“Thaqiff,
saya nak minta
maaf kalau saya
banyak sakitkan hati
awak. Saya sedar
saya ni manusia
biasa. Manusia yang banyak
melakukan kesilapan. Ampunkan
dosa saya, awak...”
ujar Tahora Naqisyah
dengan nada mendatar
di hujung talian.
Suaranya serak-serak basah
seperti baru sahaja
menangis. Thaqiff Omar
hanya diam tidak
bersuara. Hanya telinga
memain peranan mendengar
bait-bait kata yang
keluar dari bibir
tunangnya itu.
“Saya minta
maaf sangat-sangat sebab
tak dapat nak
tunaikan janji saya
untuk jadi permaisuri
dalam hidup awak. Saya mungkin
dah takde untuk
menggembirakan hati awak
lagi. Saya sememangnya
tak sesuai digandingkan
dengan lelaki macam
awak. You really
deserve better than
me and you
know that, right?”
Tanya Tahora Naqisyah.
Kali ini diiringi
dengan esakan kecil
namun diselindungi dengan
gelak ketawa yang
pura-pura.
“Naqisyah, please
stop it! What
on earth are
you talking about?”
balas Thaqiff bernada
marah. Tak menyangka
bahawa tunangnya itu
sanggup berkata sedemikian.
Kenapa perangainya serta-merta
berubah menjadi sebegini?
Apa salah yang
aku dah buat
selama ini terhadap
dia? Pelbagai pertanyaan
singgah di fikiran.
Terdengar gelak kecil
keluar dari bibir
gadis itu. Lemah
terasa jantung apabila
mendengarnya. Gelak yang
pernah mencuri hatinya
suatu ketika dahulu.
“I wonder
who’s the lucky
girl. Dia mesti
lagi lawa daripada
saya, mesti caring
gila daripada saya,
mesti lebih garang
daripada saya dan
yang paling penting
dia mesti selalu
masak lauk ketam
masak lemak cili
padi kegemaran awak
kan? Macam saya
masak untuk awak
dulu...” ujar Tahora
Naqisyah lagi. Suaranya
kini bergetar. Menahan
diri daripada menangis
barangkali. Thaqiff hanya
memujuk hatinya agar
tidak bertindak di
luar kawalan. Sungguh
dia buntu dengan
apa yang berlaku
sekarang ini.
“Awak ingat
tak dulu, saya
pernah try masak
lauk ketam masak
lemak cili padi
awak tu. Saya
kan jarang-jarang masuk
dapur jadi saya
tak reti cara
nak memasak. Tiba-tiba
je jari saya
luka sebab tak
biasa guna pisau.
Awak pun cepat-cepat
hisap darah tu
kemudian awak marah
saya. Saya buat-buatlah
merajuk dengan awak
tapi dalam hati sebenarnya saya
suka sangat sebab
awak prihatin pasal saya...” cerita
Tahora Naqisyah mengimbau
kenangan terindah mereka
dahulu. Bibirnya mengukirkan
senyuman. Kenangan yang
tidak mungkin dilupakan
sampai bila-bila.
“Naqisyah, please...”
Apabila mengingati kembali
cerita tersebut, hati
Thaqiff dipagut sayu. Walaupun Tahora
sudah memutuskan pertunangan
dengannya tadi, bukan
senang untuk melupakan
cinta yang pertama
yang sudah tersemai
hampir 4 tahun lamanya. Rasanya
dia sudah tidak
berdaya lagi untuk
berkata apa-apa. Namun,
apabila mengenang kembali
kenangan itu hatinya
berasa sakit seperti
dihiris-hiris. Baru sahaja
beberapa minggu lepas
mereka berbincang tentang
majlis pernikahan yang
bakal diadakan hujung
tahun ini. Dan tidak disangka-sangka hal
sedemikian akan berlaku
pada hari ini.
“Thaqiff, sekarang
saya sedar realitinya
saya bukan ditakdirkan
untuk awak. Bukan
dipilih untuk jadi
milik awak. Jadi,
biarlah saya dengan
diri saya sendiri.
Saya pasrah jika
ini jalan yang
kita pilih. Kita
sebagai manusia hanya
tahu merancang. Tetapi
Allah sudah tentukan
segalanya untuk kita
dan ketentuan Allah
adalah yang terbaik.
Dan satu perkara
yang awak perlu
tahu, mengenali diri
awak adalah anugerah
yang terindah di
dalam hidup saya.
You’re the best
thing that’s ever
been mine...” ucap
Tahora Naqisyah sambil
menangis juga akhirnya.
Pilu sungguh hatinya
mendengar bekas tunangnya
itu menangis.
“No, Naqisyah...
I won’t leave
you. Saya nak
awak seorang je
dalam hidup saya.
There’s no other
girl that I
love except you.
Awak cinta pertama
dan cinta terakhir
yang pernah saya
ada. Please don’t
do this to
me. Saya cintakan
awak, Naqisyah... I
love you so
much...” rayu Thaqiff
dalam tangisan. Kebiasaannya,
dialah lelaki yang
paling sukar untuk
mengalirkan air mata
tetapi hal sebegini
begitu meruntunkan jiwanya.
Sungguh dia sedih
dengan apa yang
menimpanya sekarang ini.
“I have
to go, Thaqiff.
Masa berangkat saya
ke Mekah dah
sampai. Doakan saya
selamat sampai ke
sana dengan family
saya... Love you
too. I always
do. Assalamualaikum...” ujar
Tahora Naqisyah sayu.
Air jernih mengalir
tanpa henti dari
kolam matanya. Siapa
tahu panggilannya itu
merupakan panggilan terakhir
untuk insan yang
pernah dicintai sepenuh
hatinya itu.
“Waalaikumsalam...” tutur
Thaqiff perlahan. Punat
berwarna merah ditekan
lambat. Telefon bimbit
digenggam sambil menahan
air mata daripada
menitis. Namun, hampa
kerana perasaan sedih
dan kecewa begitu
menguasai segala-galanya.
......................................................................................................................................................
“Innalillahi wainnalillahiilaihi rajiun.”
Jatuh terduduk Tengku
Avian ke atas
sofa apabila mendengar
berita gempar yang
berlaku ke atas
keluarganya. Dia terkedu
tak terdaya untuk
berkata apa-apa sebelum
menggelengkan kepala cuba
menghadam perkara tersebut.
Seakan-akan tidak percaya
dengan apa yang
menimpa nasib keluarganya.
“Ma... papa,
adik dan nenek
dah takde lagi.
Diorang dah tinggalkan
kita, ma...” tutur
Tengku Avian penuh
rasa sedih. Air
mata yang tidak
berhenti mengalir disapu
menggunakan tangan. Tidak
menyangka bahawa papanya
yang seringkali menyakitkan
hatinya itu telah
pergi. Pergi buat
selama-lamanya. Walaupun dia
selalu memasamkan muka
apabila berhadapan dengan
Dato’ Zarif tetapi
dalam hati masih
lagi tersimpan rasa
sayang terhadap papanya
itu. Datin Zulaikha
yang menangis teresak-esak
disebelahnya dipeluk erat sambil terkenangkan
suaminya dan anak
bongsunya, Tahora Naqisyah
serta emaknya yang terkorban ketika
berada di Mekah
untuk menunaikan haji. Kepala Tengku
Avian dicium penuh
kasih. Satu-satunya hero
yang dia miliki.
Satu-satunya anak lelaki
yang dapat menggantikan
Dato’ Zarif untuk
membangunkan Bestari Holdings.
Thaqiff Omar hanya
mendiamkan diri sambil
melemparkan pandangan ke
luar tingkap. Sesekali
memujuk hatinya supaya
bersabar menerima dugaan
tersebut.
“Mama, Thaqiff
sedih sangat.” Luah
Thaqiff sayu sambil
meraup mukanya. Dia
melabuhkan punggung di
sebelah Datin Zulaikha.
Walaupun belum bergelar
menantu, Datin Zulaikha
tidak kisah dipanggil
mama oleh lelaki
tersebut. Sungguh, hampir
melompat keluar jantungnya
apabila mendengar berita
bahawa suaminya sekeluarga
kemalangan ketika mahu
pulang ke Malaysia.
Dadanya terasa sesak
mencengkam. Tengku Avian
di sebelah hanya
mengeluh seketika lalu
memejamkan mata. Cuba
melenyapkan segala kekusutan
yang melanda fikirannya
ketika ini. Datin
Zulaikha begitu kasihan terhadap
Thaqiff dengan apa yang berlaku.
Dia sudah sedia
maklum bahawa Thaqiff
baru sahaja putus
tunang dengan Tahora
Naqisyah kemudian muncul
pula berita kematian
bekas tunangnya itu. Seperti jatuh
ditimpa tangga. Ini
merupakan dugaan yang
berat bagi lelaki
tersebut dan dia
perlukan sokongan daripada
orang lain.
“Thaqiff, percayalah
setiap yang berlaku
pasti ada hikmahnya.
Naqisyah pergi bukan
sebab dia bencikan
Thaqiff tetapi sebab dia ingin
tinggalkan kita... Tinggalkan dunia
ni... Allah lebih
sayangkan dia. Mama
dapat rasa macam
mana Thaqiff rasa
sebab orang yang
mama sayang pun
pergi tinggalkan mama.
Thaqiff bersabar lah
ye...” pujuk Datin
Zulaikha sambil mengelap
air jernih yang
mengalir dari mata
lelaki itu. Thaqiff
hanya membiarkan tangan
lembut itu mengusap
air matanya. Segalanya
berlaku hanya dalam
sekelip mata. Dan
dia perlu redha
menerima takdir yang
telah ditentukan untuknya.
“Kuatkan iman
dan teguhkan semangat
Thaqiff... Mama tahu
Thaqiff ni orangnya
kuat dan penyabar.
Mama yakin Thaqiff
boleh hadapi semua
ni. Sabar ye
nak...” ujar Datin
Zulaikha lagi. Dia
tahu lelaki di
sebelahnya ini berhak
mendapat isteri lain sebagai pengganti.
Mungkin Allah sudah
‘reserved’ gadis yang
lebih baik daripada
anaknya menjadi milik
lelaki tersebut. Thaqiff
hanya diam tidak
berkutik. Fikirannya melayang
teringatkan kenangan pahit
manis ketika bersama-sama
tunangnya dahulu.
Tiba-tiba,
terdengar loceng pintu
berbunyi. Cepat-cepat Mak
Nah membuka pintu ruang tamu
utama untuk melihat
siapakah gerangan yang
memecah suasana air
mata itu tadi.
Serta-merta mulutnya melopong
membentuk huruf ‘O’
apabila melihat gadis
berstilleto yang berdiri
di hadapannya itu.
“Datin, Kak Be...” Belum
sempat mulutnya menghabiskan
ayat tersebut terus
sahaja tangan lembut
Anabella menutup mulutnya.
Kepala digeleng-geleng sebagai
isyarat supaya tidak
memberitahu mereka terlebih
dahulu tentang kepulangannya. Mak
Nah perasan mata
gadis itu kelihatan
merah dan berair.
Mungkin baru sahaja
menangis tentang berita
kematian keluarganya. Matanya
beralih pula melihat
gaya pemakaian gadis
itu. Masih lagi
dengan trademark Stilletonya
itu. Tidak ubah-ubah
dari kecil sampailah
sekarang. Tidak hairanlah
jika semua orang
yang mengenalinya menggelarnya
Stilleto Princess.
”Mak Nah!
Siapa yang datang
tu?” jerit Datin
Zulaikha dengan suara
yang serak kerana
baru selesai menangis.
Dia bingkas bangun
lalu menuju ke
ruang tamu utama
tetapi langkahnya serta-merta
terhenti. Bebola matanya
tertancap pada sesusuk
tubuh tinggi lampai
milik Ain Anabella.
Rambutnya yang lurus
hingga ke pinggang
itu mengurai apabila
ditiup angin. Anabella
tidak lepas memandang
wajah mamanya yang
dirindui sejak sekian
lama. Wajah yang
selalu dipandangnya sebelum
pergi ke sekolah.
Wajah yang selalu
ditatapnya sebelum tidur
dan wajah yang
selalu menghadiri mimpinya
setiap malam. Kini
wajah itu sudah
berada di depan
matanya.
“Who ask
you to come
here, Bella?” Tanya
Datin Zulaikha mendatar.
Matanya tajam memandang
ke wajah mulus
anaknya itu seakan-akan
mahu menerkamnya. Anabella
terlalu gembira apabila
mendengar mamanya itu
bersuara lalu dia membuka stiletto
kuningnya lantas memasuki
ruang tamu banglo
tersebut tanpa disuruh.
“Eh, siapa
suruh kau masuk
ni hah? Berani
kau jejakkan kaki kau tu kat kawasan
rumah aku?” Terasa
hati seperti dihiris
dengan pisau apabila
mendengar baris-baris ayat
tersebut. Nampaknya Datin
Zulaikha sudah pandai
beraku kau dengan
anak sendiri. Getus
Mak Nah dalam
hati. Matanya beralih
pula ke Anabella
yang sedang berdiri
kaku. Kasihan sungguh
dia melihat nasib
gadis itu. Adakah
dosa dia terlampau
besar sehinggakan Datin
Zulaikha sanggup memperlakukan
anaknya sendiri seperti
itu?
“Mama...” tutur
Anabella perlahan. Matanya
sudah mula bergenang
kerana marah mamanya
masih belum reda
rupa-rupanya. Apa tiada
langsungkah sedikit rasa
rindu dan maaf
untuknya sejak sekian
lama ini? Tempoh
5 tahun itu
masih belum cukupkah
untuk mamanya hilangkan
rajuknya itu?
“Kau takde
hak panggil aku
mama lagi.” Balas
Datin Zulaikha lagi.
“Ma... tolonglah
bagitahu apa salah
Bella ma... Tolong
jelaskan apa yang
Bella dah buat
sebenarnya sampai mama
bencikan sangat-sangat kat
Bella... Tolong jangan
buat Bella macam
ni ma...” rintih
Anabella dalam tangisan.
Datin Zulaikha kelihatannya
seperti tidak menghiraukan
rayuan anaknya itu.
Muka anaknya pun
tidak dipandang dek
kemarahan dan ego
yang mengatasi segala-galanya. Benak
terasa kepala otaknya
apabila mendengar pujuk
rayu yang mendayu-dayu
daripada gadis itu.
“Selama ni, kau tak
pernah
kisah pun pasal
aku kan? Apa yang ada
dalam fikiran kau
cuma tentang Ruzain.
Bagi kau lelaki
tu adalah segala-galanya. Lelaki
tulah yang dapat membahagiakan
kehidupan kau. Bukan
tu aje, kau
sanggup tipu aku
semata-mata sebab lelaki
tu. Kau sanggup
keluar enjoy dengan
lelaki tu daripada
menjaga aku yang
bersendirian menderita sakit
jantung kat rumah.
Kau tak kisah
langsung pun pasal
kami anak beranak
selepas kau kenal
dengan Ruzain tu. Jadi sekarang
ni kau dah
buktikan yang kau
ni bukan sebahagian
daripada aku. Kau
bukan darah daging
aku lagi. Apa
lagi yang kau
nak tahu? Kalau
kau nak aku
cakap satu persatu
memang sampai subuh
esok pagi baru
habis gamaknya.” Sindir
Datin Zulaikha sambil
memeluk tubuh. Puas
hatinya apabila dapat
menghamburkan kata-kata itu
terhadap anaknya.
“Mama! Bella
minta maaf ma...
Tolong jangan cakap
macam tu lagi.
Bella anak mama.
Bella darah daging
mama. Mama yang
lahirkan Bella... Kenapa
mama sanggup cakap
macam tu kat
anak mama... Jangan
anggap Bella macam
tu ma...” ujar
Anabella sambil mengelap
air matanya. Adakah
balasan ini semua
masih belum cukup
untuk menebus dosa-dosa
aku selama ini,
ya Allah... Detik
Anabella dalam hati.
“Aku dah
buat silap dalam
mengenali anak aku
sendiri rupa-rupanya.. Selama
ni aku salah...
Dulu, kaulah yang
aku banggakan. Yang
aku sayang. Yang
aku tatang bagai
minyak yang penuh.
Sumber kekuatan dan
kebahagiaan aku. Tapi
sekarang, kau ragut
semuanya daripada aku.
Semuanya Bella... Kau
dah buktikan yang
kau sebenarnya bukan
seperti yang aku
fikirkan. Kau betul-betul
kecewakan aku...” tutur
Datin Zulaikha perlahan
dan penuh kekecewaan
tetapi berjaya ditangkap
oleh deria pendengaran
Anabella. Kata-kata yang umpama halilintar
yang begitu menusuk
ke kalbu.
“Ma... Bella
minta maaf sangat-sangat. Bella
banyak melakukan dosa
terhadap mama. Ampunkan
dosa Bella ma...
Jangan buat macam
ni kat Bella.
Bella sayang mama.
Please, ma... Please
don’t do this
to me.” rayu
Anabella kembali tanpa
berputus asa. Matanya
seakan-akan tidak mahu
berhenti daripada mengalirkan
air ke pipinya.
Tanpa sedar dia
lantas memeluk Datin
Zulaikha sambil menangis
teresak-esak. Datin Zulaikha
yang terkejut dengan
tindakan serta-merta itu
terus menolak kasar
tubuh anaknya itu
ke lantai.
“Hei, lepaskan
aku! Pergi! Aku
nak kau berambus!
Keluar dari rumah
ni, sekarang! Keluar!”
tengking Datin Zulaikha
tanpa belas kasihan.
Emosinya sudah tidak
tentu arah kerana
pelbagai kejadian yang
menimpanya. Dia gagal
untuk mengawal segala
tindak tanduknya lalu
tersedar bahawa secara
tidak sengaja dia
tertolak anaknya sendiri.
Tidak, aku perlu
kuat. Jangan terpedaya
dengan belas kasihan
yang dia tunjukkan.
Budak zaman sekarang
kita mesti ajar
sedikit! Barulah dia
tidak berani pijak
kepala! Getus hatinya
walaupun perasaan bersalah
semakin menebal di
dalam diri.
“Ya Allah,
Bella! Bella tak
apa-apa ke? Datin,
tak elok buat
anak Datin macam
ni... Kasihan dia...
Bella pun manusia
biasa yang sentiasa
melakukan kesilapan.” Pujuk
Mak Nah apabila
melihat gadis itu
jatuh terjelepok di
kawasan beranda banglo
berkenaan. Kepala Anabella
diusap perlahan-lahan. Risau
sekiranya anak majikannya
itu mengalami luka
di bahagian kepala.
“Sudah! Biarkan
dia di luar!
Elok diletakkan di
luar daripada menyakitkan
hati bila letak
di dalam. From
this moment, I
don’t want to
see your face
anymore. Don’t you
dare to come
to this house
again. Ever!” tengking
Datin Zulaikha seraya
menghempaskan pintu dengan
sekuat hati. Mak
Nah hanya menggeleng-gelengkan kepala
sambil memeluk erat
Anabella yang sudah
lemah longlai dalam
pelukannya itu.

No comments:
Post a Comment