Kereta
yang lalu-lalang di
hadapannya hanya dibiarkan
berlalu. Kelihatan para
pelajar yang lain
sudah pulang ke
rumah masing-masing. Jam
tangan yang menunjukkan
pukul 2.50 petang
dijeling sekilas. Selepas
sahaja kelas Biologi
tamat, Asfar Hijanah
sudah pun duduk
di pondok sekolah
untuk di bawa
pulang ke rumah.
Sesekali dia menguap
kerana terlalu bosan
menunggu kakaknya, Asfar
Sarahah. Jam di
tangan dikerlingnya sekali
lagi.
“Ke mana
pula Kak Sara
ni? Dah berjanggut
aku tunggu dari
tadi,” rungut Asfar
Hijanah sambil menjenguk-jengukkan kepalanya
untuk melihat kereta
Aston Martin berwarna
purple itu muncul.
Menyesal pula aku
tak bawa handphone.
Kalau aku bawa
dari tadi dah
lama aku sound
kakak aku tu!
Haish... Menyusahkan betul.
Kata nak ambil
pukul 2 petang,
ni dah nak
dekat pukul 3
petang dah ni. Mau aku
gigit-gigit tiang besi
pondok sekolah ni
karang. Kakinya dihentak-hentak tanda
geram. Beg sekolah
yang disandangnya dibaling
ke bangku. Sebenarnya,
tugas ini merupakan
tugas pemandunya iaitu
Pak Abu tetapi
lelaki itu terpaksa
mengambil cuti disebabkan
maknya yang sedang
sakit di kampung.
Maka, kakaknya pula
terpaksa ambil alih
tugas mengambil adiknya
itu pulang dari
sekolah. Tiba-tiba, muncul
satu suara memecah
kesunyian.
“Kau tak
reti nak balik
rumah ke, arnab?”
Tanya suara itu.
Sekali dengar macam
suara Alif Aziz,
dua kali dengar
rupa-rupanya suara Akmal
Arif. Asfar Hijanah
mendongak memandang pelajar
lelaki berambut ikal
mayang itu. Satu-satunya
pelajar lelaki yang paling berani
mencari pasal dengannya.
Walaupun lelaki itu
menjawat jawatan sebagai
ketua pengawas sekolah
dan menjadi igauan
para pelajar perempuan
di sekolahnya disebabkan
wajahnya yang tampan
ala-ala Lee Min
Ho dalam drama
bersiri Boys Over
Flower itu, Asfar
Hijanah sedikit pun
tidak heran ataupun
terpikat dengannnya. Lagi
bertambah benci adalah.
Baginya, Akmal Arif
ialah budak lelaki
yang suka bercakap
ikut suka sahaja
kerana mulut dia
memang tiada insurans.
Menyakitkan hati orang
aje tahu!
“Suka hati
aku lah nak
balik ke tak.
Kau susah apa?
Sibuk aje bangla
ni,” balasnya sambil
menjeling tajam lelaki
itu. Kau bagi
aku arnab, aku campak kau
bangla. Cerminlah diri
sedikit, kulit tu
dah lah tak
berapa nak cerah.
Gunalah krim Garnier
ke Fair and
Lovely ke apa,
barulah putih sedikit.
Ini tak... lagi
berjemur kat padang
sekolah tu ada
lah.
“Hey, lady. You
better watch your
mouth! Kau panggil
aku apa tadi?
Bangla? Weyh, gelap
tu tanda macho
tau. Kau perempuan
tahu apa?” Tanya
Akmal Arif sambil
menahan geram. Matanya
berapi-api memandang gadis
berambut ala-ala messy
di hadapannya itu.
Rambut style macam
orang tak pernah
menyikat rambut. Jangan-jangan
di rumahnya memang
takde sikat agaknya.
Kasihan...
Asfar Hijanah
menjelirkan lidahnya seperti
mahu memuntahkan isi
perut. Macho konon...
haktuih! Mau aku
muntah balik mee
goreng Mak Timah yang dimakan di
kantin sebentar tadi.
“Orang tanya
sikit pun nak
hangin satu badan.
Datang bulan ke
apa perempuan ni.
Dah lah gigi
seperti arnab,” ejeknya
sedikit perlahan. Kakinya
melangkah meninggalkan pondok
sekolah tersebut. Beg
sekolahnya digalas di
belakang. Malas dia
mahu bertekak dengan
gadis itu. Daripada
membuang karan di
situ lebih baik
dia balik rumah
tengok Spongebob, lagi best! Nasib baiklah
aku ni penyabar
orangnya, kalau tak
memang runtuh pondok
sekolah itu aku
kerjakan.
“Berani kau
kutuk aku ye?
Jaga kau!” ujar
Asfar Hijanah geram.
Kasut sekolah berwarna
putihnya dibuka lalu
dibaling ke arah kepala lelaki
yang tidak bersalah
itu. Itu dia...
pemain bola jaring
harapan sekolah, Asfar
Hijanah bakal melakukan
serangan pendendam kasihnya!
ZAAASSSSSSSSS!
BEDEBUKKKKKK!!!
“Woi! Sakitlah!”
Jeritan nyaring Akmal
Arif berkumandang. Jatuh
terduduk lelaki itu dibuatnya. Otaknya
seperti bergegar dan
matanya berpinar akibat
serangan kasut sekolah
yang tidak berperikemanusiaan tetapi
berperikebinatangan itu. Sambil
menepuk-nepuk bajunya yang
berdebu, Akmal Arif
menjerit lantang.
“Hijanah! Berani
kau ye? Main
baling-baling kasut pula.
Mak bapak kau
tak pernah ajar
ke, hah?!” Sakit
betul hatinya ketika
itu tak terkata.
Kepalanya yang terasa
sengal dipegang. Aduh! Boleh mereng
kepala otak aku
kalau macam ni.
Makhluk Tuhan jenis
apa perempuan ni?
Tersalah jantina ke
apa? Hatinya semakin
sakit dan bertambah
mendidih apabila melihat
gadis itu mengetawakannya seperti
pontianak. Pontianak pun tidak mengilai
mengekek-ngekek sepertinya.
“Oh... kau sedap-sedap kutuk
aku tadi boleh
pula ye? Ejek
aku ada gigi
arnab konon, apa
kau ingat kau tu bagus
sangat ke? Dah
lah suara buruk
seperti katak puru!”
balas Asfar Hijanah.
Meluat sungguh hatinya
apabila melihat muka
lelaki yang perasan
dirinya seperti Lee
Min Ho itu.
Mata Akmal
Arif yang memang
bundar itu membulat.
Tidak semena-mena dia
berasa geram mendengar
kata-kata gadis itu.
Hampeh! Sempat lagi
nak mengutuk aku.
Memang kualiti kesopanan
dan kesusilaannya tersangatlah
teruk!
“Ah! Diamlah.
Malas aku nak
melayan otak senget
makhluk seperti kau
ni. Nanti dengan
aku sendiri jadi
senget, otak tak
center macam otak
kau!” Akmal Arif
mencemik sinis. Puas
hatinya dapat menghamburkan
kata-kata itu kepada
Asfar Hijanah. Gadis
itu pula merasakan
kepalanya sudah muncul
api. Kutukan tersebut
seperti api yang
sedia marak disiram
dengan minyak petrol.
Sekiranya ingin memanggang
manusia pun tentu
sudah masak!
Tanpa berlengah,
Akmal Arif mengambil
kasut sekolah yang
tersadai di tepi
kakinya lalu berlari
meninggalkan pondok sekolah tersebut.
“Akmal! Kau
nak bawa ke
mana kasut sekolah
aku tu?” teriak
Asfar Hijanah cemas.
Nampaknya lelaki itu
tidak menghiraukan panggilannya.
Budak ni memang
pekak badak betul
lah! Geramnya aku!
Menggerutu Asfar Hijanah
dalam hati. Terpaksalah
dia kejar lelaki
itu dengan kakinya
berkasut sebelah sahaja.
Terlompat-lompat gadis itu
seperti orang sedang
bermain ting-ting. Tangannya
pula meliuk-liuk ke
udara seperti sedang
menari tarian Sumazau.
Lucu tetapi ayu
gitu!
“Akmal! Bagi
balik kasut sekolah
aku! Kasut tu
mahal kau tahu
tak?! Dasar pencuri!”
laung Asfar Hijanah
mundar-mandir di pagar
sekolah. Tercungap-cungap dia
menahan penat kerana
mengejar lelaki itu.
Ini betul-betul mendatangkan
marah! Dari jauh
kedengaran lelaki itu
menjerit.
“The hell
lady... Minta maaf
sikit, eh. Aku
tak terliur pun lah nak
curi kasut sekolah
kau yang berbau
ni! Nak pegang
pun aku tak
rela! Hahaha!” Akmal
Arif tergelak jahat.
Rasakan! Kasut sekolah
tersebut dilihatnya telah
dicampak ke dalam
tong sampah. Terbelalak
biji mata gadis
itu apabila melihat
kejadian yang memang
disengajakan itu.
“AKMAL!!!” suara
jeritan Asfar Hijanah
nyata mampu merosakkan
eardrum sekaligus mengoyakkan
cuping telinga sesiapa
yang mendengarnya. Mahu
sahaja Akmal Arif
ketawa melihat gelagat
gadis itu.
“Itulah balasannya
kerana kau kurang
ajar dengan aku!
Lagipun, bapa kau
kan banyak duit.
Beli ajelah yang
baru, apa susah...”
balas Akmal Arif
sambil ketawa berdekah-dekah meninggalkan
gadis yang sedang
menghentak-hentak kakinya itu.
Tidak ubah seperti
kanak-kanak ribena. Buruk
bebenor rupanya! Jika hendak dijadikan
calon menantu, tentu
sudah lama direject
oleh bakal mertua.
Tanpa menghiraukan lelaki
durjana lagi kejam
itu, Asfar Hijanah
terus mengambil semula
kasut sekolahnya yang
sudah arwah. Matanya
berkilat memandang keadaan
kasut jenama edisi
terhad itu. Bibirnya
menggeletar. Ianya sudah
tidak menyerupai kasut
sebaliknya sudah digunting-gunting siap
ada contengan berwarna
merah tertulis ‘Hijanah
Biul’. Rasanya sebentar
lagi matanya bakal
berair terjun. Tiba-tiba,
bunyi hon dari
sebuah kereta mematikan
lamunannya.
“Hijanah! Kamu
pergi ke mana?
Dari tadi kakak
cari kamu tau
tak? Buang tabiat
ke apa tunggu
kakak kat tepi
tong sampah ni?”
Tanya Asfar Sarahah
sedikit marah. Matanya
dapat menangkap sebelah
kaki adiknya tidak
berkasut malah hanya
berstokin. Kemudian matanya
beralih pula ke
tangan adiknya yang
sedang memegang kasut
yang agak buruk.
Seterusnya beralih ke
wajah adiknya yang
tidak ubah seperti
wajah orang baru
putus cinta. Dia
menghela nafas berat
seperti sudah mengetahui
perkara yang berlaku.
Akmal... Akmal....
......................................................................................................................................................
“Angah,
makan tu elok-elok
sikit. Tak lari
ke mana pun
bihun goreng tu,”
tegur Datin Esyah
sambil sibuk memasak
untuk makan malam
apabila melihat Akmal
Arif menjamah bihun
tersebut dengan gelojoh.
Tidak ubah seperti
orang yang sudah
setahun tidak makan.
Mana taknya, sudah
tiga kali berturut-turut anaknya
itu menambah. Nuha
Qareena yang sedang
menuruni tangga terkejut
melihat selera besar
adiknya itu. Gatal
sahaja mulut Nuha
Qareena menegurnya.
“Amboi, banyaknya
Angah makan... Tak
takut ke perut
buncit nanti?” Nuha
Qareena sudah melabuhkan
punggungnya di sebelah
Akmal Arif. Sepantas kilat,
kepala lelaki itu
lipat maut pusing
menatap kakaknya.
“Eating a
lot is not
a crime lah,
Along. Salah ke
Angah makan banyak?
Bukannya kena bayar
pun! Lagipun mak
masak bihun ni
memang untuk Angah.
Kalau jeles cakap
aje lah jeles,”
balas Akmal Arif
seraya kembali melakukan
suapannya. Hatinya puas
apabila melihat kakaknya
itu sudah menarik
muka masam.
“Tak kuasa
Along nak jeles.
Buang karan aje!”
getus Nuha Qareena
agak bengang melihat
senyuman riak di
bibir Akmal Arif.
Takpe... Takpe... hari
ni hari kau,
esok hari aku
pula... Menggerutu Nuha
Qareena dalam hati.
Hajah Esyah
yang sudah selesai
memasak, duduk bersama
anak-anaknya. Dia menggeleng
kepala melihat karenah
dua beradik itu.
Manakala, Haji Sharif
yang baru sahaja
pulang solat maghrib
di surau turut
melabuhkan punggung di
sebelah isterinya.
“Along, biarlah
Angah tu makan
banyak. Remaja lelaki
yang aktif seperti
Angah ni memang
perlu makan lebih
bagi mendapatkan tenaga.
Lagipun, bihun goreng
ni memang makanan
kegemaran Angah. Along
sendiri pun tahukan...”
ujar Haji Syarif
panjang lebar. Dia
memang sudah terbiasa
dengan perangai anaknya
yang seorang ini.
Untuk meraikan kemenangan
kerana ayahnya menyebelahinya, Akmal
Arif menjelirkan lidahnya
ke arah Nuha
Qareena. Gadis itu
hanya menjuling mata.
Kakinya adiknya ditendang
kuat dengan sengaja
dari bawah meja.
Meluat pula dia
melihat reaksi lelaki
itu.
“Auch! That
hurts.” ujar Akmal
Arif tenang sambil
tersenyum nakal. Nampaknya
tendangan itu tidak
memberi apa-apa kesan
terhadapnya. Mata Nuha
Qareena mencerun memandang
adiknya itu. Kurang
asam! Getusnya dalam
hati. Dengan hati
yang sakit, dia
melangkah meninggalkan meja
makan tersebut dan
menghilang ke tingkat
atas.
Tiba-tiba telefon
rumah berdering.
“Angah, tolong
jawabkan!” arah Hajah
Esyah. Akmal Arif
yang kebetulan sudah
selesai makan itu
segera mengangkat gagang.
Terdengar suara lembut
dan sopan seorang
gadis menyapa di
hujung talian.
“Helo assalamualaikum, boleh
saya bercakap dengan
Nuha Qareena?” Tanya
suara itu. Dahi
Akmal Arif berkerut
kerana tidak dapat
mengecam empunya suara.
“Waalaikumsalam. Nuha’s
asleep. I don’t
want to wake
her. Lebih baik
awak cuba call
handphone dia...” jawab
Akmal Arif sambil
menajamkan pendengarannya.
“Yes, I’ve
tried but masuk
ke voicemail pula.
Can I leave a
message? Because this
is very important.
Kak Sara mahu
bercakap dengan dia...”
“Maaf. Boleh saya tahu ini
siapa?” Tanya
Akmal Arif selepas
terdiam sebentar. Otaknya
mula meredam suara
si pemanggil. Kak
Sara? Adik dia? Jadi, ini
suara...
“Hijanah?” Akmal
Arif meneka. Asfar
Hijanah di hujung
talian tersedar.
“Saya. Siapa
ni?!” tanyanya sedikit
kasar. Suara lembut
tadi berubah jadi
menengking.
“This is
Akmal Arif. Dah
lupa ke, arnab?”
Beritahu Akmal Arif
setelah mengetahui perkara
sebenar. Memang betul
lah tekaan aku!
Si gigi arnab
rupanya!
“What? Akmal?
Is it true?
Aku ingatkan tadi
Pakcik Syarif! Aku
langsung tak cam
suara kau sebab
suara kau macam
orang dewasa. Hahaha!”
ujar Asfar Hijanah
sambil tergelak mengekek.
Panas sungguh hati
lelaki tersebut apabila
mendengar gelak tawa
sumbang yang sungguh
trauma untuk didengar
itu. Sangat tidak
harmoni pada pendengarannya.
“Eh, tolonglah.
Aku rasa kau
dah lama tak
korek telinga kau
tu sampai tak
dapat nak bezakan
antara suara lelaki
umur 17 tahun
dengan suara ayah
aku! Sesuka hati
mak bapak kau
aje mengata orang!”
tengking Akmal Arif.
Setakat ini tahap
mendidihnya masih berada
dalam keadaan normal.
Setakat ini lah...
“Hei, setiap
minggu aku korek
telinga, tahu tak?!
Suara kau tu
yang seperti radio
buruk tak cukup
bateri! Macam suara
orang tua tidak
cukup vitamin! Huh!”
balas Asfar Hijanah
dengan tengkingan juga.
“Damn you,
lady! Suara aku,
lantak aku lah!
Apa kena mengena
dengan kau?! Tak
cukup lagi ke
kau cari pasal dengan aku,
hah?!” Suara Akmal
Arif naik lagi
satu oktaf. Nampaknya
takat didihnya sudah
berada di tahap
yang berbahaya.
“Sudahlah, Akmal!
Kau tu yang
selalu cari pasal
dengan aku! Dah
lah kasut jenama
edisi terhad aku tu kau
musnahkan. Sekarang kau
nak maki aku
pula?! Kau memang
nak tempah maut
dengan aku!” Sakit
betul hatinya apabila
mendengar balasan daripada
lelaki itu. Ini
sudah melampau!
“Kau tu
yang perangai entah
apa-apa! Tak boleh
ke kau bersopan
sedikit?! Kau tu
perempuan bukannya lelaki!”
tengking Akmal Arif
lagi.
“You shut
up! Kau fikir
kau siapa nak
ceramah kat aku,
hah?! Siapa yang bodoh sangat
bagi mandat kat
kau?!” Asfar Hijanah
nampaknya masih tidak
mahu kalah dalam
perbalahan tersebut.
“Enough! Aku
tak mahu dengar
lagi suara sumbang
kau tu! Membazir
masa aku aje
cakap dengan orang
yang tak paham
bahasa Melayu macam
kau ni! You
better go somewhere
else and get
drowned!” Suara di
hujung talian senyap
terus. Dia terus
menghempas kasar gagang
tersebut kerana sudah
tidak tahan untuk
bertekak lagi dengan
gadis yang otaknya
tidak cukup sihat
itu! Sakit hatinya
memikirkan ejekan gadis
tersebut. Lebih elok dicampakkan ke planet
Pluto sahaja!

No comments:
Post a Comment