Jus oren Tropicana
Twister diteguk menuruni
kerongkongnya. Suasana kecoh
di bowling alley
tidak diendahkan. Telefon
bimbit di atas
meja sekali lagi
berlagu One More
Night-Maroon 5. Nama
yang tertera di
skrin telefon bimbitnya
itu menyapa pandangannya.
Raihanah... Dasar mak
lampir! Apa lagi
agaknya yang dia
nak? Kelmarin baru
sahaja aku halau
dia disebabkan masuk
ke pejabatnya sesuka
hati. Apa dia
ingat syarikat tu
syarikat yayasan milik ayahanda dia
ke?
Dalam hati
memang tidak dapat dinafikan Raihanah
itu bolehlah tahan,
cantik juga orangnya.
Tetapi, cara pemakaiannya
memang tak berkenan
langsung di hati
ni. Gempak je
lebih! Jika dia
memakai baju kurung
sekalipun belum tentu
hatinya akan menerima
gadis tersebut. Tiba-tiba
bahunya dicuit dari
belakang. Kelihatan seorang
lelaki sedang tersenyum
simpul ke arahnya.
“Dah lama
kau sampai?” tanya teman baiknya,
Thaqiff Omar. Dia
melabuhkan punggungnya di
sebelah Tengku Avian.
Lelaki itu hanya ketawa kecil.
“Baru aje
tadi,” jawab Tengku
Avian. Pandangannya dihalakan
ke arah satu
keluarga yang sedang
bermain bowling. Salah
seorangnya menepuk tangan
dan yang lain
hanya bersorak.
“Eh, aku
dengar mama kau nak kenalkan
kau dengan anak
Tan Sri Adam
tu. Untung lah
kau dapat kahwin
dengan dia. Anak
millionaire siot. Duit
sampai 7 keturunan
pun tak habis,”
gurau Thaqiff. Nama
Raihanah yang sekali
lagi tertera di
telefon bimbit lelaki
itu menarik perhatiannya.
Kasihan betul perempuan
ni. Tak faham-faham
lagi ke orang
malas nak layan?
Buat perabih bateri
handphone aje.
Tengku Avian
tergelak besar. Macam
mana pula si
Thaqiff ni tahu?
Mesti kerja mama
lah ni. Tak
pun mulut murai
adik perempuannya, Tahora
Naqisyah. Memang sejak
kecil Tahora dan
Thaqiff berkawan rapat.
Malah, Tahora sudah
menganggap Thaqiff seperti
abangnya sendiri. Memandangkan
mereka teramatlah rapat maka segala
hal isu semasa
dikongsi bersama. Termasuklah
hal-hal yang berkaitan
dengan dirinya.
“But, the
main problem now
is... I don’t want to
marry her. Takkan
kau tak kenal
Raihanah. Kau pun
mesti tahu macam
mana perangai perempuan
tu,” ucap Tengku
Avian sambil meraup
mukanya.
“Ya, aku
tahu sangat.” ujarnya.
Macam dia tak
tahu anak Tan
Sri Adam itu
suka berfoya-foya menghabiskan
masa di kelab
malam. Perkara itu
sudah lama diketahuinya
sejak menuntut di
UK dulu. Serta-merta
dia teringatkan zaman
sekolah rendah dahulu
yang dia pernah
masuk ke bilik
Tengku Avian untuk
membaca diari yang
baru dibeli lelaki
itu. Orang zaman
kuno-yunani takde blog
lah katakan. Buku
itu juga lah
tempat dia meluahkan
segala kisah hatinya.
Termasuklah list ciri-ciri
bakal isteri idaman
yang merupakan tajuk
pertama yang ditulis
dalam diari tersebut.
“Lagipun, aku
bukannya desperate sangat
sampai nak kat
perempuan macam tu,”
sambung Tengku Avian
semula seraya bangun
dari tempat duduknya.
“Hish, selisih
malaikat 44! Kalau
aku jadi kau,
tak mahu aku kahwin dengan
anak Tan Sri
tu. Daripada aku
kahwin dengan dia lebih baik
aku kahwin dengan
janda jual nasi
lemak kat simpang
tu. Hari-hari boleh
makan nasi lemak
free,” ujar Thaqiff. Dia
pun bangun lalu
menurut langkah rakannya
itu.
“Pulak dah...
Habis tu adik
aku kau nak
campak kat mana,
Thaqiff? Stor belakang
rumah kau? Mangkuk
ayun punya member!”
jerit Tengku Avian.
Bibirnya diketap geram.
Alih-alih kata nak
kahwin dengan janda
ni kenapa pula?
Hendak buka cawangan
baru dah ke?
“Astaghfirullahalazim... Takdenya
aku nak tinggalkan
buah hati pengarang
jantung aku tu.
Dia lah satu-satunya permaisuri
yang bertakhta kat
hati aku tau.
Takde siapa pun
boleh gantikan tempat
dia. She’s my
first and my
last love, Avian.”
Luah Thaqiff penuh
perasaan. Dia sudah
lali dengan perangai
Tengku Avian yang
begitu sensitif tentang
keluarganya. Tengku Avian
tergelak besar melihat
pengakuan berani mati
kawannya itu. Pagi-pagi
lagi dah buat
aku senak perut.
“Lagipun, stor
belakang rumah aku tu kecil
sangat. Tak muat
rasanya nak sumbat
orang. Kalau besar
takpe juga. Bolehlah
kau tidur makan
berak dengan lebih
selesa kat dalam
stor tu,” ujar
Thaqiff sambil tersengih.
“Dahlah. Jom
ikut aku pergi
Mid Valley. Boleh
singgah makan kat
sana kejap,” Tengku
Avian meluahkan hasratnya.
Thaqiff Omar
mengangguk. “Bagus juga
idea tu. Perut
aku ni dah
berguruh berdentum sejak
dari tadi.” Balasnya.
“Thaqiff, aku
harap sangat kau
jaga adik aku
tu macam kau jaga diri
kau sendiri. Family
is like everything
to me.” Nadanya
kedengaran penuh harapan.
Dia percaya rakannya
yang di sebelahnya
ini mampu membahagiakan
satu-satu adiknya yang
disayangi.
Terasa seperti
mimpi pula apabila
diberitahu papanya bahawa
adiknya, Tahora bakal
menjadi isteri orang.
Isteri kepada rakannya
karibnya sendiri. Bagai
baru semalam Tahora
menghabiskan peperiksaan SPMnya.
Bagai baru semalam
Tahora pulang dari
Australia kerana menyambung
pelajaran. Bagai baru
semalam juga Tahora
melangsungkan upacara pertunangannya. Ah... cepat betul
masa berlalu. Tanpa
sedar usianya sendiri
semakin meningkat dan
sampai sekarang juga
pintu hatinya masih
tertutup untuk mana-mana
wanita. Tiba-tiba dia
teringatkan hari itu dia bagaikan
nak gila mencari
nombor telefon gadis
yang dijumpainya dulu.
Baru plan nak
try masuk line, sekali hilang,
memang apa pun
tak boleh daa.
Jadi maknanya, lambat
lagilah nasi minyak
aku orang nak
merasa agaknya!
Thaqiff Omar hanya tersenyum
mengangguk. Terharu melihat
kesungguhan yang terpancar
di wajah rakannya.
Pertama kali dia
melihat Tengku Avian
bersungguh-sungguh dalam kata-katanya.
Dia dapat merasakan
keikhlasan yang terbit
ikhlas dari dasar hati lelaki
tersebut. Memang abang
mithali habis! Untung
siapa dapat kau,
Avian! Dia tergelak
kecil dalam hati.
“InsyaAllah. Tengok
oranglah... ni Thaqiff
Omar lah,” ujar
Thaqiff sambil membetulkan
kolar bajunya. Tengku
Avian hanya tergelak
apabila melihat reaksi
rakannya. Hai, Thaqiff...
Thaqiff... Perangai tak
berubah, tetap seperti
dulu. Poyo sentiasa!
Dia teringat dahulu
ketika berada di
bangku sekolah, dalam
ramai-ramai pelajar di
dalam kelasnya, Thaqiff
lah pelajar yang
paling bijak. Selain
daripada otaknya, mulutnya
juga boleh tahan.
Cakap main lepas
sahaja walaupun kadang-kadang
ada yang menyakitkan
hati. Sebab itulah
dia tertarik untuk
berkawan dengan anak
doktor pakar jantung
ini. Tiba-tiba...
ICHIH! ICHIH! AACHUUH!
AACHUUH! HAAAAAACCHHUUUUOOOOMMM!!!!!
Gadis
yang sedang lalu di hadapannya
dilihat mengelap hidung
merahnya menggunakan tisu.
Mak aih! Sakit
jantung aku dibuatnya.
Balas dendam ke apa perempuan
ni? Kalau tak
tahan pun, agak-agaklah
sedikit. Tiada adab
sopan dan kesuntian
langsung. Matanya mengamati
wajah gadis yang
tinggi lampai itu. Rambutnya yang
dihighlight pink itu
seperti mengembalikan ingatannya.
Tengku Avian meneguk
air liur. Raihanah?!
What the hell
is she doing here?! Jeritnya dalam
hati. Oleh sebab
terkejut, dia terus
memalingkan mukanya dan
menarik lengan Thaqiff
Omar jauh dari
situ sebelum gadis
itu perasan akan
kehadirannya.
“Avian, macam
mana pula dia
tahu kau kat
sini?” bisik Thaqiff
sedikit risau.
“Itu lah.
Aku pun tak
tahu. Entah-entah dia
letak GPS kat
aku tak?” jawab
Tengku Avian. Kepalanya
pening memikirkannya. Buat
serabut otak betul!
“Sayang! Sayang!
You ke tu?”
Tanya satu suara
dari arah belakang.
Kedua-dua lelaki tersebut
terus tergamam. Mereka
berpandangan sesama sendiri.
“Thaqiff, kau
tunggu apa? Larilah!”
jerit Tengku Avian
sambil kakinya melangkah
seribu. Hendak tak
hendak, Thaqiff Omar
terpaksa menurut langkah
lelaki itu. Beberapa
orang gadis yang
sedang lalu-lalang memerhati
hairan. Aduh, calar
teruk kemachoan aku
kalau macam ni. Nasib
baiklah aku dah
bertunang. Pagi-pagi lagi dah
kena olahraga satu
shopping complex ni!
Rungut Thaqiff Omar
dalam hati.
“Jom naik
Bughatti Veyron kau.
Aku dah tak
tahan. Semput gila
dah ni,” ujar
Thaqiff dengan nafas
tercungap-cungap kerana penat.
“Eh,
kereta kau macam
mana? Takkan nak
tinggal aje Zenvo
kau tu?” Tanya
Tengku Avian pelik.
Kunci keretanya di
keluarkan dari poket.
Rambutnya dikemaskan sedikit
dengan jari-jemari.
“Takpe... aku
datang sini naik
LRT tadi. Jimat
sikit duit minyak
aku. Kebersihan alam
sekitar pun dapat
dipelihara,” ucap Thaqiff
bernada menunjuk-nunjuk.
“Ah! Sudahlah
kau. Time-time macam
ni pun sempat
lagi nak poyo.
Jom!” bidas Tengku
Avian sambil mencebik.
Dia perlu segera
meninggalkan tempat itu
sebelum gadis itu
menjumpainya. Bukannya apa,
dia malas mahu
melayan karenah entah
apa-apa gadis itu.
Makin dilayan makin
menjadi-jadi. Kalau tak
dilayan, direportnya pula
kepada Datin Zulaikha.
Lambat-laun dia juga
yang menanggung akibatnya.
......................................................................................................................................................
“Nuha!!”
“Ya, kenapa?!”
jawab Nuha Qareena
sambil kakinya bergegas
melangkah masuk ke
Cyber Cafe Melur.
Beberapa pelanggan yang
lain turut kelihatan
sedang melayari laman
web internet dan
tidak kurang juga
sedang melakukan hal
masing-masing. Cepat-cepat dia
menuju ke arah Wan Atirah, kawan
rapatnya yang sedang
melambai-lambaikan tangan ke
arahnya.
“Cuba kau
tengok ni. Lelaki
ni kan yang
kau kata pulangkan
tuala kau hari
tu. Dia ni
lah anak pengarah
Bestari Holdings,” cerita
Atirah dengan mata
yang bersinar-sinar. Jari-jemari
runcingnya lincah menekan
maklumat di dalam
komputer tersebut. Mata
Nuha Qareena tertancap
pada sekeping gambar
lelaki itu. Tulisan
yang tertera di
bawah gambar itu
dibaca satu persatu.
“Tengku Avian Ar-Rafi bin Tengku
Zarif Fitri...” getusnya
perlahan. Glamour gila nama dia
sampai bersimpul mati
lidah aku nak
menyebut.
“And for
your information, Nuha. He’s
a former model
fashion,” ujar Atirah
sambil tersenyum lebar
dengan keningnya terjongket-jongket. Bahu
Nuha Qareena diraihnya
lalu digoncang. Patutlah
macam pernah nampak.
Bekas model rupanya.
Getus Nuha Qareena
dalam hati.
“Bertuah empunya
badan! Dahlah dia
minta nombor kau.
Ada can lah
nak masuk line.
Nampak sangat dia dah bagi green light,”
usik Atirah sambil
mencebik. Cemburu melihat
Nuha Qareena yang
asyik tersenyum-senyum. Namun
senyuman itu dilihatnya
semakin mengendur.
“Mana ada
lah, Atirah. Kau ni memandai
aje. Takde maknanya
dia nak sukakan
aku. Dia tu
pipit, aku ni
enggang. Mustahil akan
bersama,” ujar Nuha
Qareena sedikit perlahan.
Nadanya sedikit merendah
diri. Terdengar keluhan
kecil terbit daripada
bibirnya. Aku dengan
Tengku Avian? Jauh
panggang dari api.
Memang tak masuk
dek akal langsung!
“Mana kau
tahu dia tak
suka kat kau?
Kau ada tanya
dia ke? Cubalah
think positive sikit...
Nuha, hati manusia
kita tak boleh
nak jangka. Setahu
aku, lelaki ni
kalau dia minta
nombor handphone ke
apa maknanya dia
nak kenal dengan
lebih rapat. Maybe,
he wants to
get to know
you better. Who
knows?” ujar Atirah
penuh berharap. Entah
kenapa dia berasa
yakin bahawa lelaki
itu begitu sesuai
digandingkan dengan Nuha
Qareena.
“Or else...
dia jodoh kau
tak?” usik Atirah
sambil mengangkat kening
double jerk. Ketawa
Nuha Qareena tiba-tiba
meletus. Geli betul
hatinya dengan tekaan
tidak masuk akal
rakannya itu. Bahu
Atirah ditepuk perlahan.
“You know
what? That is
impossible... Please lah jangan bincang
lagi pasal perkara
tu. Aku dah
tak minat nak
tahu lagi dah.
I mean it...
Daripada share berita
tentang dia baik
aku cerita tentang hamster aku
kat rumah yang beranak dua
tu,” ujar Nuha
Qareena sambil tersengih
menampakkan barisan giginya
yang putih bersih.
Selama ini tak
pernah terlintas di
fikirannya mahu bermenantukan
anak orang kaya.
Lagipun sudah masuk
4 bulan lelaki
itu tak pernah
mahu menghubunginya. Mungkin
dia sudah menemukan
gadis yang jauh
lebih baik daripada
dirinya yang serba
kekurangan ini. Ataupun
lelaki itu mungkin
hanya mahu mempermainkan
perasaan gadis mentah
sepertinya.
Sehingga sekarang
memang tak dapat dinafikan dia
berasa sedikit kecewa.
Mungkin kerana terlalu
menaruh harapan yang
tinggi bahawa lelaki
itu akan menghubunginya. Namun,
dirinya sendiri tidak
ubah seperti pungguk
rindukan bulan apabila
apa yang diimpikan
memang jelas tidak
akan tercapai. Siapalah
dia nak digandingkan
dengan jejaka pujaan
ramai itu?
“Esok-esok kalau
betul kau kahwin
dengan dia, kau
siap! Memang frust
menonggeng perempuan lain
nanti,” getus Atirah
bernada usikan. Macamlah
dia tu ahli
nujum yang boleh
meramal masa depan
Nuha Qareena.
“Amboi, mulut
kau... Aku ribet
dengan rivetter nanti
baru kau tahu
langit tu tinggi
ke rendah. Dah
lah aku nak
balik. Malas nak
layan murai terlepas
ni,” ujar Nuha
Qareena geram. Hidung
mancung Atirah ditariknya.
Padan muka! Cakap
tak bertapis. Air
liur, tahi gigi
semua tersembur!
“Amin... amin...
ya rabbal alamin...”
jerit Atirah perlahan
walaupun dapat didengari
oleh orang yang
lain.

No comments:
Post a Comment