“Aunty... Aunty...
cantik tak kek Blackforest ni?”
Tanya Raihanah sambil
menunjukkan Maya sebuah
kek yang sudah
siap dipek di
dalam beg kertas
yang kemas berhias.
“Eh, okay
sangatlah tu. Pandai
Raihanah buat kek.
Kalau macam ni,
bolehlah aunty order
dari Raihanah aje,”
puji Maya sambil
memandu keretanya ke
rumah Tengku Avian.
“Of course
lah aunty. Kalau
aunty nak, Raihanah
boleh bagi free
of charge aje.
Tak payah susah-susah
nak keluarkan duit.
Only for my
lovely aunty Maya,”
ujar Raihanah penuh
bersemangat. Sememangnya dia
sanggup belajar membuat
kek daripada mamanya
supaya dapat dihadiahkan
kepada Tengku Avian.
Lelaki itu akan
pulang dari Jepun
kerana urusan syarikat
yang perlu diselesaikan
di sana. Tidak
sabar betul mahu
berjumpa dengan lelaki
itu walaupun baru
sebulan tidak bertemu.
Ah! Indah sungguh
rasanya nanti. Jerit
Raihanah dalam hati
gembira tidak terkata.
Tiba-tiba kereta yang
dinaiki oleh mereka
berhenti mengejut.
BUM!
Kek yang
berada di atas
riba Raihanah terus
mara ke depan
dan terjatuh. “AUNTY!!!”
jerit Raihanah kerana
terkejut. Dia mengutip
semula cebisan-cebisan kek
yang sudah hancur
itu.
“Aunty, kenapa pula ni?!”
jerit Raihanah tidak
tentu hala. Mukanya
merah menahan marah.
“Ya Allah...
Ada kereta tiba-tiba
muncul kat depan
tu tadi. Sebab
tu aunty brek
mengejut. Aunty minta
maaf sangat-sangat ye.
Aunty tak sengaja,”
keluh Maya serba
salah. Dadanya diurut-urut
dek kerana terkejut
dengan kemalangan tersebut.
Dia tidak sangka
boleh berlaku perkara
sedemikian. Raihanah dilihatnya
sedang keluar dari perut kereta.
Pintu dihempasnya dengan
kuat.
“Hey, perempuan!
Kau keluar sekarang!”
panggil Raihanah kasar.
Dia melangkah laju
ke arah kereta
Ford Focus berwarna
hijau di hadapannya.
Nuha Qareena yang
masih dalam keadaan
terkejut itu terus
keluar dari keretanya
apabila dipanggil.
“Cik, saya...
err... saya... mintak
maaf. Saya... saya...”
ujar Nuha Qareena
serba salah. Gerun
rasanya melihat wajah
gadis tinggi lampai
yang sedang bercekak
pinggang di hadapannya
itu.
“Hey, kau
bawa kereta ada
lesen memandu ke
tak, hah?! Sampai
nak berlanggar dah
ni. Ke kau
ni buta? Siang-siang
macam ni dah
tak nampak orang?!”
herdik Raihanah apabila
melihat gadis bertudung
litup itu. Dia
memandang Nuha Qareena
dari atas ke
bawah. Kemudian ke
atas semula. Low
class sungguh! Tak
rimas ke pakai
tudung panas-panas macam
ni. Dengan baju
kurungnya lagi. Memang kampung
betul! Maya yang
dari tadi hanya
melihat kejadian itu
terus keluar dari
kereta. Bimbang juga
dia jika Raihanah
melakukan perkara yang
bukan-bukan.
“Raihanah... sudah
lah tu. Ini kan semua
salah aunty. Aunty
yang cuai sangat
sampai tak nampak
kereta dia lalu,”
pujuk Maya apabila
melihat keadaan yang
semakin tegang itu.
Kasihan benar dia
terhadap gadis yang
sedang menundukkan mukanya
itu. Takut barangkali.
“Lain kali
kalau tak mahu
cari masalah, jangan
cari masalah. Tengok
muka pun dah
tahu bukan orang
senang,” ujar Raihanah
bernada sinis. Lainlah
kalau macam aku,
petik jari sahaja
mesti dapat. Jangan
kata nak kereta
sebiji, 100 biji
kereta pun daddy
aku boleh lagi.
Anak jutawan lah
katakan. Sudah tentulah
kehendaknya akan dipenuhi.
Nuha Qareena yang
terdengar ayat sinis
daripada mulut Raihanah
itu tergamam. Dia
tidak menyangka gadis
yang lebih kurang
sebayanya itu sanggup
berkata begitu. Tanpa
disedari, kelopak matanya
perlahan-lahan mula bergenang.
Cuma tinggal masa
sahaja untuk tumpah
ke bumi.
“Cik, saya
betul-betul minta maaf.
Saya mengaku semua
ni salah saya.
Kalau cik nak
minta ganti rugi
pun, cakap sahaja
berapa. Saya akan
bayar,” ujar Nuha
Qareena sambil memandang
wajah Raihanah. Tangannya
digenggam bagaikan sedang
mengumpul kekuatan. Sedaya
upaya dia menahan
air matanya daripada
menitis. Sabar Nuha...
Sabar...
“Hey, dengar
sini ye! Aku
tak perlukan ihsan
kau lah nak
bayar ganti rugi
ni semua. Sebab
aku tahu kau
tak ada duit
nak bayar. Aku
bukannya sengkek sangat
sampai nakkan duit
kau tu. Simpan
ajelah untuk masa
depan kau, ye?”
ujar Raihanah lagi.
Sengaja dia menyakitkan
hati gadis itu.
Kek itu pun
bukannya masalah besar
baginya. Bila-bila masa
sahaja dia boleh
belikan untuk Tengku
Avian. Tiba-tiba sebuah
kereta Bugatti Veyron
berwarna hitam berhenti
bersebelahan dengan kereta
BMW milik Maya.
“Aunty! Raihanah!
What’s wrong? Kereta
buat masalah ke?”
Tanya Tengku Avian
seraya memandang ke
arah kedua-dua wanita
tersebut.
“Perempuan ni
lah! Bawa kereta
macam orang mabuk.
Kereta besar gedabak
ni pun dia
tak nampak. Lain
kali nak bawa
kereta buatlah cara
orang bawa kereta.
Benci!” rungut Raihanah
sambil membuat muka
menyampah ke arah
Nuha Qareena. Gadis
itu hanya menelan
air liur yang
terasa kesat. Matanya
singgah ke wajah
lelaki itu. Tengku
Avian? Apa dia
buat kat sini?
Tengku Avian yang
masih terpinga-pinga dengan
apa yang berlaku
perasan akan sepasang
mata yang sedang
memandangnya. Ada riak
terkejut terpancar di wajah gadis
tersebut. Lelaki itu
terpempan. Dia ni
macam aku pernah
jumpa. Tetapi di
mana ya? Dahinya
berkerut seperti sedang mengingati
sesuatu. Matanya bertaut
dengan mata gadis
itu. Mata dia...
Mata hazel tu...
Nuha Qareena cepat-cepat
mengalihkan matanya daripada
pandangan lelaki itu.
Dia berasa segan
pula apabila ditenung
sebegitu. Raihanah yang
perasan Tengku Avian
asyik merenung gadis
itu terus menyiku
lengannya. Meluat pula
dia melihat cara
lelaki itu memandang
gadis berbaju kurung
itu.
“Apa you
ni?” Tanya Tengku
Avian terkejut dengan
tindakan Raihanah sebentar
tadi. Raihanah hanya
menjeling tajam Tengku
Avian. Jaga kau!
Berani main mata
dengan perempuan lain.
Macam lah dia
itu lawa sangat.
Menyampah!
“Sayang, you
mesti penat kan?
Jom lah kita
balik... I ada
buat kejutan special
untuk you tau.
Mama dengan papa
you dah lama
tunggu you kat
rumah,” nadanya kedengaran
memujuk. Lengan Tengku
Avian dipegang lalu
dilentokkan kepalanya. Sesekali,
dia menjeling sekilas
ke arah Nuha
Qareena. Sengaja mahu
menyakitkan hati perempuan
itu.
Nuha Qareena
hanya mengetap bibir.
Matanya dihalakan ke
arah lain. Tak sanggup
rasanya mahu melihat
kemesraan mereka berdua.
Segalanya sudah jelas
di depan matanya.
Tengku Avian is
already taken. Wanita
itu pula memang
jauh lebih cantik
daripadanya. Kenapalah aku
bodoh sangat mahukan lelaki
seperti itu? Argh! Sungguh
aku perlu pergi
dari sini. Tanpa
membuang masa, Nuha
Qareena terus masuk
ke dalam keretanya
dan meluncur laju
meninggalkan mereka.
......................................................................................................................................................
“Mama,
Avian tak akan
kahwin dengan perempuan
tu. Avian tak
rasa dia sesuai
untuk Avian,” keluh
Tengku Avian sambil
menikam wajah Datin
Zulaikha. Suaminya di
sebelah hanya menggelengkan
kepala. Dia juga
tidak bersetuju mahu
menikahkan anaknya dengan
Siti Raihanah. Dia
sudah mengagak anaknya
akan menolak mentah-mentah
wanita liar seperti
itu.
“Mama tak
kira Avian! Raihanah
tu anak kawan
mama. Mama kenal
dia. Tak mungkin
dia akan melakukan
perkara sekeji itu,”
ujar Datin Zulaikha
seraya mempertahankan anak
sulung kawan karibnya
itu. Selagi dia
tidak nampak perkara
itu di depan
matanya, jangan harap
lah dia akan
percaya. Wajah suaminya
dipandang. Dato’ Zarif
hanya mengeluh perlahan.
Kepalanya juga buntu
memikirkan masalah yang
sedang berlaku. Dia
sendiri pun tidak
menyangka isterinya akan
menyatakan hasratnya yang
tidak masuk akal
seperti itu.
“Mulai bulan
depan, mama akan
langsungkan acara pertunangan
kamu dengan Raihanah.
By hook or
by crook, I
want you to
be ready. I
don’t want to
hear any of
your foolish reasons
anymore. Dah naik
bernanah telinga mama
ni dengar,” bebel
Datin Zulaikha sambil
memeluk tubuhnya. Rambutnya
yang sedikit kerinting
itu diselaknya ke
tepi.
“But, ma...”
Tengku Avian terus
berdiri daripada duduknya.
“Avian, please.
Tolonglah dengar cakap
mama. Mama buat
ni semua untuk
kebaikan Avian. Selama
ni mama ikutkan
semua kehendak Avian,
apa salahnya jika
Avian pula yang
ikutkan kehendak mama,”
pujuk Datin Zulaikha.
Wajah anak lelakinya
yang sedang tunduk
itu direnung. Lelaki
itu hanya meraup
rambutnya yang sedikit
perang itu ke
belakang. Reaksinya tidak
ubah seperti sedang
memikul beban yang
melampau.
Tak sanggup rasanya
mahu menolak permintaan
wanita yang amat
disayanginya itu. Tetapi,
kejam lah pula
sekiranya dia membiarkan
dirinya hidup menderita
bersama perempuan yang
tidak pernah dicintainya.
Ya Allah... bantulah
hambaMu ini!
“Sayang, please...”
nada Datin Zulaikha
sedikit merayu. Wajah
Dato’ Zarif dipandangnya
sekali lagi. Lelaki
separuh usia itu
hanya melihat reaksi
anaknya. Mereka sama-sama
menunggu jawapan yang
keluar dari mulut
lelaki itu. Lama
juga dia mendiamkan
diri. Serta-merta dia
mengangkat mukanya. Terbit
keluhan perlahan dari
bibir.
“Baiklah, Avian
setuju.” Beritahunya dengan
lemah. Pandangan hanya
dihalakan ke lantai.
Berat sungguh terasa
mulutnya mahu mengeluarkan
kata-kata tersebut. Seperti
menzalimi hati dan
perasaannya sendiri. Tanpa
disedari, Datin Zulaikha
memeluk tubuhnya erat.
Tengku Avian hanya
membatukan diri. Dia
membiarkan kepalanya diusap
dan dicium penuh
kasih. Matanya terasa
panas dan seperti
mahu berair. Akhirnya...
kau berjaya hancurkan
kebahagiaan dan masa
depan kau sendiri
Avian. Damn it!
“Syukur... Alhamdulillah. Macam
ni barulah anak
mama. Ni yang
buat mama sayang
ni. Oh, ya!
Esok ikut mama
ke butik pengantin
dengan Raihanah, ya.
Avian jangan risau,
semua persiapan sudah
dibuat awal-awal lagi.”
Kata-kata yang keluar
dari mulut wanita
itu disambut dengan
anggukan kecil. Terlalu
sukar untuknya menghadam
perkataan yang didengarinya
itu. Matanya sayu
memandang Datin Zulaikha
yang kelihatannya sedang
menelefon Datin Aisyah
untuk mengkhabarkan berita
gembira tersebut.
“Avian.” panggil
Dato’ Zarif perlahan.
Lelaki itu memandangnya
dengan pandangan penuh
simpati. Redup matanya
memandang ke arah
Tengku Avian. Setegas-tegasnya dia
tidak pernah mahu
masuk campur urusan
itu. Jauh sekali mahu
merancang masa depan
lelaki itu. Lebih-lebih
lagi tentang soal
perkahwinan kerana dia
yakin bahawa Tengku
Avian akan memilih
gadis yang sopan
dan baik tingkah
lakunya untuk dijadikan
pasangan hidup. Dia
kenal benar dengan
perangai anaknya itu.
Sudah matang dan
bijak membuat keputusannya
sendiri.
Tengku Avian
dipandangnya seperti dalam
dilema. Kasihan pula
dia melihat keadaan
anak terunanya itu. Bahu anaknya
ditepuk perlahan. “Bersabarlah,
Avian... Mungkin Allah
mahu menguji kamu.
Semua yang berlaku
mesti ada hikmahnya,”
pujuk Dato’ Zarif
dengan menghadiahkan senyuman.
Manalah tahu cara
sebegini dapat menyejukkan
sedikit hati anaknya
yang sedang bergelora
itu.
“It’s okay,
pa. I’m fine.”
Sedaya upaya Tengku
Avian berkata sambil
menahan sebak di
dada. Jika ini
takdirnya, sesungguhnya aku
pasrah. Perlahan-lahan kakinya
melangkah longlai menuju
ke tingkat atas.

No comments:
Post a Comment