagi
dia akan berjogging
di taman berdekatan
rumahnya.
Nuha Qareena
meneliti jam Swatch
di tangan. Pukul
8.45 pagi. Pandangannya
dibuang jauh sambil
kaki perlahan-lahan menghala
pulang ke rumah.
Dah satu taman
aku tawaf. Cukuplah
kot! Tiba-tiba kepalanya
terasa berdenyut. Adoyai!
Migrain datang lah
pulak! Susah lah
macam ni. Jalan
pun dah macam jalan atas jelly
dah ni. Nuha
Qareena mengerutkan dahi.
Riuh rendah dari
padang sebelah laluannya
tidak dihiraukan. Langkahnya
diatur laju sambil
memegang kepalanya yang
semakin sakit itu.
GEDEBUK!
Matanya terasa
berpinar. Dipejam celik
beberapa kali. Tangan
kanan masih memegang
kepalanya yang terasa
sengal. Siapa pula
cari pasal dengan
aku time-time macam ni? Dalam
banyak-banyak tempat kepala
aku juga jadi
mangsa. Magnet bala
betul lah aku
ni! Nuha Qareena
tunduk mengambil bola
itu dengan sebelah
tangannya. Telinganya dapat
menangkap derap langkah
seseorang berlari ke
arahnya.
“Err...sorry tadi.
You okey tak?”
Nuha diam.
Kepalanya terasa bengap
semacam. Kalaulah aku
tahu nak sakit
kepala macam ni,
baik aku duduk
rumah. Nuha merenung
lelaki di hadapannya
dengan muka kontrol
cun habis!
“I’m alright.”
Tanpa nada. Dia
menghulur bola.
“Are you
sure?” Tanya si
lelaki. Dia kelihatan
risau melihat keadaan
gadis bertudung litup
di hadapannya. Budak
ni high semacam
je. Baru lepas
telan pil ecstacy
ke apa? Keningnya
terangkat sebelah. Nuha
Qareena mengangguk. Sakit
kepala memang boleh
buat orang jadi
blur. “No. It’s
okay.” Tanpa memandang
wajah lelaki itu
dia terus melangkah
meninggalkan tempat itu.
Dalam beberapa saat sahaja, pandangannya
terus blackout dan
tanpa sedar Nuha
Qareena sujud mencium
bumi.
......................................................................................................................................................
Tengku Avian menukar t-shirtnya
yang sudah kuyup
dengan peluh. Sampai
sahaja di rumahnya,
dia terus menikmati
makan tengah hari bersama
Datin Zulaikha. Mamanya
itu sanggup mencemar
duli memasak makanan
kesukaan suaminya di
dapur disebabkan hari
ini hari lahir
papanya, Dato’ Zarif. Mungkin
papanya akan sampai
petang nanti untuk
meraikan bersama. Maklumlah,
kerja kerja juga
keluarga harus diutamakan!
Tengku Avian melontarkan
tubuhnya ke atas
katil. Haih, gila
penat! Main bola
tadi punyalah macam
hari esok dah
takda. Matanya dipejam.
Tiba-tiba dia teringatkan
gadis di taman
tadi. Bibirnya mengukir
senyuman tanpa disedari.
Minah tu... main aci
redah je kata
okey. Tup...tup. Jatuh
tergolek macam buah
nangka depan aku.
Buah nangka pun
tak jatuh macam
tu. Nasib baik
dia bawa handphone,
boleh juga aku
call mak dia.
Matanya menala ke
arah tuala berwarna
pink ‘striking’ yang
duduk elok-elok di atas mejanya
itu. Sengaja dia
letakkan tuala itu
di situ supaya
dia tidak lupa
untuk memulangkannya kepada
gadis cantik yang
dijumpainya tadi. Cantik?
Hmm...bolehlah.
......................................................................................................................................................
Aduh,
sakit! Mata terasa
berat seperti digantung
dengan batu bata.
Kepala macam nak
pecah. Perlahan-lahan matanya
dipaksa buka juga.
Cahaya lampu di
biliknya begitu menyilaukan.
Kelihatan Hajah Esyah
tersenyum segaris di
tepi katil.
“Mak, kaklong kat
mana ni?”
“Kaklong kat rumah lah
ni sayang,” Hajah
Haliza memberitahu. Kepala
anaknya diusap penuh
kasih. Berkerut dahi
Nuha Qareena dilihatnya
seolah-olah menahan sakit.
“Kaklong dah rasa
okey tak? Kalau
dah okey mari
mak suapkan bubur
ni. Dari tengah
hari tadi Kaklong
tak makan kan?
Isi perut tu sikit. Nanti
boleh makan ubat,”
suara Hajah Esyah
kedengaran begitu risau.
Nuha Qareena menggeleng
perlahan. Badannya panas.
Rimas! Walaupun biliknya
itu sudah dipasang
penghawa dingin dengan
kadar suhu yang
tinggi.
“Itulah. mak dah
cakap, kaklong tak
nak dengar. Pagi
tadi kaklong tiba-tiba
jatuh pengsan dekat
taman tu. Nasib
baik ada orang
call guna handphone
kaklong beritahu mak
kat office. Mak
risau tau apa-apa
jadi kat anak
mak ni. Migrain
tu pula makin
teruk. Abah ada
outstation lagi kat
Perlis tu. Nanti
siapa yang susah?
Lain kali jangan
nak menggatal pergi
jogging sorang-sorang kalau
mak abah takda.”
Hajah Esyah sudah
memulakan sesi ceramahnya.
Nuha hanya mencebik.
Dah mula membebel
lah tu. Rungut
Nuha Qareena dalam
hati. Tapi kan
siapa yang guna
handphonenya pagi tadi?
Hisy! Dahlah wallpaper
aku gambar aku. Mesti orang
tu dah tengok.
Malunya! Tiba-tiba dia
berasa tidak sedap
badan. Tekaknya pula
begitu loya. Haa,
kutuk mak kau
lagi. Padan muka
kau!
Tanpa
berfikir, Nuha Qareena
terus bangun dari
katil menuju ke
singki di dalam
bilik air. Segala
isi perut diluahkan.
Perit betul tekaknya.
Tak tertahan rasanya.
Hajah Esyah hanya
mampu mengurut-urut belakang
anaknya yang kurang
sihat itu. Lengan
Nuha Qareena dipimpinnya
kembali ke katil.
Tubuhnya diselimut dengan
selimut tebal supaya
haba cepat keluar.
Dahi anaknya dipegang.
Panas! Sesekali dia
mengelap dahi anaknya
dengan tuala basah.
Dia menatap wajah
Nuha Qareena yang
pucat itu. Sayu
sungguh hatinya melihat keadaan
anak sulungnya itu.
“Kaklong...”
Nuha Qareena
masih mendiamkan diri.
“Kalau nak
apa-apa nanti panggil
mak. Nanti mak
datang tengok balik,”
ujar Hajah Esyah.
Anak rambut Nuha
Qareena yang menutupi
dahi diselaknya ke tepi. Nuha
Qareena tidak menjawab.
Hanya mengangguk. Dia
hanya berbaring apabila
mendengar lampu dan
pintu biliknya ditutup.
Bibirnya tidak putus
mengucap selawat syifa.
Titisan air jernih
mengalir dari pipinya
tanpa sedar. Mengiringi
lenanya pada malam
yang suram tanpa
bintang di kaki
langit itu.

No comments:
Post a Comment