“Cantik
lagi rupanya aku.”
Bibir Datin Aisyah
mengulumkan senyuman sambil
memandang dirinya di
dalam cermin gergasi
biliknya itu. Pipinya
dicalit sedikit blusher
merah sambil matanya
yang bundar itu
dikenakan maskara tebal.
Rambutnya yang keperangan
diberi nafas baru
dengan sedikit berombak.
Dia tidak puas
melihat dirinya sendiri
di dalam cermin
dan begitu asyik
sehinggakan bunyi loceng
di tingkat bawah
tidak didengari.
“Kalau
setakat Tengku Avian tu, petik
jari aje.” Ujarnya
masih memandang ke
arah cermin tersebut.
Dress labuh paras
lutut itu dibetulkan
sedikit sebelum suara
pembantu rumahnya memecah
kesunyian.
“Ibu,
tetamunya udah sampai!”
jerit pembantu rumahnya
dari tingkat bawah.
Cepat-cepat Datin Aisyah
melangkah turun dari
tangga menuju ke
pintu utama. Kelibat
lelaki bernama Tengku
Avian menyapa pandangannya.
Senyuman menggoda terukir
lagi di bibir.
“Assalamualaikum,
Datin.” Ucap Tengku
Avian sambil membalas
senyuman wanita yang
sebaya mamanya itu
tawar tanpa gula. Cuma yang
bezanya Datin Zulaikha
lebih berpakaian mengikut
syariat berbanding Datin
Aisyah yang lebih
gemar berpakaian sendat.
Tak ubah seperti
anaknya sendiri. Biasalah,
mak borek anak
rintik!
“Waalaikumsalam.
Tak payahlah nak
panggil datin. Mummy
kan lagi sesuai.
Jemputlah masuk, Avian.”
Tutur Datin Aisyah
masih tidak lekang
dengan senyuman menggodanya.
Mummy pun mummylah.
Jangan dia suruh
panggil darling sudah!
Detik hati Tengku
Avian sedikit kurang
selesa dengan pandangan
wanita itu.
“It’s
okay, mummy. Dekat
luar ni pun
dah cukup.” Balas
Tengku Avian dengan
wajah yang bersalah.
Takut sekiranya wanita
itu terasa dengan
respon yang diberinya.
Lagipun, tak elok
duduk berdua dalam
satu rumah. Lebih-lebih
lagi kalau Dato’
Adam pun ada
sekali. Dia sendiri
pun pelik kenapa
wanita itu tiba-tiba
sahaja ingin mengajaknya
datang ke rumah.
Tiada angin tiada
ribut, wanita itu
mahu menghadiahkan sesuatu
untuknya. Sebab apa
dia sendiri kurang
pasti.
“Sebenarnya
benda apa yang
mummy nak bagi?”
tutur Tengku Avian
tidak mahu membuang
masa di rumah
tersebut. Sedaya upaya
dia menyembunyikan riak
wajah kurang senang
itu daripada pengetahuan
Datin Aisyah.
“Masuklah
dulu, Avian. Please...
Temankan mummy minum
air kejap, ya.”
Pujuk Datin Aisyah
dengan muka simpati.
Tengku Avian sudah
tidak keruan. Dia
berasa dilema sama
ada mahu menurutinya
ataupun tidak. Tetapi
melihatkan keikhlasan wanita
tua itu akhirnya
dia mengalah jua.
Perlahan-lahan dia menuju
ke arah ruang
tetamu lalu duduk di sofa.
Datin Aisyah sudah
kembali dengan senyumannya
tetapi bukan dengan
senyuman menggoda lagi
bahkan senyuman kejahatan
yang penuh dengan
makna tersirat.
“Avian
jangan risau. Dalam
rumah ni tak
ada sesiapa. Dato’ Adam outstation
kat China. Just
me and my
maid in this
house. Raihanah pun
keluar dari pagi
tadi.” Tutur Datin
Aisyah seraya menuang
air Ribena ke
dalam gelas di
atas meja. Wajah
Tengku Avian dikerling
sekilas. Sekali kau
masuk rumah ni,
kau takkan dapat
keluar lagi, Avian.
Detik hatinya jahat.
Tengku Avian mengerutkan
dahi. Patutlah... Dato’
Adam tak ada
kat rumah rupanya.
Patutlah berani dia
ajak aku masuk
rumah. Eh, tadi
tak silap kereta
BMW si mak
lampir tu ada
kat luar. Hmm, mungkin dia
tumpang kereta kawan
dia lah agaknya.
Tengku Avian sudah
berasa tidak sedap
hati.
“Memanglah
tak ada sapa-sapa
kat dalam rumah
ni. Tapi, Allah
tahu mummy.” Tingkah
Tengku Avian seraya
memandang sekitar ruang
tamu mewah tersebut.
Datin Aisyah masih
tenang seperti tadi.
Pernyataan yang diberikan
oleh lelaki itu
tidak langsung menimbulkan
rasa takut malah
aura kejahatan semakin
timbul di sekelilingnya. Nafsu
jahatnya telah menguasai
fikirannya untuk melakukan
sesuatu di luar
jangkaan Tengku Avian.
“Avian,
mummy tahu Avian
sukakan Raihanah. Anak
mummy tu pun
menaruh perasaan yang
sama macam Avian.
Why don’t you
two spend more
time together?” Datin
Aisyah sudah kembali
dengan niatnya yang
sebenar. Dia tidak
mahu anaknya melepaskan
peluang yang sudah
ada di depan
mata ini. Tengku
Avian tidak dapat
menangkap maksud sebenar
wanita itu.
“Maksud mummy?” soal Tengku
Avian dengan wajah
yang bingung.
“Yelah,
you two kan
dah bertunang. Bertunang
maksudnya Avian mesti
selalu luangkan masa bersama-sama Raihanah.
Just you and
her, no one
else. Raihanah pun
masih setia menunggu
Avian selama ni.
Kenapa Avian masih
mahu memilih kaca
daripada permata?” Wajah
sugul lelaki itu
dikerling sekilas.
Perempuan
tidak tahu diuntung
itu memang tak
patut! Berani dia
masuk campur hubungan
cinta anaknya yang
sedang berputik dengan
lelaki itu. Tahulah
macam mana hidup
kau kalau kau
cuba-cuba mahu menghancurkan
kebahagiaan Raihanah. Tutur
hatinya penuh rasa
amarah. Nafasnya turun
naik bila memikirkan
tentang Nuha Qareena.
Sememangnya dia menyuruh
anaknya mengupah pengintip
untuk mengintip tunangnya
dan perempuan kolot
itu. Matanya terarah
kepada minuman Ribena
yang penuh bahan
mengkhayalkan tersebut. Selepas
melihat Tengku Avian
masih tidak memberikan
respon, Datin Aisyah
kemudiannya berdehem.
“Minumlah,
Avian. Jangan malu-malu.
Air Ribena aje,”
jemput Datin Aisyah
dengan perasaan yang
tidak sabar. Tingkah
laku lelaki itu
ditatapnya.
“Minum
sekali mummy.” Ujar
Tengku Avian lalu
meneguk air Ribena
yang disediakan.
“Tak
apa, minumlah dulu.”
Dengan
sekali teguk sahaja,
terus gelas itu
menjadi kosong. Ni
Ribena ke ubat?
Pahit macam apa
aje. Sesekali dia
tersedak selepas selesai
menghabiskan minuman tersebut.
Datin
Aisyah sudah tersenyum
lebar. Dia pasti
perangkapnya untuk mengenakan
Tengku Avian pada
malam ini sudah
berhasil. Lelaki itu nampaknya seperti
sudah hanyut dengan
bahan yang dimasukkan
ke dalam minuman
Ribena itu tadi.
Kemudian, muncul kelibat
Siti Raihanah dari
dapur. Langkahnya longlai
menuju ke arah
Datin Aisyah. Tengku
Avian yang sudah
tersandar di sofa
itu dikerling sekilas.
Senyuman jahat mula
terukir di bibirnya.
“This is for
you, dear.” Bisik
Datin Aisyah seraya
bangun lalu mengusap
kepala anaknya itu.
Kalau Tengku Avian
sanggup buat apa
sahaja demi perempuan
tu, aku pun
boleh buat apa
sahaja demi anak
aku. Tuturnya puas dalam hati.
“Jom
teman I naik
atas, Avian?” pinta
Siti Raihanah dengan
senyuman manis. Ini
semua sememangnya rancangan
dan idea daripada
dirinya sendiri. Bengkak
terasa hatinya melihat
kemesraan yang berlaku
di antara Tengku
Avian dan Nuha Qareena. Lebih-lebih
lagi perempuan kolot
itu sudah mula
berbaik-baik dengan Stilleto
Princess. Nampaknya dia jauh lebih
hebat tarikannya daripada
apa yang dijangkakan.
Sekarang sudah tiba
masanya Tengku Avian
menjadi hak miliknya
seorang. The game
just begin, Nuha
Qareena.
“Sorry
Raihanah. I kena
balik dah petang
sangat ni,” tolak
Tengku Avian seraya
berjalan seperti orang
mabuk ke arah
pintu hadapan. Riak
wajah Siti Raihanah
mula berubah. Dia
menggigit bibir kecewa
dengan penolakan lelaki
itu.
“Alaa...
temankanlah. Kejap aje.
Lagipun I tak
ada teman malam
ni.” Pujuk Siti
Raihanah lembut. Tengku
Avian mengeluh perlahan
sambil melihat keadaan
di sekeliling rumah.
“I kat mana
ni, hah?”
“You kat rumah
I lah. Jomlah
kita naik atas,”
pinta Siti Raihanah
lagi. Belum sempat
Tengku Avian mahu
membalas, wanita itu
sudah menarik tangannya
menuju ke tingkat
atas.
“Raihanah,
I...” Dengan selamba
kedua-kedua tangannya diletakkan
ke pinggang wanita
itu. Tengku Avian
menjadi terkedu buat
seketika. Tidak pernah
sekalipun dia berada
sebegitu rapat dengan
mana-mana wanita sebelum
ini walaupun dia
pernah melalui zaman
jahiliahnya dahulu. Clubbing-clubbing juga tapi anak dara
orang dia tidak
berani sentuh. Tidak
sebelum adanya sebarang
ikatan yang sah. Itu
prinsip yang dipegangnya
sehingga ke hari
ini.
Wanita di
hadapannya itu seakan-akan
mahu menggodanya dengan
merapatkan lagi tubuh
badan. Jari-jemarinya yang
runcing sudah menyentuh
kulit mukanya. Siti
Raihanah yang mula
perasan Tengku Avian
sudah mula hanyut
dan tergoda dengan
dirinya itu lantas
merangkul leher lelaki
tersebut. Matanya merenung
lama ke arah
Tengku Avian yang
nampak begitu kacak
dengan kemeja birunya
itu.
“You’ll be
enjoy tonight.” Bisik
Siti Raihanah ke
telinga Tengku Avian.
Tengku Avian seakan-akan
terpukau melihat wanita
yang sedang merenungnya
itu. Dia mula
mempamerkan senyuman. Tidak
sampai beberapa minit,
bahan mengkhayalkan itu
meresap ke dalam
urat saraf di
dalam tubuhnya. Tengku
Avian sudah mula
melupakan segala-galanya.
Siti Raihanah
sudah tersenyum bahagia.
Bunyi loceng
dari tingkat bawah
mengejutkan mereka berdua.
Mereka tiba lebih
awal daripada yang
aku jangkakan. Bagus!
Cepat-cepat Siti Raihanah
melangkah keluar dari
bilik lalu membuka
pintu hadapan. Bibirnya
masih lagi tidak
lekang dengan senyuman
penuh makna apabila
melihat beberapa orang
pegawai JAIS yang
sudah berdiri di
depan muka pintu.
“Kami dari
Jabatan Agama Islam
Selangor. Boleh tak
kami mahu periksa
rumah cik? Sebab
kami dapat aduan
yang mengatakan cik
bawa seorang lelaki
masuk ke dalam
rumah.” Lancar pegawai
JAIS itu mengatakannya. Kemudian,
Siti Raihanah pura-pura
menjalankan watak seterusnya
yang sudah dirancang
oleh mummynya itu.
“Emm... encik
salah rumah agaknya.
Kat rumah saya
tinggal dengan mak
saya aje.” Siti Raihanah
sengaja menampakkan dirinya
resah gelisah untuk
menjayakan wataknya itu.
Sesekali tingkat atas
dikerling sekilas. Sedaya
upaya dia cuba
menghalau para pegawai
tersebut dengan menutup
kembali pintu.
“Cik, izinkan
kami periksa dahulu
sekitar rumah cik.
Kalau tiada apa-apa
yang mencurigakan kami
akan tarik balik
aduan. Bagi kami
lihat dahulu buktinya
sama ada benar
ataupun palsu.” Pegawai
berbadan tegap tersebut
terus menolak semula
pintu yang hendak
ditutup oleh wanita
itu. Melihatkan reaksi
Siti Raihanah yang
seperti cacing kepanasan
itu sudah jelas
menunjukkan bahawa dia
telah melakukan sesuatu
yang tidak elok.
Tanpa berlengah, para
pegawai tersebut terus menyerbu seluruh
isi di dalam
rumah mewah tersebut.
“Encik, tolonglah
jangan buat macam
ni. Aduan tu
semua tipu semata-mata.”
Siti Raihanah yang
nampak mereka sudah
naik ke tingkat
atas semakin lebar
senyumannya sampai ke telinga.
Akhirnya kau akan
menjadi milik aku
juga, Avian. Milik
aku. Kakinya berlari
mendaki ke tingkat
atas. Datin Aisyah
sudah pun berada
di tempat lain
berdasarkan perjanjian mereka
sebelum ini. Sememangnya
hanya dia dan
Tengku Avian sahaja
yang berada di
dalam rumah agam
tersebut.
“Kan saya
dah kata tak...”
kata-katanya terhenti apabila
melihat tiada seorang
pun di dalam
biliknya itu. Siti
Raihanah menjadi pelik.
Bilik tidurnya yang
3 kali ganda
lebih besar itu diperhati sebelum
tingkapnya yang sudah
terbuka luas menarik
perhatiannya. Dia sudah
gelabah. Wajahnya sudah
bertukar pucat. Alamak!
Avian dah terjun
keluar tingkap? Hish,
macam mana pula ni? Habis rosak
plan aku! Kurang
ajar kau, Avian!
Bisik hatinya.
......................................................................................................................................................
Tengku Avian
memegang kepalanya yang
terasa seperti berpusing-pusing. Terasa
high semacam. Dia
tidak tahu hendak
ke mana. Seperti
orang yang tiada
hala tuju dia
membiarkan kakinya membawa
ke mana dia
akan pergi. Pergerakannya
tak ubah seperti
ala-ala kelasi mabuk
laut atas kapal.
Ramuan yang diletakkan
di dalam minuman
tersebut betul-betul membuatkan
lelaki itu hilang
kawalan diri. Kakinya
yang sakit disebabkan
terjun dari tingkat
atas tadi begitu
menyusahkannya untuk bergerak.
Tanpa disedari, kakinya
tiba-tiba terlanggar sebuah
objek lalu jatuh
terjelepok Tengku Avian di situ.
“Argghh!” getus
Tengku Avian geram.
Giginya diketap menahan
sakit. Entah apalah
yang dilanggarnya ini.
Gelap dan terasa
macam... melayang?
Baru sahaja
dia mahu bangun
dari jatuhnya, satu
cahaya lampu dari
sebuah bilik sebuah
rumah teres berdekatan
menarik perhatiannya. Dengan
sepenuh kudrat yang
masih ada, Tengku
Avian perlahan-lahan bangun
lalu menuju ke
rumah tersebut. Dia
mengeluh perlahan. Badannya
betul-betul terasa sakit.
Mungkin disebabkan jatuh
dari tingkat atas
tadi ataupun side
effect bahan mengkhayalkan
tersebut. Kepalanya pun
sudah sakit tidak
terkira. Dia sudah
malas mahu memikirkan
itu semua. Dia
hanya mahu berehat
memandangkan keadaan dirinya
yang terkena spiked
ketika itu.
Tingkap bilik
yang terbuka luas
itu didekatinya. Dahlah
tak ada grill
besi boleh lagi
bukak tingkap besar-besar
malam macam ni?
Memang nak cari
bala betullah! Tutur
hatinya selamba. Dengan
berhati-hati dia memanjat
tingkap yang sudah
terbuka itu. Memang
cukup muat untuk
lelaki bersaiz dewasa
untuk mencuri masuk.
Tengku Avian yang
sudah berada di
dalam bilik serba
gelap itu sudah
meliar mencari satu-satunya
katil ataupun apa-apa
sahaja untuk dibuat
tidur.
Hanya lampu
tidur sahaja yang
membantunya melihat sedikit
di dalam kegelapan.
Rilakkuma bersaiz besar
yang sudah jatuh
di bawah katil
dicapainya. Baru sahaja
dia hendak membaringkan
tubuhnya di atas
katil bersaiz queen
itu, kelibat seseorang
yang sedang tidur
sedikit mengejutkannya. Jantung
Tengku Avian berhenti
berdegup. Perempuan ni
aku macam pernah
nampak aje? Lelaki
itu menggosok-gosok matanya.
Ya, memang aku
pernah nampak tapi
kat mana?
Tubuh yang
memakai pijama bercorak
rilakkuma itu direnungnya
lama. Lengannya yang
putih melepak itu
membuatkan Tengku Avian
tertelan air liur.
Rambutnya yang panjang
paras pinggang itu
sekali lagi mengocak
naluri lelakinya. Nafasnya
pula sudah tidak
menentu ritma apabila
terpandangkan wajah milik
gadis itu.
Tangan spontan sahaja mahu menyelak
rambut gadis itu
tetapi serta-merta dihentikan. Otaknya walaupun
masih kurang waras
namun ia masih
menidakkannya. Dia memandang
lama ke arah
tubuh itu
sebelum membaringkan tubuhnya
di sebelah. Patung
rilakkuma dipeluk erat
sebelum dia memejamkan
matanya.