Kereta
Aston Martin berwarna
purple meluncur laju
menuju ke Alamanda
Putrajaya. Sayang nyanyian
daripada gadis berdarah
Australia-Riau, Shae itu
memeriahkan keadaan di
dalam kereta. Nuha
Qareena dan Wan
Atirah bersama-sama mengikut
rentak dan lirik
lagu tersebut. Asfar
Sarahah yang sedang
memandu juga tidak
ketinggalan menjadi penyanyi
tidak rasmi seperti
mereka. Manakala, Akmal
Arif pula khusyuk
bermain psp pemberian
Haji Syarif di
tempat duduk belakang
sambil melayan karenah
adik bongsunya, Aisar.
“Kak Sara!
Sempat ke kita nak sampai
sana?! Takut terlepas
pula wayang tu
nanti!” jerit Akmal
Arif dengan kuat
kerana volume lagu
tersebut begitu memekakkan
telinga lebih-lebih lagi
apabila ditambah kehadiran
tiga orang penyanyi
tidak bergaji itu.
“Akak rasa
sempat lagi ni!
Lagipun, sepuluh minit
aje lagi wayang
tu dah nak
start! Sekejap lagi
sampailah!” balas Asfar
Hijanah sambil melebarkan
senyuman ke arah lelaki itu.
Kemudian, dia kembali
menyumbangkan suaranya semula.
Tidak sampai sepuluh
minit kemudian, kereta
tersebut berjaya diparkir
di kawasan parking
lot.
“Kita dah
lambat ni. Jom!”
gesa Nuha Qareena
setelah selesai menyarung
sweater ke badannya.
Mereka terus melangkah
laju menuju ke
pintu utama Alamanda
tersebut. Setelah berjaya
masuk ke dalam
panggung wayang, mereka
terus duduk di
tempat masing-masing. Nuha
Qareena yang memutuskan
untuk duduk di
tepi memperbetulkan sedikit
kedudukan tudungnya yang
sedikit senget. Lagi
dua buah tempat
duduk di sebelahnya
masih kosong.
“Haa... kat
sini.” Muncul satu
suara lelaki selepas
beberapa minit wayang
tersebut bermula. Nuha
Qareena hanya membiarkan.
Tangannya memeluk tubuh
kerana kesejukan. Kedua-dua
lelaki tersebut terus
duduk di tempat
kosong tersebut. Masing-masing
mendiamkan diri sambil
menonton movie yang
sedang ditayang. Tidak
kurang juga, beberapa
orang penonton yang tergelak
dan berbual pendek
semasa di dalam
panggung. Lelaki di
sebelahnya sesekali menghirup
cokenya yang diletakkan
di tempat letak
botol. Manakala, Nuha
Qareena pula menghirup
Ice Lemon Teanya.
Entah bagaimana, botol
air kedua-duanya tertukar.
Maklumlah, keadaan gelap
dan suram di
dalam panggung tersebut
boleh membataskan penglihatan
sesiapa sahaja.
Apabila Nuha
Qareena terhirup coke
tersebut, serta merta
dia tersedak. Kemudian,
terdengar suara manusia
lain pula yang
tersedak. Haish, ada-ada
sahaja yang tersedak
sama! Getus hati
Nuha Qareena. Tetapi
yang lebih mengejutkan,
manusia yang tersedak
itu rupa-rupanya lelaki
yang duduk bersebelahannya.
“Bro, kau
okay tak? Siapa
pula yang mengumpat
kau ni?” ujar
lelaki yang duduk
di sebelah lelaki
tersebut. Sesekali dia
menepuk belakang rakannya.
“
No, I’m
okay. Sejak bila pula Coke
aku boleh bertukar
jadi Ice Lemon
Tea ni? Kau
punya ke apa?”
Tanya lelaki yang
tersedak itu.
“Eh, aku
tak beli air
pun tadi,” beritahu
rakannya. Sememangnya dia
tidak gemar minum
di dalam panggung
kerana malas hendak
ke tandas pula
nanti. Nuha Qareena
yang berada di
sebelahnya sudah merah
menahan malu. Apa
aku nak cakap
ni? Aduh, segan
lah pula... Rungut
gadis itu dalam
hati. Serta-merta, lelaki
yang tersedak itu
berpaling ke arahnya.
Kedua-duanya tergamam. Masing-masing
memegang botol air di tangan.
Mereka hanya diam
membatu seperti baru
disumpah sang kelembai.
“Puan, saya
minta maaf. Kita
tertukar air nampaknya,”
ujar lelaki itu.
Wajahnya tidak jelas
oleh sebab keadaan
yang begitu gelap.
Nuha Qareena ternganga.
Apa? Dia panggil
aku puan? Gadis
itu memegang mukanya.
Tua sangat ke
aku ni?
“Puan? Puan
okay tak?” Tanya
lelaki itu lagi.
Risau juga dia
apabila wanita di
sebelahnya itu hanya
mendiamkan diri. Dia
marah sangat ke aku terminum
air dia? Sedikit
aje pun aku
terminum. Tak sampai
dua teguk. Getus
lelaki itu dalam
hati.
Nuha Qareena
berdeham. Mungkin dia
fikir Aisar yang
berada di sebelah
merupakan anaknya sebab itu dipanggilnya
aku puan. Dia
membuat kesimpulan sendiri.
“It’s okay.
Here,” ujar Nuha
Qareena perlahan. Dia
menghulur botol air
di tangan. Lelaki
itu pun terus
memulangkan semula botol
air yang berada
di tangannya pula.
“Thanks,” Kedua-duanya
mengucap ayat yang
sama. Kemudian, mereka
tergelak. Rakannya yang
berada di sebelah
hanya tersenyum menggeleng.
“Your welcome,”
Masing-masing tergelak semula.
Kali ini lebih
panjang ritmanya. Amboi,
macam berjanji pula
hendak mengucap ayat
yang sama. Setelah
tamatnya wayang tersebut,
lampu di panggung
pun dinyalakan. Lelaki
tersebut terus tercengang.
Seperti tidak mempercayai
apa yang dilihatnya. What
the heck?!
Nuha Qareena
spontan bangun dari
tempat duduknya. Matanya
membulat memandang lelaki
yang dulu pernah
berjaya mencuri hatinya
itu. Dia juga terkejut
dengan kejadian tersebut.
Dia sudah lama mahu melupakan
segala-galanya tentang lelaki
itu tetapi nampaknya
sekarang dia sudah
berada di sebelahnya.
Cepat-cepat dia melangkah
meninggalkan panggung wayang
tersebut.
“Nuha Qareena!”
panggil Tengku Avian.
Hoodie yang menutupi
kepala diturunkan. Thaqiff
yang berdiri di
sebelah hanya memerhati
hairan. Wan Atirah
yang masih berada
di dalam panggung
melopong. Sekiranya terdapat
langau yang berkeliaran
sudah tentu sudah
masuk ke dalam
mulutnya. Nuha Qareena
memalingkan mukanya menghadap
lelaki itu. Matanya
hanya jatuh pada
kasut di kaki.
Lelaki itu nampaknya
masih memandangnya tajam.
Asfar Sarahah yang
sedari tadi hanya
mendiamkan diri kemudiannya
menyuruh adik-adik Nuha
Qareena keluar dari
panggung tersebut. Thaqiff
yang berdiri di
sebelahnya tadi sudah
lama beredar. Mungkin
sudah tahu bahawa
cinta sudah berputik
semula. Love is
in the air
la konon... Tengku
Avian hanya tersenyum
lebar. Tak sangka
jumpa lagi... Short
notice! Gila... Baru
semalam teringat, hari
ni dapat jumpa
depan mata.
“Nice dress.
Suits well on you,” puji
Tengku Avian. Matanya
masih leka mengamati
wajah gadis itu.
Ya Allah... rindunya aku
dengan mata hazel
tu.
“Thanks,” ucap
Nuha Qareena sambil
menarik senyum nipis
segaris. Tetapi, terasa
manis terlebih gula.
Tidak pernah rasanya
dia menghadiahkan senyuman
begitu untuk insan
bergelar lelaki. Your
smile’s killing me,
Nuha... Getus hati
lelaki tersebut.
“Right now,
can we have
a talk about
us?” tanya Tengku
Avian sambil melangkah
keluar dari panggung
tersebut. Cuaca di
luar nampaknya baru
selesai hujan. Tangannya
menarik semula hoodie
ke kepala. Nuha
Qareena mengikuti langkah
lelaki tersebut. Beg
tangan dicapai dari
tempat duduk.
“Actually, I...”
“I’ll go
first.” Nuha Qareena
mengeluh perlahan. Tengku
Avian memang tidak
akan jadi milik
aku. Tolonglah sedar
diri, Nuha. Lupakanlah
dia... Tengku Avian
terus memalingkan muka.
“You don’t
need to feel any obligation
towards me.” Tengku
Avian tidak menjawab.
Hanya matanya melekat
pada wajah gadis
itu.
“Saya dah tahu semuanya.
Macam mana perasaan
awak terhadap saya
dan hubungan awak dengan
perempuan tu.” ujar
Nuha Qareena seraya
memandang wajah Tengku
Avian yang sudah
berkerut. Apa benda
pula yang minah
ni merapu? Hati
Tengku Avian berlagu
pelik.
“So from
now on, saya berjanji yang kita tidak
akan berjumpa lagi.”
ucap Nuha Qareena
dengan mata tak
berkelip. Riak muka
Tengku Avian mula
kehairanan.
“Nuha.”
“Thanks anyway...
for your help
that day.” ujar Nuha Qareena
sebelum perasan akan
kehadiran kereta Aston
Martin yang berhenti
di belakangnya. Lelaki
itu sekadar mendiamkan
diri.
“Well, then.
Assalamualaikum.” Ujar Nuha
Qareena lantas memasuki
ke perut kereta.
Muka cuba dikontrol
selamba habis meskipun
rasa sedih makin
menebal di dalam
hati.
“Waalaikumsalam.” Dalam
sekelip mata sahaja
kereta Aston Martin
itu hilang dari
pandangan.
......................................................................................................................................................
Tengku Avian
menyandar di kerusi
duduknya. Matanya meliar
melihat pemandangan awan
yang berarak melalui
tingkap kapal terbang
yang dinaiki. Kepalanya
ikut sama bergerak
mengikut rentak lagu
yang dimainkan. Lagu Battle Scars-Guy
Sebastian memekak di
headphone. Namun, entah
macam mana wajah
Nuha Qareena juga
yang turut sama
muncul di matanya.
Datin Zulaikha
dan Siti Raihanah
yang sedari tadi
asyik berborak nampaknya
sudah senyap. Masing-masing
sudah terlena dek
kerana perjalanan yang
panjang untuk bercuti
di London. Maklumlah,
mamanya teringin untuk bershopping bagai
di sana. Padahal
hampir setiap bulan
wanita separuh usia
itu menjejakkan kakinya
ke bandar yang
merupakan antara bandar
shopping yang terbaik
di dunia itu.
Tiba-tiba, telefon bimbitnya
bergetar dari dalam
poket seluar jeansnya. Nama
Qhabel Qusyairi tertera
di atas skrin.
Ditekannya malas butang
berwarna hijau lantas
dibawa ke telinga.
“Hello...” sapa
Tengku Avian mendatar.
“Hello, Avian.
Kau kat mana
ni? Bising gila...
Clubbing tak ajak
aku,” Qhabel memulakan
bicara. Lagu yang
berdentum kuat dari headphone Tengku
Avian begitu membingitkan
telinga. Terbit gelak
ketawa di hujung
talian.
“Clubbing otak
kau lah. Aku
pakai headphone ni.”
balas Tengku Avian
sambil membuka headphone di
kepala. Suaranya diperlahankan
agar tidak mengganggu
lena kedua-dua wanita
yang duduk di hadapannya. Memang
tidak dinafikan, dulu
dia seorang yang agak liar.
Tetapi seliar-liarnya, Tengku
Avian tidak pernah
meneguk arak ataupun
menelan pil dadah
dan yang sewaktu
dengannya. Kalau ya pun, memang
dia sekepala lah
dengan Siti Raihanah
itu.
“Apahal kau call?” tanya
Tengku Avian bosan.
Dia betul-betul tiada mood untuk
pergi bercuti. London
dirasakan sudah seperti
rumah keduanya. Tak
heran langsung!
“Avian, aku
rasa kau patut abort flight
kau lah,” jawab
Qhabel dengan nada
yang serius. Talian
di sana terdiam
seketika.
“Kenapa pula?”
ujar Tengku Avian
semakin malas. Daripada
nada suaranya, Qhabel
sudah boleh rasa
yang Tengku Avian
tidak berminat hendak
mengambil tahu. Apa
pula kawan aku
meroyan ni? Rungut
Tengku Avian dalam
hati.
“Avian, Anabella’s
back!” beritahu Qhabel
masih dengan nada
seriusnya.
“What?!” jerit
Tengku Avian namun
masih perlahan bunyinya.
Otaknya sedang menghadam
apa yang diberitahu
oleh rakannya itu.
Badannya terus berada
dalam posisi tegak.
Stilleto Princess’s back?
“Siapa tu,
Avian?” tanya Datin
Zulaikha apabila tersedar
dari lenanya. Matanya
dikelip-kelip beberapa kali.
Siti Raihanah di
sebelahnya masih belum
sedar. Wajah Tengku
Avian dipandang sekilas.
Lelaki itu nampaknya
seperti dalam keadaan
terkejut. Sekiranya diberitahu
kepada Datin Zulaikha
bahawa kakaknya yang
seorang itu sudah
berada di Malaysia
tentu dia bakal
mengamuk. Mamanya itu
sudah mengharamkan anaknya
itu menjejakkan kakinya
di banglo tersebut
selepas kejadian 5
tahun yang lepas.
Bing! Tengku Avian sudah mendapat
idea.
“Tak ada apa-apa, ma.
Avian tiba-tiba sakit
kepala pula. Tolong
picitkan boleh?” tanya
Tengku Avian sambil
memicit-micit kepalanya. Lagaknya
itu hanya dibuat-buat.
Dahinya dikerutkan sedikit
agar nampak ‘real’.
Datin Zulaikha yang melihat keadaan
anaknya itu terus
memberikan respon. Sifat
penyayang wanita tersebut
memang terserlah.
“Eh, okay ke tak ni? Itulah,
lambat makan tadi,
angin lah tu...”
ujar Datin Zulaikha
sambil meraup-raup kepala
anaknya. Jari-jemari runcingnya memicit
lembut kepala lelaki
itu. SubhanAllah, manja
sungguh!
“Mama ni
memang ada bakat
mengurut orang lah.
Patutlah papa suka,”
puji Tengku Avian
sambil meletakkan kepalanya
di atas riba
Datin Zulaikha. Nikmat...
“Amboi, puji-puji
mama ni... Ada
udang di sebalik
mee ke?” ujar
Datin Zulaikha. Lelaki
tersebut hanya tersenyum
seribu makna. Ek
eh, macam tahu-tahu
pula mama aku
ni. Detik hati
Tengku Avian.
“Ada pula
cakap macam tu.
Avian puji ikhlas
ni.” ujar Tengku
Avian. Otaknya mula
berfikir untuk tindakan
yang bakal diambil
seterusnya. Datin Zulaikha
ketawa senang melihat
gelagat anak lelakinya
itu. Sudah besar
panjang pun masih
manja dengan mama.
Avian... Avian...
Perlahan-lahan Tengku
Avian bangun dari
duduknya. Datin Zulaikha
yang kelihatan sedikit
pelik dengan tingkah
laku lelaki itu serta-merta bertanya,
“Eh, nak ke
mana pula tu?”
“Avian nak
ke tandas sekejap,”
ujar Tengku Avian
sambil memicit-micit kepalanya.
Teruskan lakonan... Teruskan...
Sedikit aje lagi. Kaki melangkah
perlahan ke arah
tandas. Nampaknya babak
yang seterusnya akan
bermula sekarang. 1,2,3...
Action!
GEDEBUK!
......................................................................................................................................................
Terdengar sayup-sayup
suara Datin Zulaikha
di telinga. Nadanya
kedengaran begitu risau.
Suara-suara yang tidak
dikenali juga didengarinya.
Doktor atau nurse
barangkali. Tubuhnya dirasakan
sedang ditolak laju menggunakan wheelchair.
Angin di sekeliling
menyapa lembut mukanya.
Dengan berhati-hati, Tengku
Avian membuka mata.
Bagus! Nampaknya sekarang
dia sudah berada
di KLIA. Tanpa
diduga, Tengku Avian
terus melompat bangun
dari wheelchair. Tindakannya
itu mengejutkan para
manusia yang tercegat
di hadapan. Muka
Datin Zulaikhalah yang
paling ketara kerutannya.
Kemudian, lelaki tersebut
terus melakukan jumping
jack di tengah-tengah
lapangan terbang tanpa
disuruh.
“Avian?” panggil
Datin Zulaikha pelik.
Matanya memandang anaknya
dari atas ke
bawah kemudian ke
atas semula. Daripada
ekor matanya, Tengku
Avian kelihatan sihat
dan bertenaga. Apa
yang sakitnya? Datin
Zulaikha menggaru dagunya
yang tidak gatal.
“I’m fine
now, thanks. Carry
on, please...” ujar
Tengku Avian selamba.
Rambut pacaknya dikemaskan
sedikit. Ah, kasi
redah aje lah!
Kakinya mula diatur
laju meninggalkan mereka.
“Eh, tunggu!”
panggil seorang doktor
lelaki yang menolak
wheelchair sebentar tadi.
Mereka berpandangan sesama
sendiri. Cepat-cepat Tengku
Avian berlari pecut seperti dalam
marathon tanpa menoleh
lagi ke belakang.

No comments:
Post a Comment