Nuha Qareena
sibuk memasukkan baju-bajunya
ke dalam beg bagasi yang
diletakkan di atas
katil. Setelah selesai,
dia terus menutup
pintu biliknya lalu mengambil sekeping
roti yang disediakan
Hajah Esyah di
atas meja. Milo
panas dihirup rakus
tidak sedar air
milo tersebut menitis
di atas tudungnya.
“Mak, Nuha
pergi dulu! Dah
lambat ni!” Bagasi
ditarik seraya tangan
dan pipi Hajah Esyah dicium. Langkahnya
kelam-kabut membuka pintu
seraya tidak menghiraukan
pandangan kurang senang
Hajah Esyah. Wanita
itu hanya menggelengkan
kepala melihat perlakuan
anak daranya yang
seorang itu.
“Baik-baik jalan
tu! Ada masa
datang jenguk mak lagi!” Budak
ni dah tahu
UIA tu jauh
boleh lagi bangun
lambat. Kan dah
jadi satu hal,
kelam-kabut semacam. Hai...
apa nak jadilah
budak zaman sekarang.
Keluh Hajah Esyah sambil menyambung semula
kerjanya.
“Mana pula
kereta aku ni?
Semalam aku parking
kat mana eh?
Teruklah aku kalau
lambat pergi kelas
hari ni. Haduyai...”
Mata Nuha Qareena
meliar mencari kereta
berwarna hijau tersebut.
Padan muka! Siapa suruh
semalam kau balik
lewat, parking jauh
pula tu. Dah
tu boleh pula
lupa! Dah macam
mak nenek lah
kau ni, Nuha!
Getus hatinya geram.
Jam tangan di
belek seraya kaki
terkejar-kejar mencari kereta.
Setelah puas mencari,
baru dia terperasan
akan keretanya di
seberang jalan.
“Lah, aku
parking kat situ
rupanya. Hish, kenapalah
jauh sangat... Menyusahkan
hidup betullah!” Dengan
seluruh tenaga Nuha
Qareena mempercepatkan langkahnya
untuk melintas jalan
raya yang sedang
sibuk itu. Tiba-tiba,
lampu isyarat bertukar
merah lalu sebuah
kereta mewah Bugatti
Veyron berhenti di
hadapannya. Hampir terjatuh
beg bagasi yang
berisi baju yang
dipegangnya itu. Perlahan-lahan dadanya
diurut kerana terkejut.
Hish, kereta ni
pun satu. Kenapalah
tiba-tiba berhenti mengejut
macam ni. Buat
orang sakit jantung
sahajalah. Keluhan demi
keluhan dilepaskan. Tanpa
disedari, tingkap kereta
mewah di bahagian
belakang tersebut turun
menampakkan wajah seorang
lelaki muda umur
dalam linkungan 26 tahun. Lelaki
itu lantas keluar
dari perut kereta.
Tengku Avian!
“Sudah, macam
mana pula mamat
ni ada kat
sini?” Ucap bibirnya
seraya memandang ke
arah lelaki di
dalam kereta tersebut.
Beg bagasi di
tangan dipegang erat.
“Oh, awak
rupanya. Kebetulan pula
kita jumpa dekat
sini, ya.” Ujar
Tengku Avian sambil
bersandar di tepi
keretanya. Kedua-dua tangannya
diseluk ke dalam
poket. Matanya turun
naik atas bawah.
Kenapa sakai sangat
tudung yang dia
pakai ni? Macam
baru lepas kena
kejar dengan anjing
aje. Detik hati
Tengku Avian sambil
memandang keadaan tudung
Nuha Qareena yang
senget-benget.
“Memanglah kebetulan...
Dah orang tu
berhenti tiba-tiba depan
orang nak melintas
ni kenapa? Karang
saya mati kena
langgar kereta awak
ni nanti siapa
yang susah. Awak
juga yang susah
kan? Dahlah mak
saya tu teringin
sangat nak tengok
anak dia naik
pelamin. Kalau saya
mati nanti hancurlah
impian dia.” Nuha
Qareena sedikit tidak
selesa apabila direnung
sebegitu. Ada apa-apa
tak kena ke
dengan muka aku?
Tangannya serta-merta memegang
ke sekitar wajah
bagi memastikan tiada
sebarang objek pun
yang melekat di wajah mulusnya
itu.
“Anything else,
cik Nuha Qareena?”
Tengku Avian mengangkat
muka memandang gadis
di hadapannya itu. Hai... sarkastikus
punya nada tu,
Avian. Tikus sarkas
pun tak bunyi
macam tu. Sepatah
aku cakap, berpatah-patah dia
cakap. Mulut macam
mak nenek betul!
“Well, what
do we have
here?” Soal Tengku
Avian seraya matanya
melirik ke arah
tudung gadis itu.
Lelaki itu lantas
menghampirinya lalu memegang
kain tudung yang
kotor tersebut. Sangat
hampir sehingga membolehkan
bau minyak wangi
Ralph Lauren menusuk
hidung Nuha Qareena.
Gadis itu
tergamam.
“Is this
some kind of...
chocolate?” Tekanya selamba
tidak menyedari muka Nuha Qareena
yang sudah merah
padam dengan perbuatannya
itu. Perlahan-lahan matanya
terarah kepada kain
tudung yang kotor
tersebut. Memang air milo
pun! Buat malu
jelah aku ni.
Itulah kau, minum
lagi macam jantan.
“What’s with
these bags? Baru
nak gerak pergi kuliah ke?”
sindir Tengku Avian sambil matanya
meliar melihat beg
bagasi yang dibawa
oleh gadis itu.
Patutlah muka pun
macam orang baru
berlari 2 pusingan
padang sekolah. Dah
lewat datang kuliah
lah tu!
“And you? Dua kali
lima je dengan
saya kan?” soal
Nuha Qareena semula.
Cuba menyembunyikan rasa
gementar apabila lelaki
itu berjaya mengetahui
masalahnya.
“Yes, but
my meeting will
be held soon...
around eleven.” Jawab
Tengku Avian sambil tersenyum
merenung wajah Nuha
Qareena yang seperti
tidak puas hati
terhadapnya. Aku tak
biasa betul lah
dengan perempuan macam
ni. Ada sahaja
yang hendak dijawabnya.
“Oh, kalau
macam tu saya
pergi dulu.” Nuha
Qareena segera meninggalkan
Tengku Avian yang
masih berdiri di
situ. Baik aku
pergi sebelum aku
malukan diri aku
sendiri lagi.
“Hei, nanti
kejap!” teriak Tengku
Avian selepas gadis
itu berlari ke
arah keretanya yang
berada di seberang
jalan. Nuha Qareena
tidak mahu berpaling
ke belakang.
“Masuklah!” pelawa
Tengku Avian sambil
membuka pintu keretanya.
Nuha Qareena hanya
mengerutkan dahi. Dia
nak ajak aku
naik kereta mahal
tu ke? Aku
salah dengar tak?
“Hah?” soal
Nuha Qareena sedikit
pelik.
“Saya nak
hantar awak pergi
ke kuliah. Masuk
jelah!” Tengku Avian
menghampirinya lalu menarik
lengan baju gadis
itu ke arah
kereta. Degil lah
pula budak ni.
Aku nak hantar
pergi kuliah pun
nak jual mahal
ke?
“Eh, apa
ni?!” Nuha Qareena
begitu terkejut dengan
tindakan lelaki itu
lalu dengan spontan
tangannya tertumbuk muka Tengku Avian.
Terpempan lelaki itu dibuatnya. Riak
wajahnya yang sebentar
tadi bersahaja kini
sudah bertukar merah
padam menahan marah.
Budak ni kan
memang sengaja nak
naikkan darah aku. Dia tak
tahu ke yang
aku ni cepat
marah. Memang nak
kena ni! Getus
hatinya geram. Nuha
Qareena yang perasan
perubahan muka Tengku
Avian segera berlari
bagai tidak cukup
tanah meninggalkan lelaki
tersebut. Apa aku
dah buat ni?
Ya Allah tolonglah
aku!
“You’re so
dead!!” jerit Tengku
Avian seraya mengejar
gadis itu dari
belakang. Panas hatinya
apabila gadis itu
secara tiba-tiba melayangkan
penumbuk di mukanya
kemudian langsung tidak
meminta maaf. Memang
betul-betul cari nahas!
“Maakkk!!” teriak
Nuha Qareena sekuat
mungkin. Orang yang
sedang lalu-lalang memandang
pelik kepada dua
manusia tersebut. Ada
yang turut tergelak
melihat cara berlari
gadis itu yang
bagi mereka agak
unik. Pasangan yang
sedang bercinta barangkali.
“Hei, tunggu!!”
jerit Tengku Avian
sambil mengejar gadis
itu yang tidak
menunjukkan tanda-tanda mahu
berhenti. Laju gila pula
perempuan ni lari.
Macam nak tercabut
dah kaki aku!
Keluh Tengku Avian
dalam hati. Tiba-tiba
sebuah kereta Mercedes
berhenti betul-betul
di hadapan mereka.
Pintu dibuka lalu seorang wanita
keluar dari perut
kereta tersebut sambil
memegang sebatang kayu
besbol.
“Sorry sweetie.
Adik I memang
macam ni...” Anabella
melangkah laju menuju
ke arah Tengku
Avian seraya dipukulnya
tanpa belas kasihan.
Nuha Qareena melopong
melihat wanita jelita
itu muncul buat
kali kedua membantunya.
Siapa dia ni?
Adik? Kakak? Apa
yang sedang berlaku
sebenarnya ni?
“Arrghh!!” suara
Tengku Avian memecah
suasana waktu itu.
“Apa ni?!
Sakitlah woi!!” jerit
Tengku Avian sambil
mengelakkan diri daripada
pukulan yang tidak
berperikemanusiaan kakaknya itu.
Dia ni memang
tak bagi aku hidup senang
walaupun sekejap. Potong
line betul lah
kak Bella ni!
Anabella terus memukulnya
sehinggalah adiknya yang
seorang itu sudah
tidak berdaya lagi
untuk bangun.
“Apa masalah
akak ni?! Tiba-tiba
datang serang Avian?!
Sakit tahu tak
sakit!” getus Tengku
Avian tidak berpuas
hati. Anabella dijeling
tajam penuh sakit
hati. Apalah nasib
aku dapat kakak
kejam tidak berhati
perut macam ni.
Aduh, sakit! Perutnya
dipegang. Terasa seperti
dicucuk-cucuk dengan pisau
belati.
“Kakak?!” Nuha
Qareena terpana apabila
mendengarnya. Rupa-rupanya wanita
jelita itu merupakan
kakak kepada Tengku
Avian. Wajah Tengku
Avian dan Anabella
dipandang silih berganti.
Tiba-tiba diri terasa
begitu kecil berdiri
diantara anak-anak Tengku
Zarif. Siapa tak
kenal Anabella? Dia sememangnya model
berbakat tinggi yang terkenal di
seluruh dunia. Dia
banyak menjadi duta
untuk syarikat-syarikat yang
berjenama terkenal dan
stail fesyennya sentiasa
menjadi ikutan para
wanita yang ingin
berketrampilan anggun sepertinya.
Manakala, siapa yang
tidak mengenali Tengku
Avian. Lelaki itu
merupakan CEO empayar
perniagaan keluarganya iaitu Bestari Holdings
yang menjadi tunggak
dan tulang belakang
dalam membangunkan negara
Malaysia sebagai negara
yang dapat berdiri
setanding negara yang
lain. Malah dia
juga hadir dalam mempunyai pakej
lengkap lelaki idaman
bagi setiap wanita.
Tengku Avian memang
sentiasa tampil segak
dan menarik dalam
penampilannya. Dan Nuha
Qareena adalah salah
seorang daripada mereka.
“Hi Qarie!
Nice meeting you.
Nama I Anabella,
kakak Avian.” Anabella
tersenyum seraya menghulurkan
tangan. Rambut lurusnya
dikuak ke belakang
menyerlahkan lagi keayuannya
sebagai seorang model.
Kulit wajahnya bersih
dan cerah tanpa
cacat cela dan
beliau sememangnya seorang
yang jelita. Lebih
jelita daripada yang
selalu ditontonnya di
kaca televisyen. Nuha
Qareena seperti separuh
sedar mengagumi kecantikan
wanita yang masih
menghulurkan tangan tidak
berjabat di hadapannya
itu.
“Her name
is Nuha Qareena!
Not Qarie.” Sampuk
Tengku Avian seraya
bangun daripada pembaringannya. Badannya
terasa sengal-sengal kerana
pukulan tadi. Muka
Nuha Qareena yang
seperti orang berkhayal
itu direnungnya geram.
Mentang-mentanglah ada kakak
aku, kau boleh
lepas. Jaga kau!
“Qarie’s not
bad ey? Mari I hantarkan
you pergi kuliah.
Nampak macam dah
lambat betul ni.”
Ujarnya sambil membuka
pintu Mercedesnya untuk
gadis itu. Tengku
Avian yang masih
berdiri di suatu
sudut dijelingnya. Perangai
tak pernah nak berubah! Avian...
Avian...
“Sudah lah
tu Avian. Kat
office tu banyak
lagi benda penting
yang perlu diuruskan.
Biar akak sahaja
yang hantar Qarie,
ya.” Anabella hanya
tersenyum sambil mengelengkan
kepala memandang cara
adiknya itu merenung
Nuha Qareena. Seperti
sedang memahami apa
yang terbuku di hati lelaki
itu. Tidak sampai
2 minit, kereta
Mercedes tersebut hilang
dari pandangan.
“Nuha dengan
Anabella ke tu?
Eh, biar betul
mata aku ni.”
“Fuyoo, naik
kereta dengan artis
tu. Untungnya...”
“Hish, jealous
betul lah! Kenapa
dia pula yang
dapat duduk sekali
dengan Anabella. Bukannya
cantik sangat pun.”
Kereta Mercedes
tersebut berhenti di
perkarangan UIA. Nuha
Qareena cepat-cepat keluar
daripada kereta mewah
itu lantas mengambil
beg bagasinya di
bahagian belakang kereta.
Risau lah pula
sekiranya rakan sekuliahnya
nampak perkara yang
tidak dijangka-jangka seperti
ini. Sudah menjadi
satu hal pula
nanti dia hendak
menjelaskan kepada semua
orang.
“Qarie, you
boleh contact I
bila-bila masa aje
okey? InsyaAllah I akan datang
dengan secepat yang
mungkin.” Anabella sempat
menghulurkan sekeping kad
kepada gadis itu. Nuha
Qareena hanya mengangguk
lalu mengambil kad
tersebut. Naik juling
matanya melihat perkataan
yang tertera di
atas kad tersebut.
“London?” Wajah
Anabella dipandang hairan
seperti meminta kepastian.
Anabella hanya ketawa
melihat muka naif
gadis di hadapannya
itu.
“Well, if
I receive a
message from you,
I’ll fly here
quickly with my
private jet.” Anabella
membuka pintu keretanya
lalu masuk ke
dalam perut kereta.
Senyuman masih tidak
lekang daripada bibirnya.
“I’ll be
staying in Malaysia
for a while
so, let’s get
together and eat
while I’m here
okay?” ujarnya lagi
sambil memandang tepat
ke wajah Nuha
Qareena. Kulit wajahnya
putih kemerah-merahan. Matanya
yang berwarna hazel
itu begitu memikat
sesiapa sahaja yang
memandangnya. No wonder
lah Avian tiba-tiba
berperangai macam ni.
“Kenapa you
buat semua ni?”
Soal Nuha Qareena
sedikit berhati-hati. Kejadian
pukul tadi betul-betul
membuatkan dia berjaga-jaga
semasa bercakap dengan
wanita itu. Silap
hari bulan dia
pula yang menjadi
mangsa seterusnya.
“Sebab tadi
Avian tu macam
nak buat masalah
lagi. Jadi, I
tolonglah selesaikan masalah
antara korang berdua.
I wonder if
that boy is falling for
you lah, Qarie.”
Ucap Anabella sambil
mengukir senyuman penuh
makna. Belum sesuai
masanya lagi untuk
menceritakan segala-galanya. Biarlah
mereka berdua melayari
bahtera dan pahit
getir pengorbanan dalam
mencari kebahagiaan mereka
sendiri.
“Sorry?” Nuha
Qareena kehairanan dengan
apa yang diperkatakan
oleh wanita itu
tadi tetapi sempat
dipotong oleh Anabella.
Terlepas cakap lah
pula! Detik hatinya.
“See ya.
Jangan lupa contact
lepas ni!” Kereta
Mercedes tersebut meluncur
laju meninggalkan perkarangan
UIA. Nuha Qareena
terasa bagaikan bermimpi.
Pipinya ditepuk berkali-kali
lalu dicubit dengan
kuat.
“Auch! Aku
bukan bermimpi rupanya.”
Hanya itu yang
mampu diucapkan Nuha
Qareena buat masa kini. Perlahan-lahan dia
melangkah memasuki Blok Puteri tanpa
menyedari ada sepasang
mata sedang memerhatinya
di sebalik semak.
No comments:
Post a Comment