Tengku
Avian duduk bersendirian
di sebuah bangku.
Dia seperti biasa
dengan kemeja merahnya
yang disesuaikan dengan
seluar jeans hitam
yang sudah pun
basah lencun dibasahi
air hujan. Tidak
lupa juga cermin
mata hitam yang
dipakainya kerana silau
daripada matahari yang telah pun dilindungi oleh
awan mendung. Jam
sudah menunjukkan 5.15
minit petang tetapi
batang hidung Nuha
Qareena masih belum
muncul lagi. Rambut
perangnya diraup ke
belakang sambil melepaskan
keluhan berat. Kelibat
orang yang berjoging
dan bersiar-siar di
sekeliling taman tersebut
sudah tiada berbanding
pukul 2 petang
tadi.
“Perempuan
ni memang nak kena dengan
aku.” Tanpa sedar bibir Tengku
Avian mengucapnya. Sungguh
dia terasa seperti
mahu mematah-matahkan tulang
gadis itu. Kalaulah
aku jumpa dia
esok siaplah aku
sekeh-sekeh kepala dia
sampai koma. Ingat
aku ni apa? Tunggul kayu
dok menunggu dia
dari petang tadi? Seluruh tubuhnya
sudah menggigil menahan
sejuk yang seperti
mencucuk-cucuk tulang. Tangannya
seakan-akan beku tidak
mampu digerakkan. Perlahan-lahan dia
bangun lalu berjalan
menghala ke arah Bugatti Veyronnya
yang berada di tempat parking.
Kelibat hitam yang
sedang berlari-lari anak
ke arahnya dengan
membawa payung menarik
perhatiannya. Serta-merta dia
mengangkat muka melihat
siapakah gerangan manusia yang
berhenti secara tiba-tiba
di hadapannya itu.
Perasaan
Nuha Qareena bercampur-baur. Bibirnya
diketap kehairanan dan
perasaan bersalah semakin
menyelubungi dirinya. Tidak
mungkin lelaki itu
betul-betul mengajaknya keluar
tapi... Siapa pula
yang berada di
hadapannya kini? Takkanlah
hantu jelmaan Tengku
Avian kot? Kepalanya
digeleng beberapa kali. Kasihan pula
aku tengok mamat
ni. Ini semua
salah salah aku,
kalaulah aku datang
tadi mesti semua
ni takkan terjadi.
Tapi, bukan ke aku tak
confirm apa-apa lagi
dengan dia semalam?
“Baru datang? Kenapa
tak datang pukul
6 je terus.”
Terbit suara yang
kedengaran serak dari
mulut lelaki tersebut.
Langkahnya diteruskan menuju
ke arah Nuha
Qareena namun kakinya
terasa kejang tiba-tiba
menyebabkan Tengku Avian
mengerang kesakitan.
“Eh,
awak okay tak?
Hii, awak ni
kan... siapa suruh mandi hujan,
tengok kan dah
kejang kaki tu.”
Nuha Qareena cepat-cepat
datang memapah Tengku
Avian yang sudah
jatuh terduduk di
atas tanah itu.
“Hey
lady, if you
don’t have a
good reason. Seriously,
I’ll kill you!”
Suara Tengku Avian
itu membuatkan Nuha
Qareena sedikit tersentak.
Tengah sakit-sakit ni
boleh lagi nak
marah-marah? Senyum Nuha
Qareena dalam hati. Berkedut muka
yang handsome tu
karang baru tahu.
Nuha Qareena hanya
menyembunyikan gelaknya. Tidak
berani dia melepaskan
tawanya di hadapan
lelaki itu. Tak
pasal-pasal nanti dia pula
yang terkena.
“Tengku Avian, saya
tak confirm lagi pun saya
datang ke tak
kan? Dah kenapa
pula awak bersemangat
sangat nak jumpa
saya ni?” soal
Nuha Qareena mempertahankan dirinya.
Wahai mulut, kenapalah
kau terlepas cakap
pula ni? Kau
sendiri yang salah
buatlah cara orang
yang bersalah. Nuha
oh Nuha...
“Then,
why’re you here?
Baik sambung nyanyi
karaoke lagi best
kan?” Jawapan yang
diberikan lelaki itu
membuatkan Nuha Qareena
tertelan air liur.
Macam mana dia boleh tahu
aku pergi karaoke?
Adakah aku diintip?
Persoalan itu bermain
di minda gadis
itu tetapi cepat-cepat
dilupakannya. Sebenarnya Tengku
Avian sengaja mahu meneka. Tiba-tiba
sahaja perkataan karaoke
muncul di fikirannya.
Nuha Qareena terus
memapah lelaki itu
menuju ke sebuah
pusat pameran yang
tidak jauh dari
situ. Kebanyakan pengunjung
sudah pulang memandangkan
hari sudah semakin
gelap. Pusat pameran
itu juga berkemungkinan akan
tutup beberapa minit
lagi.
“Awak
nak minum apa?
Saya belanja,” Nuha
Qareena mendekati sebuah
vending machine yang
menjual variasi minuman
panas. Sekurang-kurangya dapatlah
dia berbudi sedikit
untuk lelaki itu
walaupun dengan belanja
minum minuman yang
murah sebagai tanda
minta maaf. Manalah
tahu Tengku Avian
tiba-tiba berubah fikiran
mahu memaafkan kesilapannya.
Namun sangkaannya jauh
meleset.
“Kalau
awak fikir belanja
air tu boleh
buatkan saya maafkan
awak, jangan nak
mimpilah,” sindir Tengku
Avian memandang geram gadis yang
sedang berdiri di
sebelahnya itu. Dahlah
muka handsome aku ni dia
bedal lepastu boleh
pula dia buat
aku ni tak
ubah macam tunggul.
Dah tu tak
reti pula nak
minta maaf kat orang yang
lebih tua 3
tahun daripada dia ni. Perempuan
pun sama ego
juga macam lelaki!
Tengku Avian hanya
mendiamkan diri memandang
suasana luar yang
masih tidak berhenti
hujan.
“Here.”
Hulur Nuha Qareena
secawan Nescafe panas
kepada Tengku Avian
yang masih memasamkan
muka. Dah macam
cencarut dah aku
tengok mamat ni.
Lelaki pun tahu
merajuk ke? Harap-haraplah aku
tak dapat suami
macam ni. Tapi
kan, comel pula
muka dia bila
buat macam tu.
Aduh, kau ni
Nuha kejap A,
kejap B, kejap
C.
“Air apa ni?”
Tanya Tengku Avian
teragak-agak mahu mengambilnya.
“Nescafe
lah,” Nuha Qareena
terus duduk di
sebelah lelaki itu
sambil menghirup minuman
panasnya.
“Thanks,”
ucap Tengku Avian
tidak memandang wajah
Nuha Qareena. Buruk
sangat ke muka
aku ni sampai dia
pandang pun tak
nak? Dah tu
Nescafe dia ambil
juga. Tadi aku
tengok macam ye
je tak nak
aku belanja. Hish,
sengaja betul lah
mamat ni! Selepas menghabiskan
minuman panas tersebut
Nuha Qareena terus
melangkah masuk ke
pusat pameran. Ketika
itu pameran yang sedang diadakan
adalah pameran alam
misteri yang mempamerkan
benda-benda yang menakutkan.
Sejak dibuka 2
hari yang lalu,
lebih 7000 orang pelawat yang
datang dari seluruh Malaysia
begitu teruja mahu
melihat dari dekat
bahan-bahan pameran tersebut.
Tetapi tidak bagi
Nuha Qareena. Sememangnya
pameran sebegini dia
jarang pergi disebabkan
dia seorang yang
agak penakut.
“This’s
freaking me out.”
Suara Tengku Avian
betul-betul menaikkan bulu
romanya. Dadanya dipegang
menahan rasa terkejut.
Kus semangat! Nasib
baik aku tak
ada penyakit lemah
jantung kalau tak
dah lama aku
kiok kat sini.
“Tengku
Avian, boleh tak
awak jangan terkejutkan
saya? Saya ni
muda lagi tau.
Karang saya meninggal
kat sini tak
sempat pula saya
nak kahwin nanti,
tahu tak?” Ujar
Nuha Qareena sambil
menggeletar menahan takutnya.
Lelaki
itu sudah tergelak
kecil mendengar pernyataan
gadis itu.
Nuha
Qareena mengelap peluhnya
yang sudah mula
menitik-nitik ketakutan menggunakan
kain panjang yang
berada di sebelahnya
tanpa sedar. Sebaik
sahaja dia selesai
mengelapnya ekor mata Nuha Qareena
terpandangkan beberapa helai
rambut hitam yang
panjangnya sehingga ke
pinggang. Maka, cepat-cepat
dia melepaskan kain
tersebut seraya mendongak
sedikit ke atas
memandang makhluk yang
kelihatan menyeringai tersebut.
“Oh mak kau
langsuir!!!” jerit Nuha
Qareena kuat sehingga
menyebabkan Tengku Avian
yang berada tidak jauh dari
situ bergegas lari mendapatkan gadis
itu.
“Mak,
tolong!!!” Suara Nuha
Qareena menyapa telinganya.
Dia mendapati gadis
itu betul-betul takut
sehingga mengalirkan air
mata berlari ke arahnya.
Lelaki itu pun
turut kelam-kabut melihat
kejadian sebegitu.
Nuha
Qareena sungguh terkejut
sehingga lengan Tengku
Avian turut dipeluknya
erat tanpa disedari.
Lelaki itu kemudiannya
mencari-cari di manakah
hantu langsuirnya dan
mendapati benda itu
hanyalah sebuah patung.
Tengku
Avian yang perasan
Nuha Qareena masih menggigil ketakutan
memegang lengannya itu
serta-merta melepaskan tawanya.
Geli pula hatinya
melihat perangai penakut
gadis itu. Tidak
tertahan rasanya melihat
muka separuh hilang
nyawa milik gadis
itu.
“Awak ni kan dah tahu
penakut boleh lagi
duduk jauh-jauh dari
saya. Kan dah
terserempak dengan hantu.
Tahu pun nak
jerit minta tolong,
ingatkan berani sangat
tadi. Awak ni
memang cute la,
Nuha.” usik Tengku
Avian masih dengan
sisa tawanya. Nuha
Qareena hanya membuat
muka simpati. Sungguh
dia terkejut dengan
hantu langsuir yang
disangka betul itu
tadi. Buat malu
satu keturunan aje
menjerit tak tentu
pasal. Dah lah
Tengku Avian pun
ada sekali. Aduyai.
“Awak
okey ke?” tanya
Tengku Avian dengan
wajah risau apabila
melihat wajah gadis
itu yang pucat lesi dan jelas terpancar
rasa takutnya. Nuha
Qareena pantas mengangguk
seraya melepaskan pegangannya
terhadap Tengku Avian.
Badannya tiba-tiba terasa
seram sejuk dan
mula berasa tidak
sedap badan seperti
mahu demam.
Tengku
Avian yang sedar
gadis itu hanya
mendiamkan diri sedari
tadi terus memimpinnya
menuju ke sebuah
kerusi panjang. Dia
hanya menggeleng melihat
Nuha Qareena. Tak
sangka pula sampai
begitu sekali teruk
jadinya hanya kerana
sebuah patung hantu
langsuir itu tadi.
Keletah gadis itu
tiba-tiba mengingatkan Tengku
Avian terhadap adiknya
Tahora Naqisyah yang
sudah meninggal dunia
2 bulan yang
lalu. Budak penakut.
Lebih kurang macam
adik aku je.
Rasanya muda dia
lagi daripada Tahora
Naqisyah. Desis Tengku
Avian dalam hati.
“Ya
Allah, demam ke?
Panas semacam dah
ni.” Serius kedengaran
suara Tengku Avian
menyapa telinga Nuha
Qareena. Dahi gadis
itu dipegang. Memang
betul panas. Takkanlah
tengok patung tu
pun sampai boleh
demam kot? Minah
ni lemah semangat
agaknya. Nuha Qareena
tidak menjawab bahkan
tubuhnya menggeletar tanpa
henti. Tiba-tiba lampu
di pusat pameran
tersebut terpadam dan
kedengaran guruh kilat
berbunyi kuat menyebabkan
Nuha Qareena terkejut
buat kali kedua.
“Mak!!!”
Kali ini bukan
lengan lelaki itu
yang dipeluknya tetapi
Tengku Avian yang
dipeluk oleh Nuha
Qareena. Tengku Avian
yang terkejut dengan
reaksi gadis itu
yang tiba-tiba hanya
tersenyum geli hati.
Nuha Qareena sendiri
tidak sedar akan
perbuatannya itu. Perlahan-lahan dia
meleraikan pelukan tersebut
sambil tertunduk malu
tidak memandang wajah
lelaki itu. Tengku
Avian masih dengan
senyuman yang tidak
lekang dari bibirnya.
“Sorry, tak
sengaja. Saya... se...
sebenarnya...” tutur Nuha
Qareena tergagap-gagap memikirkan
apa yang patut
diberitahu kepada lelaki
itu. Wajahnya masih
lagi tunduk memandang
lantai.
“Takpe,
awak duduk kat
sini dulu. Kejap
lagi saya datang
balik,” potong Tengku
Avian seraya meninggalkan
gadis itu berseorangan.
“Awak
nak pergi mana?”
soal Nuha Qareena
sedikit kurang selesa
ditinggalkan berseorangan di
dalam gelap. Lebih-lebih
lagi bahan pameran
yang berada di
hadapannya kini merupakan
hantu jenglot di
mana giginya tajam
dan matanya berwarna
merah terapung di
dalam kaca bahan
pameran. Hish, tu
patung ke atau
original? Kalau patung
takpelah juga tapi
kalau original mahu aku terkencing
kat sini nanti.
Wajah Tengku Avian
dipandang sayu meminta
simpati. Tolonglah jangan
tinggalkan aku kat
sini! Jerit Nuha
Qareena dalam hati.
Tengku Avian sebenarnya
mahu cepat-cepat mengejar
pengawal keselamatan yang
bertugas mengunci pintu
utama pusat pameran
tersebut. Mungkin dia
tidak perasan bahawa
masih ada orang
di dalam pusat
pameran ini. Namun,
pengawal keselamatan tersebut
nampaknya sudah menghilangkan
diri.
“Awak
tunggulah sekejap. Saya
nak check pintu
depan tu. Takut
boleh bukak ke.
Nanti bolehlah kita
balik. Tunggu kejap
eh,” Pujuk Tengku
Avian seraya pergi
ke arah pintu
utama tersebut. Pemegang
pintu tersebut digoncang
kuat tetapi tidak
terbuka juga. Ternyata
pengawal tersebut sudah
menguncinya dari luar.
Tengku Avian cuba
untuk menjerit meminta
tolong namun bunyi
hujan yang semakin
lebat menenggelamkan suaranya.
Nampaknya terpaksalah dia
bermalam di pusat
pameran ini buat
sementara waktu.
Mata
Nuha Qareena masih
menatap makhluk jenglot
yang terapung di
dalam kaca tersebut.
Matanya tidak lepas
sedari tadi. Takut
juga sekiranya makhluk
itu tiba-tiba hidup
kemudian datang menerkamnya.
Tak dapatlah nanti
dia menjadi ibu
kepada anak-anaknya. Tak
dapatlah dia menjadi
nenek kepada cucu-cicitnya
nanti. Wajah Tengku
Avian tiba-tiba muncul
di mindanya. Lelaki
itu sememangnya seorang
yang yang cukup
prihatin dan mengambil
berat terhadapnya. Kenapa
lah dia tu
baik sangat kat
aku? Dan tadi
dia kata aku
ni cute? Pergh,
biar betul! Aku
seorang je yang
perasan ke atau
mamat tu memang
macam tu? Badannya
masih lagi menggeletar
sedari tadi. Dalam
asyik memikirkan semua
itu Nuha Qareena
terus terlelap di
kerusi panjang tersebut.
Tengku Avian
yang sudah berputus
asa cuba membuka
pintu utama tersebut
terus melangkah semula
ke arah Nuha
Qareena yang sudah
terlena. Wajah gadis
comel itu dipandang
lama. Tercuit hatinya
apabila mengenangkan kejadian
yang berlaku sebentar
tadi. Dari adegan
hantu langsuir sehinggalah
adegan gadis itu
memeluknya. Seperti nak
tergelak aje bila
teringatkan balik. Mana
tidaknya tengah demam
pun boleh lagi
main peluk-peluk orang.
Ingat aku ni
apa? Teddy bear
busuk dia? Perlahan-lahan Tengku
Avian membuka butang
kemejanya lalu diselimutkan
tubuh gadis itu.
“Siapalah yang
tak sayang dengan
gadis macam awak
ni Nuha Qareena.
Sikap awak yang
kelakar tu pun
dah berjaya membuatkan
hati saya makin
suka kat awak.”
Bisik Tengku Avian
perlahan namun tidak
mungkin dapat didengari
oleh Nuha Qareena
yang sudah pun
dibuai mimpi indah.
Dengan penuh berhati-hati,
Tengku Avian baring
di sebuah lagi
kerusi panjang tidak
jauh dari situ.
Tidak sampai beberapa
minit kemudian kedua-duanya
sudah terlena di
alam mimpi masing-masing.
......................................................................................................................................................
Jam sudah
menunjukkan pukul 10
pagi. Selepas sahaja
berjaya melepaskan diri
dari pusat pameran
tersebut, Tengku Avian
sedaya upaya mahu
menghantarnya pulang ke
rumah. Walaupun ditegahnya , lelaki itu
tetap berkeras mahu
menghantarnya. Bak kata Tengku
Avian, bukan senang
hendak menjaga anak
dara orang. Nuha
Qareena sendiri berasa
tersentuh dengan sikap
prihatin lelaki itu.
Susah nak faham
perangai Tengku Avian
itu sebenarnya. Dia
boleh cepat melenting
dan pada waktu
yang sama juga
dia boleh menjadi
lelaki paling baik
di dunia.
Lagipun siapa
yang tak mahu
naik kereta mewah.
Sambil menyelam tu
kenalah minum air
jugak kan? Sekarang
ni Nuha Qareena
benar-benar buntu mahu
menjelaskan kepada ibu
bapanya. Dia sudah
seperti cacing kepanasan
menunggu di depan
rumah sejak tadi.
Kejap dia duduk,
kejap dia berdiri.
Kemudian gadis itu
mundar-mandir di depan
rumah itu tanpa
arah tujuan. Perutnya
kini sudah berbunyi.
Bayangkan sejak malam
semalam dia tidak
makan. Bila memikirkan
bau mee goreng
kegemarannya yang sedang
dimasak oleh maknya
di dapur membuatkan
langkah kakinya cepat-cepat
masuk ke dalam
rumah tanpa sedar.
Perasaan lapar betul-betul
menguasai segala-galanya.
“Hah, kaklong!
Semalam pergi mana?
Pagi baru nak
balik ni,” sergah
Hajah Haliza sambil
mengelap pinggan di
dapur. Haji Nordin
yang sedang leka
membaca surat khabar
serta-merta menghentikan pembacaannya.
Nuha Qareena hanya
tersengih menampakkan barisan
giginya yang putih.
Otaknya mula ligat
mencari idea.
“Eh, asal
diam je ni?
Satu rumah ni
dah risau pasal
kaklong dari semalam
tau. Call handphone
tak angkat. Tanya
dak Atirah tu
pun dia kata
kaklong hilang. Apa
yang dah jadi
semalam?” Bebel Haji
Nordin sambil memandang
wajah anak sulungnya
itu. Mentang-mentang dah
habis finals siang
dan malam tak
dapat nak bezakan
lagi.
“Emm... semalam
kaklong keluar jumpa
kawan kejap. Nak
tengok Tasha. Dia
sakit perut katanya.
Mungkin keracunan makanan.
Ingat nak tolong
bawa dia ke
klinik terus. Lagipun
semalam hujan lebat,
kan? Tu yang
dia ajak tidur
sekali.” Nuha Qareena
sempat mengerling sekilas
pada Hajah Haliza
yang sudah mengerutkan
dahi. Emaknya itu
bagaikan sedang memikirkan
sesuatu.
Jangan-jangan dia
tahu yang aku
tipu tak? Habislah
aku. Gerutunya di
dalam hati. Hajah
Haliza memandangnya tanpa
berkelip.
“Semalam tak
silap mak terjumpa
dia kat shopping
mall dengan Mak
Wah. Mak tengok
sihat aje dia.
Petang tu diorang
siap pergi senamrobik
lagi. Kan bang?”
Hajah Haliza tiba-tiba
bersuara. Suaminya hanya
mengangguk setuju. Masing-masing
memandang anak dara
mereka yang sudah
gelisah sungguh waktu itu. Setia
betul mak bapak
aku menunggu penjelasan
yang sebenarnya. Hish,
tak boleh jadi
ni. Detik hatinya.
Nuha Qareena serba
tidak kena. Sekejap
dia menggaru kepalanya
yang tidak gatal.
“Cakap betul-betul. Semalam kaklong
bukan pergi rumah
Tasha kan?” soal
Haji Nordin dengan
muka tegang. Nuha
Qareena sudah tidak
keruan dibuatnya. Takkan
nak cerita yang
aku tertidur dekat
pameran dengan Tengku
Avian? Kalau aku
cerita karang diorang
fikir benda lain
pula nanti. Walaupun
pada hakikatnya aku
dengan mamat tu
tak buat apa-apa
pun. Argghh! Goreng
ajelah.
“Ayah tanya
ni, kaklong pergi
mana semalam?” Gadis
itu menggigit bibir
seraya bergerak mendekati
Haji Nordin. Wajah
ayahnya dipandang sekilas.
“Semalam kaklong
tertidur dekat pusat
pameran kat Taman
Saujana. Masuk-masuk je dah terkunci.
Sebab tu kaklong
ingat nak tidur
situ aje, ayah.”
Lancar Nuha Qareena
menerangkannya. Hajah Haliza
dan suaminya sudah
terkejut mendengar jawapan
dari mulut anak
gadis mereka itu.
“Dah tahu
terkunci kenapa tak
reti nak call
rumah, long? Boleh
juga kitorang tolong
apa yang patut.
Ni tak, mak ayah nak
makan pun takde
selera tau asyik
memikirkan pasal kaklong.
Kaklong ni memanglah
sengaja je nak buat
mak ayah risau,”
bebel Hajah Haliza
sambil mencekak pinggang.
Wajahnya jelas menunjukkan
riak kerisauan.
“Alaa... mak.
Bateri handphone habis
lah masa tu.
Kalau tak, dah
lama dah kaklong
call. Bukan setakat
call rumah, balai
bomba depan ni
pun kaklong call
sekali tahu tak?”
balas Nuha Qareena
sudah kembali dengan
sikap keanak-anakannya. Hajah
Haliza sudah menggeleng
mendengarnya.
“Tidur? Eh,
berani pula kaklong
tidur dalam gelap.
Tak silap masa
tu tengah buat
pameran langsuir kan?”
ujar Haji Nordin
sambil mengerling sekilas
Nuha Qareena yang
sememangnya penakut sedari
kecil itu. Sengaja
mahu menyakat anaknya
itu.
“Hii... ayah!
Janganlah nak sebut-sebut
langsuir. Kaklong seramlah,
tahu tak? Macam lah
tak tahu kaklong
ni lemah semangat
benda-benda macam tu.
Kaklong tidur ada
temanlah. Sebab tulah
kurang sedikit takutnya.”
Sedar sahaja menyebutnya
Nuha Qareena cepat-cepat
menutup mulutnya yang
comel. Ah, sudah!
Ni yang tak
best ni. Tulah,
cakap macam machine
gun tak reti
nak berhenti. Padan
dengan muka aku.
Detik hatinya kesal.
Dia perasan bebola
mata mak dan
ayahnya sudah kembali
terarah kepadanya.
“Teman?
Siapa pula yang
temankan, long?” Hajah
Haliza sudah menggaru
dagu. Haji Nordin
sendiri masih terkebil-kebil mahu
mendengar penjelasan anaknya
itu.
“Kawan.” Nuha
Qareena menjawab sepatah.
“Kawan? Yang
mana satu?” soal
Haji Nordin pula
inginkan kepastian. Wajah
anak gadisnya itu
direnung. Masih tiada
jawapan. Tahap kesabarannya
sudah makin menipis
melihatkan Nuha Qareena
masih diam membisu.
Ni mesti bukan
kawan perempuan kalau
tak kenapa susah
sangat nak sebut?
Nuha Qareena sendiri
tidak berani mahu
menentang mata dengan
ayahnya itu.
“Kenapa susah
sangat nak cakap?
Kaklong tidur dengan
orang jantan ke?”
Keras kedengaran suara
Haji Nordin ketika
itu. Terperanjat Nuha
Qareena mendengarnya tetapi
dia bijak menyembunyikan perubahan
riak wajah. Hush,
agak-agak lah panggil
Tengku Avian aku
jantan pun. Eh,
tapi okay apa?
Jantan bunyi dia
macam macho sedikit.
Desis hatinya lucu.
Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.
Mak dan ayahnya
makin terkejut melihat
jawapan anak mereka
itu.
“Tapi kaklong
dengan dia tak
buat apa-apa pun.
Kitorang tidur jauh,
ayah. Kaklong tahu
dia takkan apa-apakan
kaklong. Lagipun dia terperangkap sekali
dalam pusat pameran
tu. Dah takde
tempat lain lagi
dia nak tidur.”
Panjang lebar Nuha
Qareena menjelaskannya. Wajahnya
jelas mengharapkan mak
ayahnya memahami keadaan
yang dialaminya itu.
Haji Nordin
sudah tidak terkata
apa-apa lagi. Hajah
Haliza hanya diam
sambil menjeling memandang
muka suaminya itu. Mukanya diraup
melepaskan perasaan lega.
Dia percaya anaknya
itu takkan buat
benda tidak bermoral
tetapi jika lelaki
itu memang dia
tidak percaya. Lelaki
zaman sekarang ni
bukannya boleh percaya
sangat. Sedangkan ustaz
yang mengajar di
sekolah agama pun
rupa-rupanya perogol bersiri
apatah lagi orang
biasa. Tetapi berdasarkan
cerita anaknya itu
dia sudah mula
terima bahawa lelaki
yang menemaninya itu
seorang yang bertanggungjawab terhadap
anak gadisnya itu.
Lagipun melihatkan keadaan
Nuha Qareena dia
percaya gadis itu
tidak diapa-apakan. Teringin
pula dia mengetahui
siapakah gerangan lelaki
itu.
“Lelaki mana?
Teringin pula ayah
nak tahu siapa
dia?” soal Haji
Nordin seraya mengukirkan
senyuman. Nuha Qareena
hanya menarik nafas
sebelum berdehem beberapa
kali. Seperti sedang
menunggu keputusan SPM
sahaja gayanya. Saspen
semacam je rasa.
“Tengku... Avian.”
Jawab Nuha Qareena
teragak-agak sambil melihat
reaksi kedua ibu-bapanya
itu. Masing-masing masih
tercengang dengan perkara
tersebut.
“Tengku Avian?!
Anak Tengku Zarif
tu?!” soal Hajah
Haliza penuh rasa
teruja yang tidak
dapat diselindung lagi.
Biji matanya semakin
membulat apabila melihat
Nuha Qareena menganggukkan
kepala.
“Apa?! Tengku
Avian yang tu?!”
jerit Haji Nordin
lebih kurang sama
keterujaannya seperti Hajah
Haliza. Dia sudah
bangun daripada duduknya.
Surat khabar yang
sudah jatuh berderai
itu dibiarkan. Masing-masing
tidak sedar betapa
besarnya saiz mata
yang dapat dilihat
pada waktu itu.
Nuha Qareena sendiri
berasa sedikit kagum
melihat reaksi orang
tuanya itu lebih-lebih
lagi saiz bebola
mata mereka yang
berlainan daripada biasa.
Tidak sampai beberapa
saat, dahi Hajah
Haliza sudah mahu
mencium lantai.
“Ya Allah!
Mak!!!”
No comments:
Post a Comment