Asfar Sarahah
sudah menggeliat. Selimut
tebal yang begitu
lembut dipegang itu
ditolak ke tepi.
Mukanya yang kelihatan
kusam itu diraup
berkali-kali sebelum mengintai
ke seluruh penjuru
bilik. Sempat lagi
dia mengerling ke arah jam
dinding yang menunjukkan
pukul 10 pagi.
“Aku kat
mana ni? Macam
lain je bilik
ni dari bilik
tidur aku.” Tutur
Asfar Sarahah sendiri.
Bilik ni boleh
dikatakan lebih kecil
daripada bilik tidurnya
yang 3 kali
ganda lebih besar.
Lantas dia bangun
lalu cepat-cepat keluar
daripada bilik tersebut
sebelum satu suara
menegurnya.
“Eh, kamu
dah bangun? Mari
makan dulu, makcik
tahu kamu tengah
lapar.” Seorang wanita
tua mempelawanya untuk
makan bersama-sama. Kelihatannya
seorang lelaki sedang
turun daripada tangga
sambil mengelap cermin
matanya. Lelaki tersebut
menghadiahkan senyuman kepada
Asfar Sarahah.
“Awak dah
sedar? Syukur alhamdulillah. Mari
kita jamah dulu. Perut saya
pun tengah lapar
ni,” Ujar Thaqiff
sambil menarik kerusi
untuk duduk. Asfar
Sarahah yang masih
terkulat-kulat lantas duduk
bersama-sama mereka. Selepas
beberapa saat mendiamkan
diri, barulah dia
berani bersuara.
“Macam mana
saya boleh berada
kat sini? Apa
yang berlaku sebenarnya
semalam?” Thaqiff yang
sedang menghirup Nescafe
panas terus mematikan
perbuatannya. Cermin mata
di atas meja
diambil lalu dipakai.
Sesekali dia berdehem
kecil sambil memandang
ke arah ibunya
yang duduk bersebelahan.
Wajah milik gadis
itu dipandang.
Jantungnya tiba-tiba
berdegup kencang. Matanya
mengecil mengamati wajah
itu. Baru aku
perasan muka minah
ni ada iras-iras muka tunang aku.
Ya Allah tolonglah
jangan duga aku
macam ni. Hatinya
merintih. Asfar Sarahah
yang perasan dirinya
dipandang lama cepat-cepat
bersuara.
“Encik?” Suaranya
pun seperti mengembalikan
ingatannya terhadap bekas
tunangnya itu. Keluhan
dilepaskan seraya bibirnya
diukirkan senyuman. Pandai-pandailah kau
cover macho ye,
Thaqiff.
“Sebenarnya awak
dah pengsan selama
2 hari. Selama
2 hari itulah
awak tidur tak
bangun-bangun dalam bilik
tu. Malam kelmarin
saya terpaksa hantar
awak balik rumah
saya sebab handphone
awak perompak tu
dah ambil. So
I’ve lost contact
with your parents.”
Terang Thaqiff panjang
lebar. Ibunya yang
berada di sebelah
hanya mengangguk-angguk mendengar
cerita tersebut.
“But don’t
worry. Saya tak
buat apa-apa pun
dekat awak cuma
malam tu sahaja
yang saya takde
pilihan lain selain
dukung awak hantar
balik ke sini.
Yelah awak tiba-tiba
pengsan kan time
tu? I hope you don’t
mind lah,” beritahu
Thaqiff serba sedikit
tentang kejadian kelmarin.
Yelah, takkan lah
aku nak tinggalkan
kau terjelepok kat
tengah-tengah jalan tu?
Buat aniaya diri
sendiri sahaja nanti.
“No, it’s
okay. Sepatutnya saya
berterima kasih kat
awak sebab selamatkan
saya malam tu.
Kalau awak tak
ada entah apa
agaknya jadi pada
saya.” Balas Asfar
Sarahah sambil meraup
mukanya. Sedikit kesal
dengan kecuaiannya pada
malam itu. Tidak
patut dia melengah-lengahkan masa
untuk pulang ke
rumah memandangkan waktu
ketika itu sudah
agak malam. Lebih-lebih
lagi rumahnya jauh
daripada tempat kejadian.
Tetapi benda dah
jadi, tidak boleh
diundur semula. Pernyataan
yang diberikan oleh
gadis itu melegakan
Thaqiff. Nescafe panasnya
kembali dihirup.
“Baguslah kalau
macam tu. Kalau
awak tak keberatan
saya boleh hantarkan
awak pulang ke
rumah. Mak ayah
awak mesti tengah
risau sekarang ni,”
pelawa Thaqiff seraya
bangun daripada duduknya.
“Sebelum tu,
anak ni namanya
siapa? Makcik rasa
macam pernah tengok
aje.” Makcik tersebut
melangkah menghampiri Asfar
Sarahah. Gadis itu
hanya tergelak kecil mendengar pernyataan
yang diberi oleh
ibu Thaqiff itu.
“Nama saya
Asfar Sarahah. Panggil
Sarah aje, makcik.”
Jawab Asfar Sarahah
sambil mencium tangan
wanita tua tersebut.
Wanita tua itu
hanya tersenyum seraya
mengerling ke arah anak lelakinya.
“Oh, Sarah.
Cantik nama tu
macam orangnya juga.
Anak makcik yang
seorang tu masih
bujang trang-tang-tang lagi.
Anak ni belum
ada yang berpunya
lagi ke?” Tanya
makcik itu dengan
mata yang bersinar
mempamerkan keterujaan melampau.
Asfar Sarahah hanya
tersenyum apabila menyebut
tentang statusnya buat
masa kini.
“Mak, Thaqiff pergi
dulu. Jaga diri
lepastu rehat banyak-banyak, mak
tu dah tua.
Jangan buat kerja berat sangat
okey? Jom, kita
gerak sekarang.” Thaqiff
cepat-cepat mengalihkan topik
daripada membicarakan soal
jodoh. Dia mahu
melupakannya buat sementara
waktu sambil mengubat
hatinya yang luka
ditinggalkan oleh Tahora
Naqisyah. Tunangnya yang
pernah dicintainya suatu
ketika dahulu. Dia
mengaku, cinta itu memang begitu
menyakitkan.
“Berhenti kat
sini pun jadilah.
Rumah saya kat depan ni
je,” ujar Asfar
Sarahah sebelum keluar
daripada kereta milik
Thaqiff yang berhenti
di sebuah perhentian
bas. Rumah banglo
3 tingkatnya terletak
agak jauh dari
tempat itu sebenarnya
tetapi dia hanya
memutuskan untuk turun
di sini. Berhampiran
dengan kawasan itu
terdapat beberapa buah
rumah teres tinggal
yang seringkali didiami
oleh warga Bangladesh.
Thaqiff di dalam
kereta hanya mengamati
di sekitar kawasan
tersebut. Dia duduk
dekat rumah tinggal
ke? Biar betul
perempuan ni.
“Awak tinggal
kat sini ke? Tak sangka
pula saya ada
orang sanggup duduk
dekat tempat macam
ni. Kalau saya,
dah lama pindah
tempat lain.” Gadis
itu hanya mengangguk
mengiyakan. Dia sebenarnya
tidak mahu memberitahu
perkara sebenar tentang
dirinya yang merupakan
anak jutawan kaya
itu. Seboleh-bolehnya Asfar
Sarahah mahu mengelakkan
orang yang dikenalinya
daripada mengetahui status
dirinya yang sebenar.
Malah, dia sengaja
mahu menguji tahap
keikhlasan yang ada
pada diri lelaki
itu.
“So, kalau
takde apa-apa saya
pergi dulu. Kalau
mak ayah awak
tanya pasal malam
hari tu, awak
call je saya
okey?” Mata Thaqiff
yang redup dilindungi
kaca mata itu
begitu menenangkan hati.
“Okay. Anyway,
thanks for everything.
Cik...” ucap Asfar
Sarahah sebelum lelaki
itu menyambungnya. Wajah
gadis itu dipandangnya
tidak lepas.
“Thaqiff Omar.”
Lelaki itu cepat-cepat
menghadiahkan senyuman yang
cukup manis sambil
cuba menahan perasaannya.
Cukup manis membuatkan
hati gadis itu
berhenti berdegup buat
seketika. Thaqiff.
“Right. Assalamualaikum!” Asfar
Sarahah membalasnya sambil
melambaikan tangan. Omar.
“Waalaikumsalam!” Perlahan-lahan wajah
yang seiras dengan
wajah yang dirinduinya
itu dilepaskan. Semuanya
sudah berakhir, Thaqiff.
Naqisyah sudah tiada.
Desis hati lelakinya.
Hope we meet
again.
......................................................................................................................................................
Ketika Tengku
Avian sampai di
rumah banglonya, jam
telah menunjukkan pukul
6 petang. Sebaik
sahaja memberi salam,
Tengku Avian terus
melangkah masuk. Dia
sendiri tidak menyedari
Anabella yang sedang
duduk di penjuru
ruang tamu sedang
membelek-belek majalah Wanita.
Begitu khusyuk sekali
dia menatap majalah
itu.
“Macam mana
office hari ni?”
soal Anabella tiba-tiba
membuatkan Tengku Avian
sedikit terkejut seraya
menutup majalah yang
dibacanya.
“Hish... akak
ni. Buat terkejut
orang ajelah. Macam
biasalah kat office
tu, satu hari
mana pernah tak
ade kerja.” Jawab
Tengku Avian kemudian
duduk di sebelah
kakaknya itu. Kepalanya
disandarkan ke sofa
empuk.
“Anyway, how
long are you
staying here?” Tanya
Tengku Avian tidak
mengangkat muka.
“Maybe a
week.” Terdengar bunyi
keluhan terbit dari
bibir lelaki tersebut.
“Enough of
that pity look
again, Avian. Nanti akak balik
lah lagi.” Pujuk
Anabella memandang ke
arah adiknya yang
sedang bangun dari
sofa empuk tersebut.
“Avian tak
kisah pun lah
pasal tu,” Lelaki
itu meraup mukanya
diraup berkali-kali.
“Avian, kejap!
I have something
to ask you.”
“Apa dia?”
tanya Tengku Avian
melangkah malas ke
arah Anabella dan
melabuhkan punggungnya di
sebelah wanita itu.
“Avian betul-betul
sukakan perempuan tu ke?” soal
Anabella ingin kepastian.
Wajah Tengku Avian
dipandang. Perubahan riak
wajah lelaki itu dapat dikesan
oleh Anabella.
“I don’t
have any idea
what’re you talking
about.”
“Ingat tak
Qarie yang Avian
kejar hari tu?”
“Qarie what?”
ujar Tengku Avian buat-buat lupa
sambil menghalakan pandangan
ke tempat lain.
Ni dah kenapa
pula tanya soalan
maut ni. Sengaja
lah tu nak sibuk pasal
hal aku. Jaga
tepi kain sendiri
tak boleh ke?
Detik hati lelakinya.
“Kalau Avian
tak layan dia baik-baik tak
mustahil dia akan
jauhkan diri dari
Avian suatu hari nanti,” tutur
Anabella tidak berhenti
senyum sedari tadi.
“Avian tak
paham lah apa
maksud akak. It’s
none of your
business,” dalih Tengku
Avian sambil menjeling
maut ke arah
Anabella. Ada-ada aje
kak Bella ni
nak korek rahsia
dari aku.
“Kalau Avian
ada masalah pasal
cintan-cintun ni jangan
malu nak tanya
akak. I’ll be
here for you.
Always.” Anabella masih
dengan senyumannya yang
membuatkan Tengku Avian
makin tidak selesa.
“When you
love you wish
to do things
for. You wish
to sacrifice for.
You wish to
serve.”
“Hmm?”
“One of
the Ernest Hemingway’s
quote. Bila Avian
betul-betul cintakan seseorang
itu, jauh dari
sudut hati tentu Avian akan
merasai perasaan itu sendiri. To me, cinta
tu memerlukan pengorbanan
dan kesabaran. Avian
mesti menyayangi sebelum
disayangi.” Kata-kata tersebut
membuatkan Tengku Avian terdiam. Fikirannya
mula ligat berfikir.
“Zaman sekarang
ni, suami isteri
bercerai-berai sebab salah
seorang daripada mereka
fikir bahawa dia
seorang sahaja yang
berkorban. Suami berfoya-foya
tetapi isteri yang
uruskan hal rumah
tangga dan sebaliknya.
Kesannya, hubungan suami
isteri semakin lama
makin retak. Tapi
tak mustahil masih
ada lagi yang
sanggup berkorban semata-mata
demi melihat kebahagiaan
rumah tangga mereka
sendiri. Sampai tiada
masa langsung nak
fikir pasal diri
sendiri.”
“Sebabnya?” Tengku
Avian begitu berminat
mendengarnya.
“Cinta. Cinta
yang mendalam bukan
sahaja membuatkan manusia
buta dalam segala
hal tetapi sanggup
berkorban apa sahaja
demi melihat orang
yang dia sayang
tersenyum. Dan sebab
cinta jugalah ada
manusia yang dibutakan
matanya tanpa menyedari
orang yang dia
cinta itu hanya
mahukan harta bukan
dirinya.”
“Macam akak
ni lah.” Perubahan
yang berlaku pada
wajah kakaknya itu
membuatkan Tengku Avian
sedikit kasihan dengan
nasib yang menimpa
kakak sulungnya itu.
Sudah takdir Allah
kita terpaksa menerimanya
dengan hati yang
tabah. Keluhan berat
dilepaskan.
“Akak sebenarnya...”
“Eh, tengok.
Zain Anuar dah
nak kahwin rupanya.
Wah... berita gembira
ni.” Sampuk Anabella
seraya menunjukkan majalah
Wanita yang dibacanya
sebentar tadi. Tengku
Avian tidak jadi
mahu meneruskan percakapannya. Mungkin
sekarang bukan masa
yang sesuai untuk
dia berterus-terang. Biarlah...
Biarlah masa yang
menentukan.
No comments:
Post a Comment