Nuha Qareena
sudah sampai di
Restoran Andalusia di
kala jam tepat
menunjukkan pukul 8.30
malam. Nuha Qareena
seperti biasa dengan
pakaian sempoinya, t-shirt
lengan panjang berwarna
hijau lembut dikenakan
dengan skirt biru
labuh. Dari jauh
Nuha Qareena terlihat
Wan Atirah sudah
tersenyum lebar memandang
ke arahnya sambil
membawa bersama tunangnya,
Syahmi.
“Sorry, lama
ke kau tunggu?”
sapa Atirah sebaik
sahaja mereka sampai
di hadapan restoran
tersebut.
“Adalah juga
dalam 2 jam
cik kak oi.
Dah berjanggut tunggu
kau tau,” jawab
Nuha Qareena sebelum
lengannya ditepuk kuat
oleh Wan Atirah.
“Hii... kau
ni. Nak kelentong
aku pun agak-agak
lah.” Tidak puas
ditepuknya, isi lengan
kawannya itu dicubit
sesedap rasa.
“Eh, sakitlah
awak. Awak ni
main cubit-cubit ketam
pula dengan saya.
Ingat saya ni
apa? Syahmi tengoklah
tunang kau ni.
Bengkak lengan aku
nanti tau tak.”
Ujar Nuha Qareena
sambil menggosok-gosok lengannya
yang tidak bersalah
itu.
“Dahlah tu
korang berdua ni
pun. Tak habis-habis
nak bercekarama. Jom
kita masuk.” Syahmi
akhirnya bersuara seraya
melangkah masuk ke
dalam restoran tersebut.
Nuha Qareena
terus mengambil menu
lalu melihat satu
per satu makanan
yang disediakan. Wajahnya
sedikit berkerut. Hish,
apalah yang aku
nak makan ni?
Macam pelik je
nama-nama makanan dia.
Kejap lagi tak
kena dengan tekak
aku dah jadi
satu hal pula
muntah dekat restoran
ni. Atirah ni
pun nak ajak
makan dinner dan
dating sekaligus pun
dekat restoran pelik
macam ni. Dahlah
pelik mahal pula
tu harga dia.
Kalau aku ni
orang kaya takpelah
juga. Kalaulah aku
duduk dekat rumah
tadi, dah sah-sah
3 round aku
tambah nasi dengan
ikan pari masak
asam pedas mak
aku.
“Beb, kau
nak makan apa?” Wan Atirah
tiba-tiba bersuara. Nuha
Qareena yang masih
dengan alamnya itu
tidak menghiraukan pertanyaan
kawan baiknya itu.
“Woi, berkhayal
ke?!” Jerit Wan
Atirah membuatkan Nuha
Qareena tersentak. Bulat
matanya memandang Atirah.
“Hei, kau
ni kenapa? Main
sergah je! Dah
lama eh kau
tak makan selipar
jepun. Karang orang
makan nasi, aku
bagi kau makan
selipar.” Marah Nuha
Qareena dengan wajah
berkerut. Sakit hatinya
tiba-tiba disergah sebegitu.
“Aku dah
panggil kau banyak
kali. Tapi kau
asyik pandang kat
luar tu je.
Kenapa? Terbayangkan muka
Tengku Avian ke?”
sindir Atirah. Sengaja
mahu menyakat Nuha
Qareena.
Belum pun
sempat Nuha Qareena
menjawab, tiba-tiba muncul
seorang lelaki berkemeja
merah berdiri di
sebelah meja makan
mereka. Hampir terkeluar
biji mata Nuha
Qareena dibuatnya. Jantungnya
berdegup kencang seperti
mahu melompat. Tengku
Avian? Lelaki itu
memandangnya lama membuatkan
Nuha Qareena berasa
kurang selesa. Macam
mana pula dia
boleh muncul kat
sini? Dia ada
letak GPS ke
kat aku? Setiap
kali aku pergi
aje mesti dia
ada. Kau ni
memang magnet bala
lah Nuha. Detik
hatinya.
“Nak apa ni?” soal
Nuha Qareena sebaik
mungkin cuba mengawal
riak wajahnya agar
nampak bersahaja walaupun
di dalam hatinya
hanya Allah sahaja
yang tahu betapa
kencang degupan jantungnya.
Tengku Avian serta
merta menghentakkan meja
tersebut dengan tangan
membuatkan sebahagian pelanggan
di restoran terkejut
lantas mendiamkan diri.
Nuha Qareena seperti
sudah sedia untuk
beraksi apabila terdengar
hentakan tersebut. Wajah
Nuha Qareena ditatapnya
lama. Kebetulan lagi
jumpa minah ni
dekat sini. Ni
takdir ke atau
memang sekadar kebetulan?
“Saya nak
awak datang sabtu
ni dekat Taman
Saujana pukul 2
petang.” Ujarnya laju
tanpa sempat otak
Nuha Qareena mahu
mengingatinya. Kemudian lelaki
itu terus beredar
tanpa berkata apa-apa.
Semua pelanggan yang
tidak mengetahui perkara
yang sebenarnya kembali
dengan hidangan masing-masing. Wan
Atirah dan Syahmi
kaku terdiam seribu
bahasa dengan kejadian
yang berlaku sebentar
tadi. Masing-masing masih
blur tidak memahami
perkara yang sebenarnya.
Betulkah tadi itu
Tengku Avian? Yang
datang bercakap secara
tiba-tiba dengan Nuha
Qareena? Adakah ini
semua mimpi atau
realiti?
“Perempuan tu
tunang Tengku Avian
ke?”
“Betulkah tadi
dia ajak perempuan
tu keluar? Untungnya dia.”
“Ni mesti
kes suka dalam
diam la ni.”
Nuha Qareena
terdengar bisikan-bisikan yang
terbit dari mulut
pelanggan di restoran
tersebut namun dihiraukannya. Langkahnya
laju mengejar lelaki
itu semula. Dia
perlukan penjelasan yang
penuh dari mulut
lelaki itu.
“Tengku Avian!”
Serta-merta langkah kaki
lelaki itu berhenti.
Dia memalingkan muka
menghadap wajah gadis
itu.
“Apa benda
yang awak cakapkan
tadi? Saya kurang
jelas lah.” Tutur
Nuha Qareena memberanikan
diri memandang muka
Tengku Avian.
“Takkan lah
tak tahu. Dekat
depan tasik Taman
Saujana tu, faham?
But, if you’re
late 5 minutes...
I’ll kill you.”
jawab lelaki itu
sebelum mengatur langkah
bersama 2 orang
lelaki berbadan tegap
yang sentiasa berada
di sisi.
“Hah?” ujar
Nuha Qareena yang
masih terkulat-kulat seorang
diri. Makin kelat
wajah Nuha Qareena
jadinya.
...................................................................................................................................................
Sudah
hampir 1 jam
Nuha Qareena berada
di dalam bilik
karaoke menyanyi bersama
rakannya, Wan Atirah.
Jam sudah pun
menunjukkan pukul 5
petang. Cuaca di
luar pula hujan
masih turun lebat
disertai dengan bunyi
guruh. Selepas selesai
finals dia merancang
untuk menghilangkan stress
dengan meluangkan masa
di kompleks membeli
belah berdekatan dengan
rumahnya itu. Sepatutnya
ketika ini dia
sudah berada di
Taman Saujana menemani
Tengku Avian yang
sudah menetapkan temu
janjinya di sana.
Dia sendiri berbelah
bahagi mahu ke
sana ataupun tidak.
Dah 1 jam
ni takkan lah
dia tak balik
lagi dari taman
tu agaknya. Nuha
Qareena yang aku
kenal tak mungkin
akan keluar dating
dengan mana-mana lelaki.
Lebih-lebih lagi jika
lelaki itu berlainan
taraf dengan diri
aku. Dating? Betul
ke mamat tu
ajak aku dating?
Jangan-jangan aku yang
syok sendiri pikir
yang dia ajak
aku dating tak?
Hish, tak mungkin.
Aku hanya
ingin mencintaimu dengan
sepenuh jiwa dan
ragaku,
Tapi mengapa
kau tinggalkan ku,
Pacarku hilang
diambil orang,
Apakah wajahku
kurang tampan sayang,
Memang susah
mencari pacar perhatian
pacar pengertian.
Wan Atirah
yang sedang menyanyikan
lagu Pacar yang
Hilang-Biru Band itu
hanya diperhati. Macam
mana kalau dia
betul-betul ajak aku
dating? Macam mana
kalau semalam tu
dia betul-betul serius
bukan main-main?
Andai kau
tahu sakit hati
ini,
Kau tak
sanggup lagi ku
tak tahan lagi,
Mengapa hidupku
selalu begini,
Terus tersakiti
dan ditinggal pergi.
Nuha
Qareena tidak berfikir
panjang lagi cepat-cepat
dia beredar keluar
dari bilik karaoke
itu. Wan Atirah
yang sedang menghayati
bait lirik lagu
tersebut kehairanan melihat
tingkah laku kawannya
itu.
“Nuha,
tunggu aku!”
......................................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment